"Aduh!" Isya jatuh ke tanah. Dia memegang kepalanya yang sakit. Gadis itu melihat sekeliling. Dia kenal benar akan tempat ini.
"Ingat tempat ni?" Isya terdengar suara di belakangnya. Segera dia menoleh.
Kelihatan Dan sedang membelakanginya sambil tangan menongkat pada dahan pokok yang menjadi saksi persahabatan mereka.
"Dan, tolonglah. Hentikan semua ni, aku merayu! Kau lebih baik dari semua ni."
"Aku dah penat jadi baik. Aku dah penat selalu kena pijak dan tak dipedulikan oleh orang lain. Aku nak hapuskan mereka semua! Aku nak hilangkan semua orang yang pernah ketepikan kita berdua!"
Air mata Dan mengalir laju di pipi. Dia mengetap gigi.
"Tapi kau tahu kan yang bukan semua orang dalam dunia ni sama macam orang-orang celaka yang kau pernah jumpa sebelum ni? Kau kena percaya, Dan.
Percayalah, aku dah jumpa ramai orang dan ya, ramai yang bertindak kejam dengan aku. Tapi masih ada yang peduli tentang aku. Masih ada orang baik di luar sana, Dan. Kau cuma kena percaya!"
"Aku dah penat percaya dengan manusia! Aku cuma percaya yang manusia baik tu dah tak wujud! Aku akan hancurkan mereka semua!"
Dan menghentak batang pokok tersebut sehingga ia bergoyang kuat. Daun-daunnya berguguran.
Dan mengalihkan pandangannya ke arah Isya.
"Tapi kau menentang aku! Jadi aku akan hapuskan kau juga!"
Dan mengumpul tenaga kuasa pada penumbuknya, bersedia untuk dilepaskan kepada Isya.
"Dan, apa kau nak buat ni? Dan?! Dan!" Isya mengesot ke belakang dengan perasaan takut. Air mata mula bergenang.
"Jangan, Dan!" Isya menutup matanya. Tangannya secara refleks diangkat ke wajah bagi melindungi dirinya, walau dia tahu ia hanya sia-sia.
Tiba-tiba Aiden datang meluru dan menumbuk pipi Dan. Dan terpelanting jauh.
Aiden berdiri di sebelah rakannya itu. "Kau okay tak, Isya?" soalnya, sambil pandangan masih diarahkan pada Dan.
"Aku okay." Isya menjawab, ringkas.
Dan berdiri semula. Wajahnya bengis, matanya menjegil.
"Kau dengan kawan-kawan kau sama je! Tak guna!"
Dan memetik jarinya. Asap hitam yang tebal mula mengaburi pandangan mereka berdua.
Aiden dan Isya terpempan, tidak bersedia dengan tindakan tersebut.
"Hati-hati Isya!"
"Aku tak nampak kau, Aiden!"
Isya dapat mendengar bunyi tumbuk menumbuk di suatu arah, tetapi dia tidak pasti dari arah mana.
Setelah beberapa ketika, Isya berjaya menyentuh batang pokok berdekatannya.
Pemandangan persekitarannya pulih semula. Isya melihat sekeliling. Matanya terbeliak apabila memandang ke suatu arah.
Isya terlihat Dan telah berjaya memegang kolar baju Aiden, mengangkat lelaki itu ke udara.
Sebelah tangan Dan telah mengumpul Cahaya Kuasa, bersedia untuk melepaskannya ke atas Aiden.
Wajah Aiden jelas kelihatan bahawa dia telah dibelasah teruk. Darah meleleh keluar dari mulutnya.
"Isya...kau lari dulu...selamatkan kami..." Aiden terbatuk-batuk.
"Tapi, aku tak mampu lakukan semua ni sendiri!"
Berkaca mata Isya. Dia tidak mahu kehilangan seorang lagi rakannya.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...