Chapter 1: Ep 1-Game Start

157 13 0
                                    

"Persahabatan umpama dua kunci, kerana ia mampu membuka pintu kebahagiaan dan juga mampu membuka pintu derita apabila dikhianati. Persahabatan ialah keajaiban yang muncul dengan cara yang tidak disangka, dan bakal berakhir juga dengan cara yang tidak disangka."

✎︎______________

"Aiden! Belum tidur lagi ke? Dah lewat malam ni."

"Ya, Umi! Orang tengah main game ni! Nanti orang tidur!"

Seorang remaja lelaki sedang khusyuk bermain telefon bimbitnya. Kadang-kadang, tawanya juga mengisi kesunyian biliknya itu.

"Cubalah kejar aku Wawa! Hahaha!" Dirinya tertawa besar.

"Oh, gelak besar ye? Nah, ambik ni!" Suara seorang gadis kedengaran dari dalam telefon lelaki tersebut.

"Jaga kau, Aiden! Aku tembak kau habis-habisan!" Wawa melepaskan tembakan ke arah Aiden.

"Hahaha! Nasib baik game ni game roleplay je. Kalau tak, dah arwah dah aku," Aiden tertawa.

Sedang mereka berdua seronok menembak sesama sendiri, mereka dikejutkan dengan kemunculan van berwarna putih, melintasi mereka dan terbabas ke dalam gaung.

"Eh, dah kenapa tu? Hahaha!" Aiden meleret jarinya di skrin telefon, menggerakkan avatar gamenya ke arah van tadi. Wawa menurut.

"Ni apa pasal bawa van macam orang mabuk ni?" Wawa juga tertawa. Tiba-tiba, tiga orang pemain keluar dari van tersebut.

Aiden membuka chat box, agar dia dapat berkomunikasi dengan pemain-pemain tersebut.

"kenapa korang bawa van macam orang gila ni?" Aiden memulakan perbualan dengan emoji ketawa.

"Hahaha! Aku memang suka bawa macam ni. Tahu-tahu terbabas." salah seorang dari tiga pemain tersebut membalas. Aiden cuma membalas dengan emoji ketawa.

Tidak lama selepas itu, mereka mula rancak berbual. Sedar tidak sedar, ia membawa sehingga ke larut malam. Mereka akhirnya meminta diri untuk keluar dari game.

Setelah itu, Aiden bermesej dengan salah seorang daripada tiga pemain tersebut, Isya.

"Weh, kita borak kat Whatsapp lah. Buat group. Nak nombor boleh?"

"Oh, boleh-boleh. Kejap ya."

Di situlah segalanya bermula. Isya memperkenalkan dua lagi pemain yang bermain bersamanya. Adiknya, Mia dan seorang pemain yang baru mereka kenali, Rina.

Demi meramaikan ahli kumpulan mereka, Aiden mengajak sepupunya, Arin untuk turut serta setelah 2 bulan kumpulan itu ditubuhkan.

Mereka juga didatangi oleh seorang lagi remaja lelaki, Adam, dalam game yang sama.

Aiden gembira tidak terkata. Sudah lama dia menyepi, tiada teman. Aiden bukan tiada kawan, tetapi dia tiada teman yang dipercayai untuk meluah perasaan.

Dengan munculnya mereka, kehidupan Aiden bertambah seri. Mereka berkongsi masalah dan pendapat, mengenal satu sama lain, dan tertawa bersama.

Akhirnya Aiden merasa bahagia dengan orang-orang yang muncul dalam hidupnya, dengan cara paling tak disangka.

Tanpa sedar, termeterai lah ikatan persahabatan melalui alam maya, dan mereka menggelarkan diri mereka sebagai Dystopia.

Dystopia bermaksud dunia yang tidak wujud dan hanya direka-reka. Mereka mengambilnya sempena pertemuan mereka di alam maya, sebuah dunia yang tidak wujud dan hanya diteka oleh manusia.

Namun, siapa sangka persahabatan mereka ini bakal menjadi penyelamat dunia?

✎︎______________

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now