Aduh!"
Isya dihumban masuk ke dalam sebuah bilik berjeriji. Tiang jeriji tersebut mempunyai corak berjalur merah dan putih. Bilik itu juga kelihatan seperti kapas yang berwarna ungu.
"Ugh, aku dekat mana ni?" Isya memegang belakang kepalanya. Dia melihat Darma tersengih keji kepadanya disebalik kegelapan.
"Ish, lepaskan aku!" Isya menghentak tiang jeriji tersebut. Darma hanya tertawa.
"Bodohlah aku kalau lepaskan kau. Bersyukur saja aku selamatkan kau dari cabaran yang seterusnya." Darma melihat ke skrin. Isya turut mengalihkan pandangannya ke skrin.
"Maaf kerana aku terpaksa 'pinjam' Isya. Kalau kalian ingin selamatkan dia, maka habiskan permainan ini dan 'kalahkan' aku!" tawa Darma bergema di seluruh ruang.
Wawa mengetap bibir. Penumbuknya dikepal.
"Sudah, kita perlu bergerak cepat. Isya perlukan pertolongan kita." Aiden yang melihat Wawa seperti hendak meletus, segera menghalang tindakan tersebut. Mereka segera mengatur langkah ke pusingan seterusnya.
Wawa mengeluh berat. Dirinya juga mengatur langkah mengikuti rakan-rakannya.
Tidak lama selepas itu, mereka akhirnya tiba di suatu bilik. Bilik tersebut mempunyai kolam yang diisi bebola plastik warna-warni.
"Huh? Tempat ni macam The Underground Kindergarten." Arin berbicara. Arin dan Wawa melihat dengan teliti.
Benar, kawasan ini sangat mirip dengan The Underground Kindergarten.
The Underground Kindergarten ialah pusat permainan kanak-kanak paling besar di Barat Vorfille. Paling menarik, ianya dibina di bawah tanah oleh keluarga Darma.
Namun setelah isu yang terjadi pada keluarga tersebut, tempat itu berhenti beroperasi kerana tiada sesiapa yang menawarkan diri untuk menguruskan kawasan permainan kanak-kanak itu.
"Selamat datang ke pusingan kedua!" suara Darma mengalihkan perhatian mereka.
"Dalam pusingan ini, kalian semua harus mencari sebuah kunci untuk membuka pintu di hadapan itu. Pintu tersebut akan membawa kalian ke pusingan seterusnya.
Namun, ia tidak semudah itu! Terdapat tiga kunci yang berada di dalam kolam tersebut dan hanya satu sahaja yang betul. Jika kalian menggunakan kunci yang salah..." Darma menarik panjang perkataan terakhir.
"Kalian akan menerima nasib yang sama dengan Isya. Hehe, that's all! I wish all of you, a bad luck!"
Tanpa membuang masa, mereka mula mencari kunci di dalam kolam tersebut.
Mereka tekun mencari kunci-kunci tersebut. Isya hanya memerhati dari skrin CCTV.
Dia mahu membuka portal, tetapi dirinya diperhatikan oleh spageti Darma dari tadi.
"Ha, aku jumpa satu!" Adam melaung ke arah rakan-rakannya. Masing-masing segera menuju ke arah Adam.
Adam sedang memegang sebuah kunci emas. Terdapat sebuah permata berwarna biru pada kunci tersebut.
"Jangan guna lagi. Kita kumpul kunci-kunci ni dulu, baru kita cuba buka pintu tu." Aiden berbicara sambil tangannya sedang mengaut bebola plastik warna-warni itu untuk mencari kunci seterusnya. Semua mengangguk faham dan meneruskan pencarian masing-masing.
'Heh, aku kagum dengan kerjasama mereka. Aiden boleh memberi arahan dan memimpin dengan baik. Memang patut Sharja berikan kuasa tu pada dia.' Zoid tersenyum sendiri.
"Jangan putus asa korang! Aku yakin korang boleh buat!" suara Isya tiba-tiba bergema di dalam bilik tersebut.
"Eh, kau diam!" Darma membentak.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...