Chapter 5: Ep 1-Loyalty

11 2 0
                                    

"Kesetiaan. Elemen yang penting dalam apa jua perhubungan. Tanpa setia, tiadalah cinta. Tanpa setia, tiadalah bahagia. Tapi pernahkah kita tertanya, adakah setia ini ada juga sakitnya?"

                                  ***                        

"Dan, aku nak tanya kau."

Isya berbicara apabila dia dan Dan hanya membisu melihat matahari kian tenggelam ke Bumi.

Dan memandang Isya, penuh tanda tanya.

"Dylan beritahu kami, dia hanyalah kelopak bunga dari tujuh kelopak bunga berkuasa. Arial juga kelopak bunga ke?" soalan itu membuatkan Dan tersentak. Dia tahu sesuatu yang Isya tidak tahu. Lama dia berfikir.

"Dan, aku tanya kau ni. Kau rasa apa jadi pada kau bila semua ni dah tamat?" Isya menyoal semula soalannya tadi, tidak berpuas hati dengan respons Dan.

"Sebenarnya, aku sudah tahu tentang hal itu." Dan serba salah. Isya terkedu.

"Kau sudah tahu, tapi tak beritahu aku? Kenapa?" Isya masih bertanya. Dia mahu tahu kenapa Dan menyembunyikan hal ini daripadanya.

"Aku takut kau susah nak terima perkara ni."

"Perkara apa Dan? Kenapa ni? Takkan ada apa-apa jadi pada kau kan?" Isya sudah mula gelisah melihat tingkah laku Dan. Lelaki itu mengeluh, berat hati mahu mengatakan hal itu kepada gadis yang berada di hadapannya ini.

"Ya, Arial itu sekadar kelopak bunga, macam Penjaga Kuasa yang lain." terlepas juga hal itu dari mulutnya.

"Jadi, apa akan berlaku pada kau?" Isya masih bertanya soalan yang sama.

"Maafkan aku, Isya. Tapi aku tak tahu." tiba-tiba, satu suara menyapa perbualan mereka. Arial.

Isya segera bangun dan mendekati Arial. "Apa maksud kau tak tahu? Kau perlu tahu! Dan akan selamanya terperangkap di sini ke?!"

Isya tidak mampu menahan air mata. Mana mungkin dia mahu kehilangan Dan, lelaki yang selama ini bersamanya dari kecil hingga sekarang.

"Dimensi ini akan terhapus juga. Kemungkinan Dan tidak akan selamat, Isya."

Gadis itu terpempan. Dia memandang Dan yang hanya tertunduk. Lelaki berambut biru itu juga benar-benar tidak sangka.

Isya menangis semahu-mahunya di atas tanah. Dia mahu menjerit, tetapi suaranya bagai tersekat di kerongkong saja. Tidak mampu meluahkan apa-apa.

Dan menghampiri Isya dan menatap wajah gadis itu.

"Sudahlah, Isya. Ini takdir. Mungkin kita ditakdirkan untuk tidak bersama di sini, tapi di sana kelak." Dan memujuk lembut Isya.

Tangisan Isya sedikit reda. Dia mulai sedar bahawa dia berada di luar kawalan, seakan tidak meredai takdir yang tertulis untuknya.

"Dan, andai kata kau tidak selamat, percayalah aku sentiasa ada untuk kau. Aku akan setia di sini."

"Aku percaya kau, Isya. Aku akan tunggu kau. Jaga diri baik-baik." Dan menghilang sebaik saja perkara itu terlafaz.

"Maafkan aku, Isya. Aku benar-benar tidak tahu. Aku akan cuba sedaya mungkin untuk pastikan Dan selamat." Arial mencelah.

Isya berdiri semula.

"Terima kasih, Arial. Janganlah terlalu membebani diri kau. Kau sudah lakukan terlalu banyak. Aku yakin, semuanya akan baik saja. Percayalah." Isya tersenyum walhal air matanya masih mengalir ke pipi.

"Aku memang tidak salah memilih kau, Isya. Aku harap aku boleh hidup lebih lama untuk lihat kejayaan kalian semua."

"Kau tetap wujud dalam hati kami, Arial. Kau cuma perlu percaya."

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now