Asap hitam pantas melarikan diri dari medan perang, menuju ke kawasan yang lebih selamat. Ia menusup masuk ke dalam sebuah bangunan pencakar langit yang gah dan mewah.
Asap hitam tersebut terus meluru masuk, mencari-cari sesuatu. Apabila ia memasuki sesuatu bilik, kelihatan kepulan asap yang lebih besar berada di tengah-tengah sebuah bulatan yang terdapat di dalam bilik tersebut.
Asap hitam itu meluru ke arahnya, bercampur dengan kepulan hitam yang lebih besar itu. Kemudian, ia bergerak-gerak, membentuk susuk tubuh seseorang wanita.
Apabila ia lengkap sepenuhnya, susuk tubuh itu bergerak-gerak, membetulkan segala sendi.
"Ah, hahaha! Gembiranya dapat kembali!" susuk tubuh itu galak ketawa.
"Amboi, seronok nampak."
Suara seorang lelaki separuh abad kedengaran dari balik kegelapan di satu sudut bilik tersebut. Dia sedang menyandarkan diri di atas kerusi coklat yang empuk.
Wanita yang membelakangi lelaki itu, segera berpaling ke arahnya dengan renungan tajam.
"Kau sudah jumpa dia?"
Lelaki itu mengangguk, seraya menunjuk ke arah patung Dayana. Wanita tersebut berjalan mendekatinya.
"Sekarang, siapa yang berjaya hidup, Daya? Aku, atau kau? Hahaha! Aku akan pastikan, semua kepunyaan kau akanku rampas!" tegasnya.
"Aku harap kau tak lupa janji kita." ucap lelaki tadi, tersinggung apabila dia dipulaukan. Wanita tersebut hanya mendengus.
"Ku tidak pernah lupa akan janji itu. Ku akan pastikan, pengikut Dayana akan terhapus buat selama-lamanya, dan Bumi ini akan jadi milikku!"
"Tapi sebelum tu, kau kena kalahkan Persahabatan Sejati dulu kan?" lelaki itu mencemuh.
Wanita tersebut mendengus kasar. "Budak-budak hingusan tu, tak tahu apa-apa tentang perjanjian kita. Aku nak kau uruskan perihal di Bumi. Hapuskan budak-budak hingusan tu. Aku perlu pulang ke Surnova. Ku harap mereka tak lupa pada maharani mereka." dia tersengih keji.
"Tiada masalah. Cuma, aku mahu pinjam sedikit kuli hitam kau tu. Aku ada rancangan untuk 'dia'." lelaki itu tersengih. Wanita tersebut mengangguk. Asap hitam dikeluarkan dari tangan, dan diberikan pada tangan lelaki itu.
"Pastikan kau buat kerja kau betul-betul, Rafael. Ku mahu bila ku bertemu kau lagi, mereka sudah tiada di Bumi." wanita itu merenung tajam lelaki separuh abad yang masih tersengih.
Lelaki tersebut mendekatkan wajahnya sambil mencemuh.
"Kau, boleh harapkan aku, Kiarani. Pernah ke aku hampakan kau?"
Wanita itu mendengus dan mengangguk, sebelum hilang dibalik kepulan asap.
"Kalian yang menentangku, akan terima akibatnya nanti. Hahaha!" lelaki yang bernama Rafael itu bermain-main dengan kepulan asap pemberian Kiarani tadi, sambil tertawa keji.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...