53

15.2K 587 12
                                    

Dua bulan sudah berlalu. Alhamdulillah, Haira sudah kembali ceria seperti dahulu. Agak sukar untuk Haira menerima semuanya. Lagi-lagi kematian Opah Salmah dalam keadaan yang sangat tidak terduga dek akal.

Dengan bantuan Zaqwan dan orang sekeliling, Haira telah mampu menerima semuanya. Dia sudah redha dengan kehendak Allah kepada nya.

Tetapi tidak untuk Zaqwan Adyyan.

Dia masih tidak boleh menerima semua ini. Dia masih mahu mencari dimanakah Akif bersembunyi. Hati kecilnya kuat mengatakan bahawa semua yang terjadi adalah di bawah rancangan lelaki itu.

Tan Sri Mikael turut mengatakan hal yang sama seperti apa yang dia fikirkan. Jadi, firasatnya juga tidak salah. Maka, masing-masing sedang sibuk merancang untuk mencari si lelaki licik itu.

"Bro, kau dah dapat detect location Akif?" Harraz dan Daniel bersengkang mata berhari-hari untuk mengesan lokasi lelaki itu. Lelaki itu sangat licik. Dia menghilang tanpa meninggalkan sebarang kesan tetapi dalam diam dia melakukan helah untuk menghancurkan keluarga Zaqwan dan Haira.

Daniel mengeluh kecil sambil menggosok matanya yang sangat mengantuk. Maklumlah, sudah berhari-hari tidak cukup tidur. Bawah matanya juga dah macam Panda.

Panda pun terkejut kalau tengok muka dia.

"Aku dapat detect hari tu, tapi location palsu. Dia lagi bijak bro. Aku tengah usaha ni. Janganlah kacau aku. Pergi tengok cartoon sana." Daniel menghalau Harraz yang sedang duduk disebelahnya goyang kaki.

Nak tolong pun tak tahu nak tolong apa, Daniel saja yang mahir dalam bidang-bidang ini.

Sikit-sikit dia tahu lah. Haha.

"Zack mana?" Tanya Harraz lagi. Dah dihalau jauh-jauh pun masih tercongok dekat sebelah abang Danny dia tu.

Daniel mengeluh kecil. Eh budak ni kacau betul. Aku pijak kejap lagi baru tahu.

"Dekat rumah dia lah. Dia dah ada bini, kita yang tak ada bini ni, duduk sini buat kerja yang dia suruh. Dah, pergi sana. Jangan kacau aku."

Harraz berdecit kecil. Ekor matanya menjeling Daniel yang sedang sibuk menekan-nekan keyboard laptopnya dengan penuh tekun. "Danny, Sophia tu cantik. Tak nak ke?"

Daniel tergelak kecil. Keluhan kecil terbit di bibirnya sebelum wajah Harraz dipandang. "Cantik? Kaki aku lagi cantik lah Harry."

Harraz menjelingkan matanya ke atas. "Kau ni kan, tak ada perasaan ke? Kau tak ada perasaan dekat perempuan eh? Jangan cakap kau-"

Daniel memukul kepala Harraz dengan fail besar itu membuatkan Harraz terkejut dalam menahan sakit.

Boleh tahan juga Daniel ni. Sakit kepala aku.

"Kepala otak kau lah. Aku cuma malas nak buang masa. Malas. M.A.L.A.S. Faham?"

Harraz menegakkan tubuhnya menghadap lelaki itu. "Malas? Tapi kenapa? Aku tengok kau flirt dengan perempuan dekat univerisiti dulu okay je. Kau flirt dengan semua yang cantik-cantik pula tu. Cuba lah sesekali try relationship yang serius. Kau tu melayu tapi ada kacukan Arab. Kadang-kadang muka kau ni macam orang putih pun ada. Bulu mata lentik, mata coklat, kulit putih, hidung mancung. Eh kau ni anak siapa sebenarnya?"

Pap!

Dipukul dengan fail lagi sekali haha.

"Bapa aku keturunan Arab, ibu aku keturunan Belanda. Memang lah muka aku macam ni. Tapi tak sekacak Zaqwan lah. Kau tengok la abah dia ada kacukan Jepun, mama dia pulak ada kacukan darah Portugis. Patutlah dapat Zaqwan yang gila gempak terlajak kacak. Kalau aku ni perempuan, dah lama aku suka kat dia tau tak."

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now