52

19.4K 701 60
                                        

Perlahan-lahan Zaqwan membuka pintu bilik.

Terlihat Haira yang sedang lena di dalam tidurnya bertemankan lampu tidur yang malap berwarna kuning di tepi katil.

Zaqwan mengatur langkah setapak demi setapak ke arah katil itu. Perasaan serba salah yang menggunung telah menyelubungi segenap ruang jiwanya. Hatinya terasa sebal dan terluka dengan penyesalan yang menggunung.

Dia merebahkan badannya di sebelah Haira yang sedang tidur. Wajah Haira yang sedang lena dibuai mimpi itu dipandang sayu. Rambut yang telah menutupi sebahagian wajahnya diselitkan ke belakang telinga lalu pipi isterinya di usap lembut.

"Sayang. Bangunlah, aku datang ni." Zaqwan berkata dengan nada yang sayu dan perlahan seakan-akan berbisik.

"Sayang, bangunlah sekejap. Aku dah balik"

Tidur Haira seakan terganggu apabila dia terasa ada sesuatu bermain di pipinya membuatkan dia menggeliat kecil.

Perlahan-lahan dia membuka mata sehingga wajah Zaqwan yang samar-samar itu kelihatan jelas di kornea matanya.

Tanpa ragu, Haira terus mengalihkan badan, membelakangi suaminya ketika ini. Perasaan sebak mula menyelubungi hatinya setelah lama berhenti.

Zaqwan mengeluh kecil. Semakin membuak perasaan serba salahnya ketika ini terhadap Haira Kairina.

Badan Haira dihampiri. "Sayang, kenapa tak pandang aku. Aku nak cakap dengan kau."

Haira hanya memejam matanya erat dan berdiam menahan tangisan sebak di dalam dadanya agar tidak terhambur lagi.

Percakapan Zaqwan dibiarkan seperti angin lalu.

Cukuplah dia sudah menangis sepanjang malam mengenangkan percakapan Zaqwan yang cukup menghiris hati kecilnya. Sangat terhiris.

Jujur, dia sangat terguris bercampur kecewa dengan lelaki itu. Dia berasa seolah-olah dihina oleh suaminya sendiri. Dia merasakan dirinya begitu jijik di pandangan suaminya sendiri. Lelaki yang dia paling percaya tidak meletakkan sedikit pun kepercayaan terhadap dirinya. Malah menghukum tanpa periksa atau berbincang.

Dia sudah tidak mahu mempertahankan lagi hak kebenaran dirinya di hadapan lelaki ini. Biarlah kebenaran sahaja yang menjadi saksi.

"A-aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku tak percayakan isteri aku."

Haira tersentak. Dia kekal menahan air matanya daripada terjun daripada kolam matanya ketika ini.

"A-aku tahu aku terlalu ikutkan perasaan. Aku tuduh isteri aku macam-macam. Aku minta maaf sayang."

Haira terus bangun dari perbaringannya lalu ingin berlalu ke bilik air. Pujukan Zaqwan dibiarkan seperti angin lalu.

Selangkah Haira ingin menapak ke bilik air, tangannya direntap oleh tangan kekar lelaki itu membuatkan langkahnya terhenti serta-merta.

Haira menepis pegangan itu dengan kasar dan memalingkan wajahnya menghadap Zaqwan dengan mata yang berkaca hebat.

"Jangan sentuh Haira."

Setiap perkataan ditekankan dalam intonasi yang dingin. Wajah Zaqwan direnung dalam-dalam.

Zaqwan mengeras. Semakin membuak-buak perasaan menyesal mendominasi jiwanya yang sedia ada kosong dan sunyi.

Haira dihampiri. "Sayang, aku-"

Setelah lama ditahan, akhirnya air mata gadis itu jatuh dari kolam matanya perlahan-lahan mengalir ke pipi hingga ke dagu.

"Haira tak nak abang sentuh Haira. Haira dah kotor, dah jijik. Orang luar selain suami Haira dah sentuh Haira. Haira tak mahu abang sentuh isteri yang jijik macam Haira."

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang