Haira sedang berada di dapur rumah sewanya membuat segelas air milo. Tiba-tiba malam ini tekaknya berasa dahaga mahu minum air panas.
Sedang dia ralit meneguk air itu, Batrisya keluar dari pada bilik dengan rambutnya serabai.
Mungkin dari petang tadi dia tidur, malam macam ni baru nak bangun.
Seharian Haira keluar hari ini, patutlah Batrisya tak mahu ikut. Mungkin letih.
Tiba-tiba matanya tertacap pada leher Batrisya. Dia memberhentikan tegukkan airnya. Lama dia tenung untuk memastikannya.
"Batrisya, leher kau tu kenapa?"
Jelas beberapa kesan merah yang mewarnai leher putihnya yang jinjang itu.
Batrisya bergegas ke bilik air dan matanya terbuntang luas. Haira hanya melihatnya dengan wajah yang kebingungan.
Batrisya meneguk air liur beberapa kali sebelum badannya di toleh ke arah Haira. "Oh ni. N-ni nyamuk rasanya. Ataupun semut. Kadang-kadang rumah ni banyak nyamuk weh. Aku sejak-sejak nak kahwin ni makin sensetif kulit aku." Batrisya menjawab sambil tersenyum manis.
Haira tidak sebodoh itu. Dia tahu itu apa. Kesan yang sama ada pada lehernya sewaktu dia hampir dirogol suatu ketika dahulu.
Tetapi, dia diamkan diri sahaja. Mungkin mereka sudah mahu halal, nafsu itu tidak dapat ditahan. Lantak korang lah.
Batrisya masuk ke dalam bilik semula.Usai Haira membasuh cawan di sinki, dia mengorak langkah untuk ke ruang tamu. Hatinya terdetik untuk memandang ke arah biliknya. Pintu tidak terkatup rapat.
Terlihat Batrisya yang sedang menukar bajunya. Mata Haira membuntang. Di badan Batrisya juga penuh tompok merah tersebut. Dari leher hingga lah ke bahagian pinggang.
Dia beristighfar panjang. Haira ingin sahaja masuk ke dalam dan menegurnya. Ya, Batrisya memang agak sosial. Tetapi, dia tidak menyangka sampai ke tahap ini.
Tak apa lah, lagi pun Zaqwan dan dia sudah mahu disatukan. Memang teramatlah salah di sisi agama melakukan hubungan sebelum kahwin.
Semoga mereka cepat bertaubat.
Tetapi dalam hati kecilnya, dia agak kecewa. Ternyata Zaqwan yang dia anggap suci itu, rupanya sama sahaja.
Lelaki dan nafsu tidak boleh dipisahkan.
Dia mengeluarkan telefonnya apabila terdapat notifikasi berbunyi.
Zaqwan Anak Singa
"Haira."
Haira berkerut dahi. "Dah kenapa mesej orang malam-malam macam ni?" Skrin ditenung lama.
Tidak lama kemudian, mesej baru masuk lagi daripada lelaki itu.
Zaqwan Anak Singa
"607"
Haira berkerut dahi lagi. Dia ni bagi nombor ekor kat aku ke? Bukan-bukan je malam-malam hantar macam ni.
" Apa tu?" Haira membalas ringkas.
Zaqwan Anak Singa
"Tak perlu tahu. Pergi tidur. Esok exam."
Haira berdecit kecil. Aku block kang sia-sia je.
Setelah sticker di balas sebagai pengakhiran chat, Haira kembali menumpukan fokus ke arah televisyen.
_______________________________________
Zaqwan sedang duduk di beranda biliknya sambil menikmati angin malam. Bulan sangat terang dan itu sangat menarik perhatian Zaqwan untuk mengambil gambar bulan yang terang-menderang mewarnai langit gelap itu.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Fiksi RemajaKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...