55

14.3K 580 44
                                    

Setelah beberapa jam berada di atas jet, akhirnya mereka sampai di bandar Yokohama yang terkenal di negara matahari terbit itu.

"Dekat basement ada dua kereta aku. Lamborgini putih untuk Sophia dengan Batrisya, Bugatti hitam tu untuk Daniel dengan Harraz. Bugatti putih tu aku punya, jangan sentuh. Nah, pakai elok-elok." Zaqwan mengeluarkan dua kunci kereta yang berlainan dari poket Hoodienya itu.

"Gila gempak. Kau serius lah Zack?" Harraz teruja yang teramat, senyum lebar terukir di bibirnya itu.

"Aku bagi pakai, bukan ambil terus. Tak nak lagi bagus. Naik teksi." Tanpa riak sahaja lelaki ini berkata membuatkan Harraz tergelak kecil.

Daniel dari tadi memandang kunci Lamborgini di tangan Sophia. Keluhan kecil terbit di bibirnya membuat Harraz memandang ke arahnya dengan kening yang bertaut. "Danny, kau kenapa? Jomlah."

"Ala aku nak merasa naik lamborgini." Daniel merungut perlahan.

Puk!

"Jangan banyak bunyi boleh tak? Bugatti kot. Kalau kau tak nak bagi kunci kereta dekat aku. Kau jalan kaki."

Dan bermulalah pertempuran antara dua orang itu merebur kunci kereta. Macam anjing dengan kucing.

"Yela, kita naik jela Bugatti. Jomlah." Daniel tewas setelah kunci kereta berjaya di rentap oleh Harraz. Nak tak nak dia kena ikutlah, tak akan nak jalan kaki pula dekat pekan Yokohama ni.

"Thanks Zack. Nanti nak jumpa dekat mana?" Sophia menyelit dengan senyum di bibir merahnya itu memandang ke arah Zaqwan menunggu jawapan.

Dalam diam, Daniel memandang Sophia dengan ekor matanya.

"Hotel Plumm. Kumpul situ, nanti aku sampai."

Semua mengangguk serentak. Sedang Daniel melangkah keluar dari pintu jet, Sophia menarik jaketnya dari belakang.

"Awak nak pakai Lamborgini ambil lah, tukar dengan saya." Sophia menghulurkan kunci kereta kepada Daniel dengan senyuman yang manis ditunjukkan.

Daniel menoleh ke arah Sophia lalu kemunculan perempuan itu di belakangnya di pandang dari atas hingga bawah tanpa riak.

"No thanks." Tanpa menunggu balasan, dia terus melangkah pergi meninggalkan Sophia terpinga-pinga.

"Ish sombong betul." Sophia mencebik sendirian sebelum kakinya juga melangkah keluar.

Setelah Zaqwan meletakkan barang-barangnya di dalam bonet kereta, dia melangkah semula ke arah jet untuk mengejutkan Haira yang masih di buai mimpi.

Dia ni tidur kalau jet meletop pun tak bangun-bangun lagi.

"Sayang, bangun." Zaqwan mencuit hidung isterinya yang sedang tidur dengan nyenyak.

Orang lain dah turun lama tapi dia masih terbongkang tidur dalam jet ni.

Tidur Haira terganggu apabila dia merasakan sesuatu bermain di pipinya. Dia membuka matanya perlahan-lahan sehingga wajah Zaqwan menerpa jelas di pandangan matanya.

"Dah sampai ke?" Haira mengeliat kecil, dipandang kiri dan kanannya. Ternyata hanya dia dan Zaqwan sahaja di dalam jet ini.

"Ya, Haira. Dah sampai."

Haira mengoyakkan senyuman teruja. Terus segar matanya daripada ngantuk.

Zaqwan bangun dari duduk lalu tangannya dihulurkan ke arah Haira untuk memegang tangan isterinya.

"Jom?"

Haira terdiam secara tiba-tiba membuatkan Zaqwan berkerut dahi memandang isterinya itu.

Tadi seronok sangat, lepas tu diam pula.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now