Mia dan Rina dihumban masuk ke dalam bilik berjeriji. Isya segera mendapatkan Mia.
"Tolong jangan bahayakan diri macam tu lagi." Isya mengeluh. Dia sudah mengeluarkan air mata.
Mia hanya tersenyum lemah. Dia memerlukan rehat yang banyak untuk mengumpul semula tenaganya.
Pandangan Isya beralih ke skrin CCTV. 'Sekarang ia bergantung pada kamu bertiga.' dia memandang skrin tersebut, penuh harapan.
"Heh, jangan mimpi mereka dapat kalahkan aku." Darma muncul dari satu sudut. Dia sudah bersiap sedia menyambut tetamu. Wajah Isya segera berubah tegang.
"Kalian semua akan duduk di sini, sementara aku hapuskan kawan-kawan kau!" Darma tertawa besar. Matanya jelas semakin menghijau.
"Hmph, kau takkan berjaya." dengus Isya, kasar.
"Pasti? Hahaha!" Darma berlalu pergi dengan tawanya yang masih bergema.
"Kita kena tolong mereka." Isya memandang rakan-rakannya dengan wajah yang risau.
"Tapi macam mana? Jam tangan kita sudah dirampas. Kita tak boleh buka portal." Adam mengeluh.
"Mia juga tak cukup tenaga untuk cipta sesuatu yang boleh keluarkan kita dari sini." Arin menambah.
Isya berpaling semula ke arah kawalan utama. Pasti ada sesuatu yang boleh buat mereka melepaskan diri. Dia memegang tiang jeriji di hadapannya.
Apabila dia melepaskan genggaman tersebut, tangannya terasa melekit.
"Eh? Hm, manisnya." Isya menjilat sedikit jarinya. Terasa sesuatu yang manis seperti gula. Dia memerhati dengan teliti tiang jeriji tersebut. Tiang itu kelihatan sedang mencair. Apabila dihidu, jelas berbau aroma manisan padanya.
"Weh, korang! Tengok ni. Tiang ni, gula-gula lah!" Isya memanggil rakan-rakannya. Mereka segera mendekati tiang jeriji tersebut.
"Eh, betul lah," Adam menyentuh sedikit tiang jeriji itu.
"Heh, aku ada idea." Isya tersenyum.
***
Aiden, Wawa dan Zoid melangkah memasuki sebuah bangunan setelah berjalan lama dari sungai susu tadi.
Wawa berjalan lemah sambil dirinya memandang tanah dia berpijak.
"Kita dah tak ada pilihan. Kita kena juga berdepan dengan Darma."
"Tapi Zoid, kau yakin ke kita bertiga saja sudah cukup?"
"Kenapa? Kau tak yakin ke?"
Soalan Zoid membuat Wawa terdiam. Dia segera melarikan pandangan. Zoid tersengih.
"Aku pun tak pasti sebenarnya. Tapi, ini saja cara untuk kita selamatkan yang lain. Lagipun, siapa lagi yang nak yakin dengan kita kalau bukan diri sendiri?"
Sekali lagi Wawa tersentak dengan pernyataan tersebut. Dia perlahan-lahan mengangguk.
"Sudah, jangan risau. Jom gerak." Aiden dan Wawa mengikuti langkah Zoid, mara ke hadapan.
"Bangunan ini nampak macam Stadium Arena." Aiden menarik Wawa dari lamunannya.
Stadium Arena merupakan stadium yang terkenal di kawasan Barat Vorfille satu ketika dahulu. Ia juga ditubuhkan oleh keluarga Darma. Namun, setelah isu pembahagian harta, stadium tersebut kini ditutup.
"Perasan tak? Setiap pusingan yang kita lalu, semuanya berkait dengan keluarga Darma." Wawa memecahkan kesunyian.
"Betul tu. Aku perasan juga." Aiden mengangguk tanda bersetuju dengan kenyataan Wawa.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Avventura"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...