Chapter 4: Ep 1-The Spell Book

26 3 0
                                    

"Keadilan amat penting dalam memastikan sesebuah kumpulan aman dan damai. Ia bagaikan satu kunci bagi setiap penyelesaian untuk sesebuah pergaduhan atau perbalahan. Namun pada hari ini, keadilan kian terabai kerana hadirnya sifat pentingkan diri. Selamatkah persahabatan tanpa keadilan?"

                                ***

Adam membetulkan tali lehernya. Jam tangan dipakai, bajunya dikemaskan. Dirinya mengeluh.

'Dah dua tahun berlalu sejak pandemik, sekarang nak kena pergi sekolah semula. Haih...' rungutnya dalam hati.

Benar, sudah dua tahun berlalu. Bermakna, setahun lebih telah berlalu selepas mereka menemui Kuasa Cahaya Putih dan menerima misi yang diberikan oleh Sharja.

Tanpa membuang masa, Adam mencapai beg sekolahnya dan terus keluar dari biliknya. Selesai bersarapan, langkahnya diteruskan menuju ke sekolah.

Tiba di sekolah, Adam melakukan rutin hariannya sebagai seorang murid.

'Huhu, dah lama tak belajar. Otak dah pening,' desir hatinya.

Dipendekkan cerita, hari pertama sekolah telah berakhir. Adam mengeluh. Namun, dia tidak boleh berbuat apa-apa. Begitulah hidup seorang pelajar.

Adam mengambil langkah menuju ke perpustakaan sekolah selepas tamat sesi persekolahan. Dia mahu ke sana untuk menyiapkan kerja sekolahnya supaya boleh bersenang-lenang di rumah nanti.

'Haih, kalau ikutkan, nak je aku buat dekat rumah. Tapi dekat rumah takde aircond...' desir hatinya lagi.

Adam membuka pintu perpustakaan. Senyap sunyi. Hanya terdapat dua tiga lagi pelajar serta pustakawan yang bertugas di dalam perpustakaan.

Adam mengambil tempat duduknya. Buku dikeluarkan dari begnya. Ipod disumbat ke dalam telinga. Tangannya laju mencapai pen dan cuba menyelesaikan kerja yang diberi oleh guru.

Tiba-tiba, Adam terdengar bunyi dentuman. Ia berbunyi seperti gendang. Salah satu Ipod dicabut dari telinga. Nampaknya ia bukan datang dari Ipod.

"Emm, kau dengar tak?" Adam bertanya kepada pustakawan yang kebetulan melintasi mejanya sambil membawa buku.

"Ha? Dengar apa? Aku tak dengar apa-apa pun." pustakawan tersebut berkerut dahi.

"Aku rasa aku-"

"Takde rasa-rasa. Telinga kau rosaklah tu. Sumbat lagi benda tu." pustakawan tersebut melangkah pergi, namun terhenti seketika.

"By the way, aku takkan report kau sebab bawa Ipod ke sekolah."

Adam tersengih mendengar perkara itu.

"Haish, harap je pengawas, tapi bawa barang terlarang. Tak boleh diharap." pustakawan tersebut berleter sambil berlalu pergi.

'Apahal minah tu? Sibuk je.' Adam menumpukan semula perhatiannya pada buku, ralit menulis jawapan.

Tidak lama selepas itu, dia terdengar dentuman itu lagi. Tidak puas hati, kedua-dua Ipod kini dicabut. Dentuman tersebut jelas kedengaran, namun pelajar lain seolah-olah tidak mendengarnya.

Hairan. Dia sajakah yang mendengarnya?

Dentuman itu datang daripada rak perpustakaan di belakang. Adam segera menuju ke rak tersebut.

Terlihat sebuah buku usang berwarna biru. Di tengah-tengah buku, kelihatan satu lubang seperti lubang kunci. Ia bercahaya biru. Jelas dentuman kedengaran dari buku tersebut.

"Hah! Buat apa tu?" Adam terperanjat apabila tiba-tiba pustakawan tadi menyergahnya.

"Ish, terkejut aku." Adam menggosok dadanya. Mujur dia tidak melatah. Kalau tidak, habis semua pelajar memandangnya. Jatuhlah air mukanya nanti!

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now