"Ini semua salah aku!"
Semua memandang Rina apabila gadis itu tiba-tiba saja menjerit.
"Ini semua salah aku! Aku bersalah! Maafkan aku, maafkan aku! Semua ni takkan terjadi kalau bukan sebab aku..."
Rina menangis sepuas-puasnya, sambil mengetuk-ngetuk kepalanya. Merasakan betapa bodoh dan naifnya dia, membiarkan semua dalam bahaya.
"Hei, hei Rina, sudahlah. Bertenang. Tarik nafas perlahan-lahan." Isya mendekati Rina dan menenangkan gadis kecil itu.
"Macam mana nak bertenang?! Aku punca semua ni jadi. Kenapa pilih budak yang bodoh dan naif macam aku ni?! Aku tak layak pun!"
Isya memandang Aiden yang juga menghampiri Rina. Mereka berasa amat kasihan pada gadis tersebut.
"Rina, tak apa. Kita boleh baikinya. Semua orang dalam kumpulan ni buat silap, tak terkecuali aku." Aiden terus memujuk.
"Tapi aku silap besar kali ni, Aiden. Aku hilangkan semua Kuasa Cahaya tu. Ni semua salah aku. A-aku tak boleh buat semua ni lagi."
Wajah Aiden berkerut. Rakan-rakan lain turut menghampiri Rina.
"Aku tak mampu. Aku terlalu kecil untuk semua ni. Aiden, singkirkan aku dari kumpulan ni. Singkirkan!"
Terbeliak mata mereka mendengar permintaan Rina.
"Apa kau cakap ni Rina? Jangan merepek! Kita satu pasukan, kita akan sentiasa bersama. Kita boleh betulkan kesilapan kau."
Rina tertunduk, air matanya jatuh membasahi Bumi.
"Selama ni, apa je yang aku sumbangkan pada korang?"
"Kau tolong kitorang banyak, Rina. Kau tolong kita terlepas dari-"
"Selama ni, apa je, apa je yang aku dah sumbangkan pada korang?!"
Masing-masing membisu mendengar bentakan dari Rina.
"Lepaskan kita dari doh Darma? Korang semua pun boleh buat. Mia boleh je cipta apa-apa benda tajam nak lepaskan kita. Adam boleh arahkan Drage untuk gigit doh tu.
Semua yang aku tolong sebenarnya korang boleh buat sendiri tanpa aku. Aku cuma boneka je dalam kumpulan ni.
Kenapa, kenapa lah aku yakin sangat boleh sumbangkan apa-apa pada korang, sedangkan aku ni banyak main dan naif."
Deras air mata Rina mengalir, jatuh ke Bumi. Rakan-rakannya yang lain hanya membisu, sambil turut mengeluarkan air mata.
"Liza, aku pasti, kau boleh tolong aku kan? Keluarkan aku dari kumpulan ni. Aku dah tak nak terlibat. Tolong, cari orang lain yang lebih bertanggungjawab."
Liza yang matanya juga turut berkaca, sedikit terpempan mendengar permintaan gadis kecil itu. Tangannya dikepal, pandangannya dilarikan.
Liza menghela nafas, tidak mahu melihat Rina tersiksa lagi. Dia kemudian perlahan-lahan mendekati Rina, sambil tangannya diletakkan di atas kepala gadis itu.
"Aku Liza, Penjaga Kuasa Cahaya Kuning, dengan rela hati melepaskan pilihan Pewaris Kuasa aku iaitu Rina, dari genggaman Persahabatan Sejati dan segala kaitan dengan Kuasa Cahaya."
Tiba-tiba saja angin berderu kencang. Cahaya berwarna kuning terpancar di antara tangan Liza dan kepala Rina, dan kemudian beransur hilang.
Air mata Rina masih mengalir saat kata-kata itu terlafaz. Dia melihat tangannya. Jam tangan yang dipakainya kini telah tiada.
"B-bagaimana dengan memori aku?" Rina bingung. Takkan tidak terpadam memorinya?
"Aku, sengaja simpannya. Rina, persahabatan ini amat penting untuk kau dan mereka. Tolonglah, simpan. Aku yakin kau akan menjaganya dengan baik."
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Aventura"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...