*Ktang!*
Senjata Darma bertembung dengan senjata Zoid yang secara tiba-tiba berdiri di hadapan Wawa.
Wawa bergerak ke tepi dan memukul bahagian pinggang kiri Darma. Darma tertolak beberapa depa, namun wanita itu tidak mengalah. Dia sambung menyerang. Garfu gergasi diganda dua.
Tangan Darma lincah menepis serangan Wawa dan Zoid. Zoid menggerakkan belatinya mengena tangan Darma dan menepis garfu gergasi tersebut. Garfu gergasi itu terpelanting dekat dengan Aiden dan yang lain.
"Rina, cepat potong doh ni!" Aiden berbisik perlahan saat mulutnya cuba menggapai garfu gergasi yang berada di tanah.
Namun tiba-tiba, garfu gergasi itu terbang semula ke tangan Darma.
"Jangan harap!" Darma berlari ke arah Aiden.
*Ting!*
Wawa menghalang garfu gergasi Darma mengena rakan-rakannya dengan menggunakan tombak berusnya.
"Lawan kau ialah aku!" Wawa menepis serangan Darma. Darma mengetap gigi. Perlawanan dua wanita itu bersambung.
Aiden kembali memandang Rina. Rina sudah berjaya memotong doh tersebut.
"Rina, potong doh serigala Adam tu. Adam, suruh serigala kau gigit doh yang lain nanti."
Adam dan Rina mengangguk. Setelah berjaya melepaskan serigala milik Adam, ia terus menggigit doh-doh yang lain.
"Fuh, kita dah terlepas!"
"Sekarang, jom kita tolong Wawa!"
"Jom!"
***
Wawa dan Zoid tercungap-cungap melawan Darma yang begitu lincah.
"Hahaha! Kau masih tak dapat kalahkan aku walaupun sudah ada kuasa baru. Mengalah saja, kau takkan mampu tandingi aku." Darma tertawa.
"Ergh, belum lagi!"
Wawa meneruskan menyerang Darma, tetapi Darma dengan mudah sekali menepis serangan tersebut sehingga menyebabkan Wawa terduduk ke tanah.
"Wawa!" Zoid mendapatkan Wawa.
"Wawa, kau perlu ambil Kuasa Cahaya tu dari dia. Kuasa Cahaya lebih kuat apabila digabung."
"Tapi, macam mana? Kita tak boleh dekat dengan dia." Wawa bangun semula.
"Kami boleh tolong."
Tiba-tiba, terdengar suara Aiden dari belakang. Darma terpempan. Kenapa setiap kali aku kurung mereka selalu saja mereka boleh lepaskan diri?
Sengihan mula terbit pada wajah Wawa.
"Dystopian, line up! We have a battle to win." Aiden berjalan ke tengah, diiringi oleh rakan-rakannya dan Zoid.
"ATTACK!!!"
Arin memberi serangan pertama dengan melicinkan tempat Darma berpijak dengan kloroknya.
"This?! Again?!" Darma terumbang-ambing, namun kali ini dia berjaya mengimbangkan dirinya.
Rina melempar tiaranya yang berfungsi seperti boomerang dan Mia menggunakan kuasanya mencipta kipas besar. Angin berderu kencang sehingga menghasilkan taufan. Tiara Rina berpusing mengikut angin taufan tersebut.
Rina menggenggam tangan kanannya. Tiaranya menjadi berganda sehingga mencantas pakaian Darma di bahagian bahu, lengan, serta gaunnya. Rambut Darma yang disanggul telah jatuh akibat serangan tiara tersebut.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Pertualangan"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...