'Tak mungkin, tiang tu diperbuat dari gula-gula paling keras yang sukar untuk dipecahkan! Ini tidak boleh jadi...' fokus Darma terus pada mereka berlima.
"Serang!!!"
Arin memancarkan cecair klorok mengena pada wajah Darma.
"Argh, mata aku!" Darma meraung. Dia sukar untuk melihat kerana asid klorok tersebut telah mengaburkan matanya.
Isya pula menyerang Darma dengan menggunakan kapaknya mengena kaki Darma, membuatkan wanita itu tersadung dan terjatuh. Belum sempat dia bangun semula, Serigala milik Adam menerkamnya, menghalang Darma dari bangkit.
Mia muncul di hadapan Darma. Dia menggunakan cogan ciptanya dan menggari tangan Darma. Isya menghampiri dan berdiri di depan Darma.
"Semuanya dah tamat! Lepaskan Darma dan serahkan kuasa tu, lembaga jahanam!" Isya menghalakan kapaknya pada wajah Darma.
Darma tersengih keji, "Tak akan!" matanya menghijau. Gari yang mengikatnya hancur berkecai.
Cahaya hijau yang dihasilkan oleh Darma mula menerangi seluruh stadium. Mereka yang berada berdekatan dengannya, terpaksa mengundur beberapa tapak.
"Kalian yang akan tamat di sini!" Darma menggerak-gerakkan tangannya, mengawal spageti tadi.
Spageti tersebut segera meluru ke arah mereka berlima dan menolak mereka ke dinding di mana Aiden terlekat. Mereka juga kini melekat pada dinding tersebut.
Wawa terkilan melihat kejadian tersebut. Begitu mudah sekali Darma mengalahkan rakan-rakannya. Wawa menoleh semula ke arah Darma, namun terpempan apabila wanita itu sudah berada seinci darinya.
"Kau fikir kau boleh kalahkan aku? Lihatlah, kawan-kawan kau pun aku boleh kalahkan, apatah lagi kau seorang?"
"Aku tak takut pada kau! Aku akan selamatkan wanita ni dari kau, Dark Mist!" Wawa membalas.
"Heh, yakinnya kau. Kita tengok, seberani mana kau dengan aku." Darma berada dalam posisi siaga untuk menyerang. Senjatanya dilibas laju kepada Wawa tapi sempat dielak oleh gadis itu.
Wawa tidak sempat untuk menyerang. Dia hanya mampu melindungi dirinya sahaja. Darma melibas ke arah wajah Wawa. Gadis itu tidak sempat berlindung. Dia hanya memejamkan mata.
"Wawa!"
Zoid mula menepis serangan Darma sehingga wanita itu rebah ke tanah. Nafas Wawa tercungap-cungap. Pertarungan tadi begitu menakutkan.
Darma menyapu darah yang terkeluar sedikit dari mulutnya menggunakan belakang tapak tangan. Dirinya mengukir sengihan.
"Siapa pengecut sekarang?" Darma tertawa melihat wajah Wawa yang kelihatan ketakutan. Mata Wawa sudah bergenang air. Zoid mengetap gigi.
"Sekarang, matilah kalian!" Darma berlari pantas ke arah Zoid dan Wawa.
"Wawa, pandang aku sekarang!" Zoid melutut di hadapan Wawa yang terduduk. Wajah mereka bertembung. Mata Wawa menghijau saat memandang Wajah Zoid. Mereka berdua terapung tidak sedarkan diri.
Terdapat gelombang hijau lutsinar melindungi mereka berdua menyebabkan Darma tidak mampu menyerang.
Darma mengetap bibir. Apa rancangan Zoid kali ini?
***
"Wawa, Wawa."
Perlahan-lahan mata Wawa terbuka. Dia mendapati dirinya berada di sebuah tempat berwarna hijau cerah dan gelap bersatu. Dia melihat Zoid berada di hadapannya.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...