"Jujur. Apalah makna perkataan tersebut di dunia fana yang jelas penuh dengan kepalsuan ini. Tanpa kejujuran, maka akan runtuhlah suatu perhubungan. Mana lahirnya kepercayaan kalau tiada kejujuran? Di mana adanya keadilan jikalau kepalsuan memenuhi fikiran?"
***
Sudah dua bulan berlalu, masih tiada apa-apa berlaku di Sri Jaya. Semuanya aman. Tiada tanda-tanda kerosakan bakal berlaku.
Ahli Dystopia juga nampaknya lebih tenang kini. Semuanya ralit melakukan tugasan sekolah yang diberi oleh guru masing-masing. Ada juga yang tiada kerja rumah, membantu ahli lain menyiapkan kerja mereka.
Walaupun ke sekolah yang berbeza, mereka tetap berganding bahu dan sama-sama mengusahakan tugasan yang diterima. Begitulah semangat kerjasama yang perlu ada dalam kumpulan dan persahabatan.
Mia pula khusyuk menulis kerja di dalam buku tulisnya. Tiba-tiba, telefonnya bergetar. Matanya menjenguk sedikit skrin telefon tersebut. Dia menerima satu mesej dari gurunya.
"Huh? Lawatan?" oleh kerana tertarik, Mia laju mencapai telefon untuk membaca dengan lebih lanjut.
Anehnya, ahli lain juga menerima mesej pada masa yang sama. Masing-masing mencapai telefon mereka untuk melihat mesej tersebut.
"Wah, sekolah aku ada buat lawatan ke Utara Cyber!" Rina tampak teruja. Laju pandangan Mia dialih ke arah Rina.
"Biar betul? Aku pun!" Mia juga kelihatan teruja. Dua gadis itu kemudian memandang ahli mereka yang lain. Tapi senyuman mereka terus memudar apabila ahli lain memandang mereka dengan wajah terkilan.
"Kenapa?" Rina bertanya, tidak selesa dengan pandangan tersebut.
"Aneh, kami mendapat mesej yang sama dari sekolah kami."
"pada hari yang sama?"
Aiden mengangguk, begitu juga orang lain. Masing-masing menelan air liur. Tak mungkin hal ini berlaku secara kebetulan. Pasti ada niat lain.
"Aku rasa ada sesuatu yang bakal menanti kita di Utara Cyber. Nampaknya kita perlu bersedia." Aiden memecahkan kesunyian yang menyinggah sebentar tadi.
Yang lain terangguk-angguk, mengatur strategi di dalam fikiran masing-masing.
"Yeah, masa untuk beraksi. Lama betul ambil masa." Wawa tersengih. Segala urat dan tulang-tulang badan diperbetulkan.
"Kejap, kejap. Macam mana Dark Mist ni tahu kita bersekolah dekat mana?" Mia bingung.
"Tidak mungkin Dark Mist tahu sendiri. Aku rasa aku tahu siapa yang bertanggungjawab." Aiden memandang ahlinya dengan sengihan.
"Seseorang yang boleh lihat identiti warga negara ni." Wawa menyambung.
"Seseorang yang boleh membenarkan sekolah untuk menganjurkan lawatan." Isya mencelah.
"Ya. Dan seseorang itu ialah..."
"Pihak atasan."
***
Pada hari lawatan, Aiden telah menyembunyikan Kuasa Cahaya Putih di dalam begnya. Jam tangan didekatkan pada mulut.
"Kita jumpa depan sarkas nanti," bisiknya, bimbang jika didengari pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan tersebut. Ahli lain merespons dengan baik.
Destinasi lawatan ini adalah ke Mr. Boru Circus Festival yang berada di Utara Cyber. Aiden yakin Dark Mist ada di sana.
"Baiklah, para pelajar! Semua boleh naik bas sekarang! Jom kita berseronok di markas!" seorang guru cuba menceriakan suasana pagi yang riuh itu.
Para pelajar membalas laungan itu dengan bersemangat. Aiden cuba mengekalkan fokusnya. Perlahan-lahan dia menaiki tangga bas.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...