14

15.5K 888 211
                                    

Haira dan Batrisya sedang berada di cafe menyiapkan assignment masing-masing. Maklumlah, pejam celik, pejam celik, dah setengah semester berlalu. Haira sibuk mengedit foto-foto untuk menyiapkan kerja khususnya manakala Batrisya sibuk membuat olahan ayat untuk latihan tutorial.

" Mana Akif kau ni, dia kata dia nak datang?" Tanya Batrisya kepada Haira polos. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan.

Haira mengeluh kecil. " Nanti dia sampai lah tu. Yang kau risau lebih-lebih tu kenapa? Tau lah tunang tu tak nak teman kan kau buat assignment macam Akif aku." Kata Haira sambil ketawa kecil. Eh, tunangnya tak mahu ditanya, tunang orang nak cari pula.

Tidak lama kemudian, sosok dua orang lelaki datang menghampiri meja mereka berdua.

" Hi, cinta."  Akif menyapa.

Haira menangkat kepalanya dengan senyuman dan tiba-tiba matanya membulat apabila ada sosok seseorang yang dia amat kenali berdiri sebelah Akif ketika ini.

" Zaqwan, awak buat apa dekat sini?" Tanya Haira kebingungan. Mana-mana ada je mamat ni. Stalker eh?

Zaqwan tersenyum sinis dan menarik kerusi yang berada di hadapan Haira itu. Awalnya dia nak duduk di depan Batrisya untuk menjaga hati kawan baiknya itu, tetapi Akif duduk situ terlebih dahulu. Memang peluang besar lah bagi Zaqwan. Haha.

" Muka kau lagi? Ingat aku tak ada kerja lain ke nak hadap muka kau hari-hari? Akif kau yang ajak aku datang sini." Balas Zaqwan senada sambil mengeluarkan laptop Apple dari dalam beg sandangnya.

" Haira, kalau awak nak tahu, saya ni tak reti sangat nak lukis-lukis bagi perfect. Dia ni yang selalu selamat kan ahli group assigment kalau dapat topik yang susah nak mati. Power gila dia melukis." Terang Akif dengan lebih lanjut.

Haira hanya memandang Zaqwan dari atas hingga bawah. Oh pandai lukis rupanya.

" Oh, korang satu kelas lah ni?"

Zaqwan mengeluh kecil. " Yela, takkan lain kelas pulak. Soalan kalau boleh bodoh lah lagi."

Haira hanya menjelingkan matanya ke atas tanda menyampah. Tak fokus terus dia nak buat kerja. Nak edit gambar pun dah tunggang-langgang.

Tidak lama kemudian, tekak mereka terasa haus. Air pun sudah habis di minum.

" Guys, nak starbuck tak?" Batrisya mempelawa. Walaupun ada saja cafe di dalam kampus itu, apa salahnya nak rasa air dari luar. Asyik minum teh O ais je. Bosan juga. Lagipun lepas ini tiada kelas, so boleh lah nak keluar.

Mereka bertiga mengangguk serentak. Gila tak nak, starbuck kot. Bukan teh ais ikat tepi kat mamak tu.

" Cinta, awak busy kan?" Tanya Akif.

Haira tersenyum nipis. " Haah, banyak lagi ni nak kena buat."

" Kalau macam tu, saya pergi dengan Batrisya kejap. Awak dengan Zaqwan tunggu sini. Weh bro, takpe kan aku pinjam tunang kau kejap?"

Zaqwan hanya mengangkat kening tanda 'ya' kepada Akif. Malas nak cakap banyak.

Haira pelik. Kenapa dia tak menghalang? Dia tak cemburu lamgsung ke? Oh, Husnuzon. Mungkin persahabatan mereka sangat kuat. Susah nak bersangka buruk kot. Saling percaya-mempercayai antara satu sama lain. Nice.

" Okay, korang nak air apa?" Batrisya menyoal sebelum dia bangun dari duduknya. Beg tangan di silangkan ke badannya.

" Java Chip Frapucinno"

Mereka berkata serentak membuatkan Batrista dan Akif memandang sesama sendiri.

Dan perang pun bermula.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now