Satu jam berlalu dengan begitu pantas. Kedua-dua robot bertarung garang, namun, jelas R.I.A mendahului setiap serangan.
Claus pula terlihat semakin melemah. Serangan R.I.A nyata tidak dapat dinafikan lagi, yakni begitu hebat dan cekap, berbeza dengan dirinya tadi yang hanya bertahan dengan serangan Claus.
Dalam kehangatan itu, tiba-tiba R.I.A berhenti menyerang. BigBang sedikit terkejut sebelum tersengih. "Kenapa? Dah habis minyak?" sindirnya.
Mia tertunduk, sebelum mendongakkan kepalanya sambil tersenyum. Alat kawalan R.I.A ditanggalkan, dan dia menuju ke tengah-tengah arena.
Para penonton terkedu. Apa yang gadis itu mahu lakukan?
"Sudahlah tu, BigBang. Kita takkan dapat menang kalau macam ni. Jujur dengan aku, kau sebenarnya tak mahu begini kan?"
BigBang membuntangkan matanya. "Apa yang kau merepek ni budak? Pergi pakai balik sut kawalan kau dan kita sambung bertarung!"
Mia tersenyum. Dia melangkah lagi sehingga dia betul-betul berada di hadapan BigBang.
"Aku dapat baca wajah kerisauan kau dari tadi. Kau takut kalau kau kalah, Mr. Boru takkan beri wang seperti yang dijanjikan lagi. Kau takkan dapat sara keluarga kau lagi kan? Aku boleh tolong, BigBang. Jujurlah pada diri kau. Sanggup ke kau bagi makan anak isteri kau duit yang jelas haram?"
Ketika itu, BigBang kaku. Menerusi matanya, dia teringat anak dan isterinya yang berada di rumah. Lelaki itu segera tertunduk dan mengeluarkan cecair jernih.
"Maafkan aku! Aku, aku tak tahu macam mana lagi nak cari kerja! Semua tempat aku pergi, mereka tolak aku sebab rupa dan wajah aku yang menakutkan ni. Aku cuma nak keluarga aku bahagia..."
BigBang menangis teresak-esak sambil menunduk ke tanah, sementara Mia berdiri di hadapannya dengan pandangan sayu.
Mr. Boru terpempan. Bagaimana gadis itu mengetahui kisah BigBang?
Celaka, sekarang sudah pasti juara bertahannya itu bakal menarik diri!Mr. Boru melangkah ke biliknya, cuba mencari Kuasa Cahaya Ungu, tetapi dia tidak menjumpainya di sini. Ketika itulah, dia sedar. Matanya membulat besar. Pandangannya ditoleh semula ke perlawanan melalui cermin biliknya.
Melihatkan R.I.A yang kini berwarna ungu, tahulah dia yang robot itu sedang menggunakan Kuasa Cahaya Ungu.
"Kau cari apa?"
Satu suara menyapa dari belakang. Segera Mr. Boru menoleh. Terlihat 6 ahli Dystopian berada di muka pintu, bersama mereka ialah Sharja.
"Kau sudah tidak boleh lari dari kebenaran, Dark Mist. Pembohongan kau bakal terbatas jua dengan kejujuran!" Sharja separa melaung.
"Heh, kalau bukan kerana jasad orang tua ini, aku dan pihak atasan pasti sudah berjaya kalahkan kalian!" Mr. Boru, atau lebih tepat, Dark Mist meletakkan jari telunjuknya di dada.
"Bangsat! Kalian gunakan Mr. Boru atas kepentingan sendiri! Kamu semua memang sehina-hina makhluk!" Aiden membentak.
"Aku? Gunakan dia? Hahaha! Dia yang menandatangani surat perjanjian kami tanpa sebarang desakan pun. Dia yang mahukan semua ini. Sekarang, dia bakal terima padahnya!"
Mr. Boru garang menyerang mereka, dengan menggunakan tongkatnya. Dystopian yang tidak mempunyai kuasa, hanya mampu menyerang dengan barang yang mampu dicapai mereka.
Setelah perjalanan yang mereka tempuhi dengan Kuasa Cahaya, serta didikan Sharja, mereka berjaya mempelajari ilmu pertahankan diri secara sendiri.
Pada masa yang sama, Mia melihat ke arah jendela bilik Mr. Boru yang besar di atas tembok tempat penonton. Kelihatan peperangan sedang berlaku di sana. Namun, penonton tidak menyedarinya kerana ralit melihat pertandingan yang dipersembahkan olehnya.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Aventura"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...