"Boleh kau cerita apa jadi sebenarnya?"
Wawa tersentak. Namun dia menghela nafasnya, panjang.
"Sebenarnya..."
2 TAHUN LEPAS...
"Aiden! Jom pergi kantin." Feraz menuju ke meja Aiden.
"Jom!"
"Aira, hantar ni ke meja cikgu boleh? Terima kasih!" Wawa yang tidak jauh dari Aiden dan Feraz, menegur rakan sekelas mereka, Aira.
Aira merupakan budak paling pendiam dalam kelas. Dia mempunyai tabiat yang suka memerhatikan orang sekeliling, terutama sekali Aiden dan Feraz.
Aira mengambil beberapa helai kertas dari Wawa dan mengangguk. Wawa terasa sedikit janggal.
'Peliklah budak ni.'
"Aku turun dulu. Nak pergi tandas. Jumpa kat bawah!" Wawa memandang Aiden dan Feraz. Mereka berdua mengangguk.
✎︎______________
Aiden dan Feraz berjalan menuju ke kantin sekolah sambil tertawa bersama.
Mereka berjalan melintasi pelajar-pelajar senior perempuan yang sedang bergosip di bangku berdekatan kantin.
"Wehh, kau tahu tak, ada sorang budak junior tingkatan 1 yang baru masuk tu, handsome gila! Kalah budak sebaya kita."
"Oh, budak tu ke? Ye weyh, comel je aku tengok."
Mereka bergelak sakan. Aiden dan Feraz membuat muka menyampah. Dasar pedophile.
"Amboi, kak. Budak junior pun nak kebas ke?" Wawa menyergah kumpulan gosip tersebut.
Wajah mereka terus bertukar masam. "Eh, sibuklah kau. Pergi main dengan budak sebaya kau tu. Shuh! Shuh!"
Wawa berjalan pergi sambil tertawa. Dia menjelirkan lidahnya. "Hahaha! Buat hal lah kau ni Wawa." Aiden terbahak ketawa melihat gelagat Wawa.
"Hahaha! Bukan selalu kacau akak senior." Wawa menghampiri Aiden dan Feraz sambil tertawa.
"Budak yang diorang ceritakan tu, mesti pasal Nazri kan?" Feraz berbicara seusai menghabiskan tawanya.
"Siapa lagi budak baru kalau bukan dia. Dia kan ada muka iras-iras Mat Salleh."
"Menyampah lah dengan dia. Muka masam je. Dahlah sombong. Orang mintak tolong je, dah merengus. Harap muka je lawa, tapi perangai cam kandang lembu. Baik tak payah." Wawa mula membebel.
Aiden tergelak, Feraz hanya tertawa perlahan. Mereka tiba di kaunter makanan kantin.
"Feraz, kau okey?" Aiden perasan riak wajah Feraz sedikit berubah.
"Tak, tak ada apa-apa." Feraz tersenyum.
"Betul ni?" Aiden bertanya lagi.
Feraz terdiam sambil merenung makanan yang dipesannya. Dia menghela nafas.
"Aiden, ada benda aku perlu beritahu kau. Aku dah tak sanggup nak buat. Sebenarnya-" ayat Feraz terpotong.
"Makcik, nak nasi goreng satu." Nazri tiba-tiba muncul di belakang Feraz. Nadanya kasar. Riak wajah Aiden bertukar masam.
Nazri memandang ke arah mereka bertiga. Langsung tiada senyum.
"Kalau ye pun, cakaplah elok-elok dengan makcik kantin. Ini tidak, kasar." Wawa memerli tanpa memandang Nazri.
"Kau tak puas hati ke?" Nazri seakan tertampar dengan kata-kata itu.
"Woah, relax bro. Perempuan pun nak pukul ke? Kenapa nak marah? Ke kau yang tak puas hati?" Aiden pula menambah. Dia tersenyum sinis.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...