Chapter 4: Special Episode !

5 2 0
                                    

Suria mengemas-ngemas bilik Tok Yan. Sebelum melangkah ke luar bilik, dia menoleh.

Suria tersenyum. Banyak kenangannya bersama Tok Yan di bilik ini. Wajahnya kembali suram. Dia teringat cerita yang Tok Yan pernah ceritakan padanya suatu masa dahulu.

                                ***                        

"Sandri, Naria, usahlah kalian pergi. Apakah benar kalian mahu menyerahkan Irina pada Ratu Malinda?" Tok Yan gusar mendengar keputusan anak menantunya itu.

"Ayah, jangan bimbang. Mana mungkin kami biarkan anak kami diambil orang. Lagipun, tujuan kami ke sana bukanlah untuk berunding semata-mata." Sandri menenangkan ayahnya.

Tok Yan bingung dengan kata-kata Sandri.

"Maksud Sandri, dia akan memulihkan Ratu Malinda, ayah." Naria mencelah.

Tok Yan memandang semula anaknya, "Kamu mahu guna mantera ayah?"

Sandri mengangguk mendengar pertanyaan ayahnya.

"Sandri janji ayah, Sandri akan bawa ratu kita kembali." Sandri tersenyum. Isterinya, Naria juga bersetuju sambil menatang Irina di dalam dakapannya.

Tok Yan menghela nafas, "Kalau begitu, baiklah. Hati-hati Sandri, Naria. Ratu Malinda tak sebaik yang disangka."

Suami isteri itu hanya membalas dengan anggukan sebelum menaiki kereta kuda yang diiringi pengawal diraja.

Siapa sangka, itulah kali terakhir Tok Yan melihat wajah anak menantunya. Tok Yan akhirnya menjaga Suria seorang diri.

                                ***                        

Suria menghela nafas. Perkara itu semuanya sudah berlalu. Apa yang dia harapkan sekarang, hanyalah untuk bertemu dengan kakak kembarnya.

'Kak Irina, apa khabarmu sekarang?' Suria berbicara kecil di dalam hati sambil merenung bulan biru di luar tingkap.

                                 ***                         

"Viora? Viora?" Sharja cuba berkomunikasi dengan Viora, Penjaga Kuasa Cahaya Merah. Matanya berubah putih kerana berkomunikasi menggunakan minda.

"Tch, tak dapat." mata Sharja berubah kembali apabila panggilannya tidak dijawab.

"Viora dalam bahaya sekarang. Patutkah dia menyerang?" Zoid yang melihat rauk wajah Sharja, juga mulai bimbang.

"Tak payah. Persahabatan Sejati dalam perjalanan selamatkan dia. Kita hanya perlu tunggu saja semuanya selesai." Sharja bertegas.

"Apapun, maklumat tentang Dystopia perlu sampai pada Viora agar dia bersedia. Aku akan cari jalan lain untuk sampaikan pada dia," tambahnya lagi.

Zoid dan Dylan mengangguk. Arial hanya muncul dalam bebola putih milik Sharja memandangkan dia berkurung di dalam dimensi Sharja.

Zoid dan Dylan bersurai dari perbincangan tersebut, meninggalkan Sharja bersama Arial.

"Arial." pandangan Sharja beralih kepada Arial. Arial segera menumpukan perhatiannya pada Sharja.

"Kau mahu keluar ke dari dimensi itu?" persoalan Sharja membuatkan Arial sedikit tersentak. Dia terdiam seketika.

"Aku tak kisah, Sharja. Ini hukuman yang kau berikan. Aku tak boleh menghalang. Ia memang salah aku." Arial tersenyum.

Sharja hanya tersenyum kelat. Benar, itu hukuman yang Arial patut dapat. Tetapi walau apapun, Arial tetap rakannya. Dia sebenarnya tak sanggup beri hukuman pada Arial, tapi itu saja cara untuk selamatkan nyawa wanita tersebut.

"Apa agaknya perasaan Isya bila dia tahu tentang hal tu?" Arial tiba-tiba mengubah topik. Sharja berkerut.

"Jangan pura-pura tak tahu. Kau tahu kan yang kita akan bertukar menjadi kelopak bunga bila misi kita dah selesai?" Arial mengingatkan kembali.

"Aku tahu hal itu. Tapi apa kaitannya dengan Isya?"

"Macam mana dengan Dan? Kita sendiri tak tahu apa akan jadi nanti. Dimensi ni akan lenyap juga. Kau rasa Dan akan mati ke?" Arial berasa gusar.

"Aku pun tak pasti. Kita lihat sajalah nanti. Aku akan cuba yang terbaik." Sharja menghela nafas. Ini pasti sesuatu yang berat untuk diterima oleh gadis itu.

Tapi hal itu belum pasti. Perjuangan perlu diteruskan, walaupun ada yang bakal terkorban.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now