"Kau seriuslah, Mia?" Mereka semua terpempan mendengar cerita Mia.
Mereka semua kini berkumpul di markas setelah lawatan ke Utara Cyber semalam. Arin telah memaklumkan kepada Aiden bahawa Mia ingin melakukan suatu pengumuman sebelum pergi semula ke sarkas tersebut.
Mia mengangguk, mengiakan kisahnya. "Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri."
"Jadi, cerita yang diberitahu oleh Mr. Boru itu tidak benar?"
"Tapi kenapa?"
"Dia terpaksa." semua termenung seketika. Sejujurnya mereka tidak menyangka hal seperti ini terjadi, bahawa seseorang boleh mengawal Dark Mist itu dengan perjanjian. Tapi, siapa?
"Mia, kau tahu siapa lelaki yang bertekak dengan Mr. Boru semalam?" Soal Aiden.
Mia berfikir sejenak. Dia tidak berapa nampak wajah lelaki itu, tetapi dia mengenali suaranya.
"Hm, kejap. Aku rasa aku ada terakam suara perbalahan diorang."
Masing-masing merapati Mia saat gadis itu membuka telefon bimbitnya. Jelas kedengaran suara Mr. Boru bersama seorang lelaki sedang bergaduh.
"Itulah akibatnya bila berurusan dengan orang tamak, Boru."
Mata Aiden serta-merta membulat. Dia pernah mendengar ayat itu sebelum ini di mana-mana. Lelaki itu merapatkan dirinya pada meja komputer. Rakan-rakannya bingung melihat tindakan tersebut.
"Masa kecil, selalu ada dekat televisyen iklan-iklan menarik untuk kita tonton. Macam shortfilm. Dan ini antara iklannya."
Aiden memainkan beberapa video. Tetapi video itu hanya dimainkan di satu minit ke satu minit yang lain, kemudian video lain dimainkan. Masing-masing terkedu mendengar setiap ayat iklan itu dimainkan.
"Itulah akibatnya berurusan dengan orang tamak, Anthony."
"Itulah akibatnya berurusan dengan orang tamak, Ilias."
Itulah akibatnya berurusan dengan orang tamak, Wilson."
Tujuh iklan dimainkan, semuanya mempunyai dialog yang sama di akhir video.
"Kalau kita perhatikan, dari video pertama sampai akhir, semua nama yang dipanggil bermula dari huruf awal nama kita."
Sekali lagi mereka terkejut. Hal itu adalah benar. Anthony merujuk kepada Aiden, Ilias merujuk kepada Isya, Wilson merujuk kepada Wawa. Adakah ini satu kebetulan? Atau satu petanda?
"Maksudnya, pihak atasan sudah tahu dari awal bahawa kitalah pemegang Kuasa Cahaya." Isya tercengang.
"Malah, masa itu ada antara kita yang belum lahir pun!" Wawa menambah.
Masing-masing terduduk. Terdiam seribu bahasa. Selama ini mereka membesar di dalam sebuah negara atas sesebuah organisasi yang bakal mereka runtuhkan!
"Jadi, yang bergaduh dengan Mr. Boru semalam..." Aiden terangguk mengiakan tekaan rakan-rakannya.
"Our 'beloved' President, Dato' Rafael."
Terpapar gambar seorang lelaki berpakaian tuksedo hitam di skrin komputer apabila Aiden menekan salah satu papan kekunci. Mereka memandang lelaki itu dengan wajah yang tak sangka.
***
Kosong. Sepi. Begitulah keadaan sarkas Mr. Boru ketika ini. Hari sudah lewat malam, tiada sesiapa akan ke sana pada waktu itu. Semua gerai makanan dan permainan ditutup.
Di tengah-tengah kegelapan itu, muncul satu cahaya yang semakin membesar, membentuk sebuah portal.
Dystopian terlihat keluar dari portal tersebut. Mereka ke sini bagi menyelamatkan Mr. Boru dari genggaman Dark Mist. Mereka memilih pada waktu itu untuk bertarung agar tidak mencederakan mana-mana orang awam.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...