Suria menundukkan dirinya, mengambil pisau kecil yang telah diselitkan di kakinya.
Hulu pisau itu diletakkan di mulut, sementara kedua-dua tangannya dirapatkan ke tanah dan membiarkan kaki di atas dan kepala di bawah.
Suria kemudian menggagahkan tangannya menolak tanah sekuat hati agar dia mampu melompat melintasi kepala Irene. Dia kini berada di belakang gadis itu.
Pisau yang berada di mulut, diambil. Di hulu pisau sudah terikat satu tali merah panjang yang membolehkan pisau itu dihayunkan tanpa perlu memegangnya.
Suria menghayunkan pisau itu dengan agresif. Jiwanya kini sedang melepaskan amarah yang terpendam. Irene sedaya upaya mengelak serangan tersebut.
"Kenapa kau elak? Bukankah kau yang mahu melawan?" Suria tersenyum sinis.
Irene mengetap gigi mendengar perlian itu. Hulu pedangnya digenggam erat, menanti waktu yang sesuai untuk membalas serangan Suria.
Suria melibas lagi pisaunya. Irene membulatkan matanya tanda bersedia.
Tang!
Pedang Irene dan pisau Suria bertembung. Irene tersengih keji.
"Mari kita lawan."
***
Sementara dua gadis kembar itu bertarung bersama, Dystopian dan Viora diuji dengan serangan Dark Mist.
"Berikan Kuasa-kuasa Cahaya itu!" Lembaga itu bertempik sambil meneruskan serangannya.
Aiden serta-merta mengelak. Pedangnya dilibas membalas serangan Dark Mist. "Jangan harap!" laungnya.
Isya kemudian mara ke hadapan dan meloncat tinggi, memusingkan badannya di udara. Kapaknya dilemparkan ke arah Dark Mist. Sayangnya, lembaga itu dengan mudah mengelak.
Serangan Isya tidak habis di situ. Kapaknya kembali ke tangan, dan melemparnya semula berkali-kali ke arah pihak lawan. Tidak cukup dengan itu, Adam pula masuk campur bersama Drage.
Drage tidak goyah menghampiri Dark Mist dan menggigit kakinya. Adam pula menggunakan tongkat saktinya dan membaca mantera yang melemahkan lembaga hitam itu.
Wawa dan Aiden pula menggabungkan serangan mereka dengan melompat tinggi ke udara dan menusuk pedang dan tombak mereka pada tubuh Dark Mist.
Dark Mist meraung kuat. Kelihatan ia semakin melemah. Mia dan Rina juga kini bergabung kuasa.
Mia membesarkan lagi tiara Rina dan menghasilkan angin yang kuat agar gadis itu mampu mengangkat tiara besar itu. Tiara tersebut kemudiannya dilemparkan ke arah Dark Mist yang sudah tidak mampu berlawan.
Sebagai serangan terakhir, Arin mengorak langkah dengan senjata baru yang diberi oleh Viora, senapang berwarna merah dan hitam.
Senapang itu diangkat separa dengan dadanya. Satu picu ditarik di bahagian tepi senapang untuk mengisi peluru.
Arin menghembus nafas panjang dan cuba memfokuskan ke arah Dark Mist. Picu untuk melepaskan peluru sudah sedia ditarik.
Bang!
Irene serta-merta memandang ke arah bunyi tembakan itu. Terlihat Dark Mist telah ditembak dengan peluru yang diisi dengan klorok.
Iren kaku. Matanya serta-merta berair. Gelombang yang memisahkan perlawanannya dengan Dystopian perlahan-lahan turun.
"Ayah!"
Bergegas Irene berlari ke arah Dark Mist. Gadis itu sempat menyentuh lembaga hitam yang dipanggil 'ayah' itu sebelum ia terbang pergi.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...