Chapter 3: Ep 3-The Mystery

13 5 0
                                    

Pada malam itu, Wawa tidak dapat tidur. Entah mengapa, dia tidak mampu melelapkan mata. Dia melihat Isya di katil sebelah.

Nyenyak tidur. Siap berdengkur lagi.

'Ni kalau tidur dengan roomate macam ni, siapa jelah boleh terlelap.' Wawa mengeluh sambil menayangkan muka menyampah.

Dia bangun dari katilnya dan menuju ke dapur bagi membasahkan tekak yang kering. Sebaik saja dia selesai meneguk air, tiba-tiba dia terdengar bunyi seseorang (atau sesuatu?) terlanggar meja di ruang tamu.

Wawa terkejut, namun tidak panik. Perlahan-lahan dia berjalan ke pintu dapur dan berselindung di sebalik dinding. Dia menjuntaikan kepalanya untuk melihat siapakah gerangan yang berada di ruang tamu.

Wawa memerhati di segenap ruang tamu. Tiada sesiapa. Dia melihat ke lantai. Terdapat satu objek bersinar yang menarik perhatiannya. Gadis itu ingin mencapainya, namun hasrat itu terbatal apabila dia terlihat satu susuk tubuh muncul ke ruang tamu.

'Pencuri ke?' Wawa dengan pantas bersembunyi di sebalik pasu pokok bunga yang besar berdekatan pintu dapur.

Tiba-tiba, Wawa dapat merasakan dirinya dilempar sesuatu. Dia melihat ada segumpal kertas kecil yang mengena kepalanya di lantai.

Wawa memandang ke arah tangga. Kelihatan Isya sedang berada di atas tangga, menyuruhnya naik dengan cepat dalam keadaan senyap.

Cepat-cepat Wawa berlari anak menaiki tangga dan mendapatkan gadis itu.

"Pencuri ke tu?" tanya Isya, sambil berbisik.

"Tak tahu. Lebih baik kita naik dulu. Kita beritahu Zoid esok," Wawa mengatur langkah naik ke biliknya, diikuti Isya. Mereka segera menutup pintu bilik.

"Fuh, nasib baik," Wawa menghela nafas lega.

"Ha, Isya. Asal kau terjaga?" Wawa mengalihkan pandangannya pada Isya.

"Aku sebenarnya rasa lapar. Aku bangun tadi tengok kau tak ada atas katil. Masa turun tangga tadi, aku dengar bunyi orang berjalan. Aku ingatkan kau pergi melahap jugak," Isya tersengih.

"Hm, aku masih tak puas hatilah. Macam mana kalau dia curi apa-apa?"

"Sudahlah tu. Bahaya juga kalau kita berdua je yang bertindak tadi. Kita tak tahu siapa yang pecah masuk. Silap hari bulan kita kena jual. Lagipun Kuasa Cahaya tak ada pada kita sekarang."

Wawa mengeluh. Mereka segera naik semula ke atas katil dan menyambung tidur.

Esoknya, Wawa dan Isya terus memberitahu hal semalam kepada Zoid semasa sarapan.

"Oh, pasal tu. Sebenarnya, rumah ini kerap kena pecah masuk. Tapi kitorang buat tak endah je sebab setiap kali orang tu pecah masuk, tiada barang pun yang hilang."

"Pasti dimensi halimunan itu sudah kehabisan tenaga dan perlu dicaj semula. Ramai budak-budak nakal yang suka datang malam-malam begitu. Katanya nak buat paranormal," Darma tertawa kecil sambil menuang air ke dalam cawan Zoid.

Wawa dan Isya terangguk-angguk. Mereka meneruskan menjamu selera yang telah disediakan oleh Darma.

Selesai bersarapan, Zoid meminta agar mereka semua berkumpul di ruang tamu.

"Hari ini, aku nak kamu semua daki gunung ini. Aku perlu melatih fizikal kalian. Itu yang Sharja pinta dari aku agar kamu semua bersedia hadapi cabaran yang seterusnya," Zoid memulakan bicaranya. Kedua-dua tangannya direhatkan di belakang badan sambil memandang ke luar tingkap.

"Alahai, dramatik betul lah dia ni." Wawa separa berbisik, sambil menepuk dahinya dan mengeluh. Isya yang berada di sebelahnya tertawa kecil.

"Disebabkan dimensi halimunan aku sedang dicaj, aku telah sediakan jalan lain menuju ke puncak gunung agar tidak bertembung dengan orang awam yang mendaki." Zoid menambah.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now