Chapter 2: Ep 8-Good News?

20 5 0
                                    

Isya menangis teresak-esak sambil memeluk Kuasa Cahaya Hitam dihadapannya.

"Dan..."

Berulang-ulang dia menyebut nama lelaki tersebut. Dia tertanya-tanya.

Berbaloikah pengorbanan ini?

Isya menguatkan dirinya untuk bangun. Dirinya berdiri di hadapan pohon yang menjadi saksi 1001 kenangannya bersama Dan.

"Aku tahu kalian semua ada di sini. Aku tahu kalian mendengar. Beri aku petunjuk untuk bebaskan kalian!"

Tiba-tiba, muncul sebuah tapak tangan seseorang di batang pohon itu. Ia bercahaya terang.

Lambat-lambat Isya menyentuh tapak tangan tersebut. Saat tangannya terlekap di batang pohon itu, angin mula berderu kencang. Cahaya terang mulai keluar dari kesan tapak tangan tersebut.

Isya sedikit terpempan, tetapi tangannya tetap tidak beralih. Dia sedaya upaya menahan tiupan angin kencang itu.

✎︎______________

Semua orang yang berada dalam dimensi Arial tadi muncul semula di tempat mereka bertukar menjadi debu. Mereka semua bersyukur dan bersorak gembira kerana telah selamat.

Tidak terkecuali juga mereka yang berada di Taman Timur Wijaya. Arial, Aiden dan rakan-rakannya juga muncul di sana.

"Aku sudah agak dia akan berjaya." Arial tersenyum.

"Mari kita pergi tengok Isya." Wawa membuka jam tangannya yang terpapar signal jam tangan Isya pada hologram.

Mereka semua mengangguk. Aiden sudah bersedia untuk membuka portal, tetapi Arial menghalang.

"Kita rentas dimensi saja." Arial memetik jarinya. Sekelip mata, mereka berada di kawasan hutan kecil.

"Woah, sekarang aku faham kenapa Isya pening sangat bila rentas dimensi." Wawa mengimbangkan badannya.

Mereka memandang ke arah sebatang pohon yang sudah tidak asing lagi di mata. Kelihatan Isya sedang terduduk menghadap pohon itu.

Apabila dihampiri, terlihat Isya sedang menangis teresak-esak, sambil Kuasa Cahaya Hitam tersebut berada di dalam dakapannya.

"A-aku tak sangka akan kehilangan dia, secepat ini." Isya berbicara tanpa menoleh ke belakang. Dirinya hanya melihat tanah.

"Aku faham, Isya. Aku juga masih tak sangka Feraz dah tak ada," Aiden mencelah.

"Yang penting, kau dah berjaya selamatkan kami, selamatkan semua orang. Walaupun..." Wawa tidak menghabiskan ayatnya. Entah kenapa suaranya hanya tersekat di kerongkong.

"Walaupun aku tak dapat selamatkan dia," Isya menyambung. Mereka hanya diam membisu.

"Kau pasti?"

Mata Isya terbuntang. Dia menoleh. Arial dilihat tersenyum.

"Apa maksud kau?" Isya bingung, begitu juga rakan-rakannya.

"Kau tak perasan? Dan terkena Kuasa Cahaya Hitam itu kan?" Arial masih berteka-teki.

Semua masih tertanya, namun Isya berjaya menangkapnya.

"Ha?! Jadi maksudnya, Dan sekarang..." Isya cuba menebak.

Arial mengangguk, mengiakan tebakan Isya.

"Aku ada di sini, tetapi dekat dimensi yang lain." Dan tiba-tiba muncul disebalik pohon. Dia muncul dengan dirinya serba putih, seperti Aiden dan rakan-rakannya tadi.

Isya perlahan-lahan mendekati Dan dengan wajah yang masih terkejut.

"Hehe, hai." Dan menyapa lagi apabila Isya berdiam diri.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now