Chapter 2: Ep 1-Return

21 9 0
                                    

"Percaya antara satu sama lain merupakan salah satu perkara yang sukar dilakukan dalam suatu perhubungan. Kadang percaya itu menghancurkan harapan hati. Namun, tetaplah percaya, percaya bahawa setiap yang berlaku, ada hikmahnya."

✎︎______________

Seorang lelaki sekitar usia remaja, mengenakan kot hijau dan baju hitam berjalan di kaki jalan di sebuah pusat bandar.

Tiba-tiba, angin bertiup sayu, lembut menyentuh rambut biru lelaki tersebut. Angin tersebut seolah-olah berbisik di telinganya.

Dia yang menikmati angin segar dengan mata tertutup, segera memberhentikan langkahnya. Seorang lelaki yang berjalan di belakangnya turut terhenti.

"Woi, apa hal tiba-tiba berhenti ni?!"

Dia membuka matanya. Sebuah bebola cahaya hitam muncul di tangannya dan ia terserap ke dalam badan lelaki itu.

Anak matanya yang kebiruan diselaputi cahaya hitam. Dia memusing ke belakang, menghadap lelaki yang berjalan di belakangnya.

Dia menggenggam kolar baju lelaki tersebut dan terapung ke udara.

"Woi! Woi! Turunkan akulah!" lelaki tersebut meronta.

Dia hanya tersenyum. Tangannya diangkat, mengumpul tenaga kuasa bercahaya hitam dan menumbuk lelaki tersebut. Lelaki itu kemudian menjadi debu, perlahan-lahan ditiup sang bayu.

Dia masih kekal terapung di udara. Ramai orang awam sedang memerhatikan dia dengan wajah yang terkejut, takut dan penuh tanda tanya.

Dia hanya tersenyum. Namun senyumannya berubah tawa. Tawa yang amat keji.

"Aku dah kembali!"

Dia terus terbang ke serata tempat, menghapuskan mana-mana manusia yang terlihat.

Orang-orang di sekelilingnya kini menerima nasib yang sama seperti lelaki tadi, menjadi debu yang berterbangan.

✎︎______________

"Hah!"

Isya membuka matanya dengan riak wajah yang cemas. Wajahnya dibasahi keringat. Nafasnya turun naik.

'Huh, hanya mimpi.' Isya menghembus nafas lega. Dia cuba menenangkan dirinya.

Isya melihat jam dinding, sudah tengah malam. Dia bangun dari katilnya, menuju ke jendela bilik. Perlahan-lahan, dia membuka daun jendela tersebut.

Matanya memandang langit. Bulan terlihat bersinar terang dihiasi bintang-bintang yang bergelipan.

Dia merenung lama bulan purnama itu, sebelum berbicara sendiri di dalam hati, 'Kenapa aku tiba-tiba teringat Dan? Manalah dia sekarang. Dan, aku rindu kau.'

Wajah Isya berubah layu. Dia tiba-tiba teringat memori silam.

Dan merupakan rakan karib Isya waktu kecil. Mereka berdua tidak sengaja bertemu di sebatang pokok besar di tengah hutan kecil.

Sejak itu, mereka berkawan baik, berjanji tidak akan melupakan sesama sendiri.

Pokok tersebut menjadi saksi persahabatan mereka, juga menjadi tempat suka dan duka mereka berdua.

Hinggalah tiba suatu hari...

6 September 2017,

"Dan, tunggu!" Isya cuba menangkap Dan yang berlari di sekeliling pohon istimewa mereka, sedang bermain kejar-kejar.

"Haha! Tak dapat!" Dan tertawa. Dia menjelirkan lidah ke arah Isya.

"Tunggu kau!"

Isya hampir saja menangkap Dan, apabila kakinya tersepak ketulan batu kecil di tanah, membuatkan dirinya tidak seimbang.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now