Chapter 7: Special Episode !

21 2 0
                                    

Setelah menenangkan diri, mereka semua membersihkan diri masing-masing. Rumah Darma mempunyai kebolehan Memanipulasi Ruang seperti khemah sarkas Mr. Boru, jadi dia mampu mencipta bilik sebanyak yang dia mahu tanpa membesarkan rumahnya.

Rina bersendirian di bahagian ruang tamu. Apabila dilihat ke luar jendela, terdapat beberapa helikopter terbang melintasi rumah Darma, menuju ke kawasan markas.

Rina mengeluh. Jauh di sudut hatinya, dia masih merasakan ini semua berpunca dari dia. Kalaulah dia berhati-hati...

Poket seluarnya diseluk, mengeluarkan sekuntum kelopak bunga kecil. Tiba-tiba terlintas memori tentang percakapannya dengan Sharja serta yang lain.

"Sharja, sebenarnya ada benda yang perlu aku beritahu kau."

Sharja memandang Rina dengan tanda tanya. Rina hanya tertunduk. Dia menghulurkan tangan kanannya yang digenggam erat. Perlahan-lahan, dia membuka genggaman tersebut.

Apabila melihat isinya, Sharja tidak terkejut, namun tidak juga gembira.

"Aku dah jangkakan hal ini. Dia, memang sudah banyak kehilangan tenaga. Semuanya kerana aku."

Masing-masing khusyuk mendengar ulahan Sharja. Lelaki tua itu mengeluh berat.

"Selama ini, aku yang menyuruh dia bertahan, agar tidak menyerang Ryun. Mungkin dia tiada pilihan lain selain menggunakan tenaga yang dia ada untuk terus melaksanakan arahan aku.

Maafkan aku semua, tapi aku tidak boleh mengembalikan Liza. Walau dengan tenaga semua Penjaga sekalipun, ia tak mampu tandingi kuasa Dayana."

Mereka mengangguk. Ada segelintir yang juga mengalirkan air mata. Liza pergi terlalu awal, tanpa ucapkan selamat tinggal.

Dystopian tidak menjangkakan hal ini. Tapi mereka tahu, walau macam mana Sharja cuba hidupkan Liza pun, ianya sia-sia. Tidak lama lagi, dia dan Penjaga lain akan turut menyusul.

Sedang Rina mengelamun sendiri, dia merasakan ada seseorang duduk di sebelahnya. Tak, lebih dari seorang.

"Rina, aku tahu kau masih rasa diri kau tak berguna dalam kumpulan ni kan?" Aiden bertanya lembut. Rina tertunduk, kemudian perlahan mengangguk.

"Nak tahu satu benda tak? Sehari je baru kau tinggalkan kami, tapi kami dah rasa kosong sangat." Isya mencelah.

"Betul. Takde lagi latah kecil kau, walaupun kadang-kadang annoying, tapi itu jugalah yang ceriakan kami." Adam menyambung.

"Nampak tak? Kau tak perlu buktikan apa-apa pun untuk kau layak ada dekat sini. Kita kawan, bukan rakan sekerjawan. Kita lawan dengan persahabatan kita.

Tanpa kau, mungkin kumpulan ni hanya akan jadi serius sepanjang masa. Tiada waktu bergurau atau bersahaja."

"Kuasa kau tak perlukan kekuatan atau aksi yang menarik. Cukup kau hadir dalam hidup kami dan menghiburkan kami."

"Itu barulah Kegembiraan."

Rina tersenyum mendengar ucapan rakan-rakannya. Matanya mula bergenang dengan air.

"Terima kasih semua! Aku janji, akan sentiasa ada dengan korang dan hiburkan korang selalu!" Rina yang sudah tidak mampu menahan tangisan, akhirnya melepaskannya jua.

"Macam tulah!" gadis-gadis kumpulan itu terus memeluk Rina, diperhatikan oleh Aiden dan Adam yang berlaga tumbukan sambil tersenyum.

Dari jauh, Nazriel dan Hayra memandang mereka. Senyuman nipis terukir.

"Bila kita nak jelaskan pada mereka?" Hayra mencelah. Nazriel lama membisu.

"Biarlah dulu. Kita tunggu peperangan ni tamat. Lagipun mereka pun sudah melupakannya. Sampai masa, kita beritahu."

"Ha, yang di sana tu. Tak payah nak lari. Better korang datang sini dan explain cepat."

Nazriel dan Hayra terkejut dengan sergahan Wawa, sehingga terhincut bahu mereka.

"Erk! B-baiklah." Nazriel dan Hayra segera menuju ke ruang tamu.

"Well, this is awkward." Nazriel menggaru belakang kepalanya.

"Pfft, you'll get over it." Arin tersenyum sambil memandang Aiden dan Adam.

"Go on." Aiden mempersilakan. Nazriel menghembus nafas lembut sebelum berbicara.

"Sebenarnya, Sharja sempat selamatkan kami sebelum kau tembak kitorang. Kesan cahaya peluru kau tu berjaya usir Dark Mist dari badan aku. Tapi, disebabkan Sharja tak nak korang keliru dan masih tak faham, dia rahsiakan tentang kami dan pasal Dark Mist dari korang."

"Oh, macam tu. Tapi kenapa tak beritahu je terus? Aku rasa lagi mudah." Aiden bertanya lagi.

"Sebab aku beri tanggungjawab tu pada orang lain. Kau tak kenal Nazriel dan Hayra, kau takkan faham kenapa Feraz terlibat, dan aku bimbang kalau kalian tahu dari awal, ia buatkan kalian panik dan tarik diri."

Sharja muncul dari pintu dapur, sambil menjawab soalan Aiden. Mereka semua mengangguk.

Benar juga kata Sharja, kalau mereka tahu dari awal, mesti semua kecut perut dan angkat kaki balik rumah.

"Maaflah kerana berahsia. Mungkin aku patut beritahu dari awal." Sharja berdehem.

"Tak mengapalah. Ia sudah berlalu."

"Jadi, korang ni sebenarnya keturunan siapa?" Arin bertanya. Dari tadi lagi dia menghitung jari, membilang setiap rakan Dayana yang dia tahu.

Setakat ni, hanya lima yang tersenarai. Bermakna, mereka masih tidak tahu siapa moyang Dan, Nazriel dan Hayra.

"Itulah masalahnya. Kami tak tahu."

"Ha?! Tak tahu?!" Dystopiam membeliakkan mata. Macam mana mereka tak tahu?

"Kami pun anak yatim piatu, sama macam Dan. Kami tak pernah tahu asal usul keluarga. Di rumah anak yatim pun asyik kena dera je." Nazriel mengeluh.

"Wait, wait. Korang duduk dekat mana?" Isya menyoal.

"Kitorang asal Selatan Kimchi. Tapi, kata pengetua di rumah anak yatim tu, kami dipindahkan ke Timur Wijaya lepas ibu bapa kami meninggal. Katanya, hanya di situ saja yang menerima kami."

"Timur Wijaya? Dekat dengan hutan kecil ke?"

Nazriel mengangguk. Isya terkedu. Mereka yang lain bingung dengan riak wajah gadis itu.

"Guys, tu tempat Dan membesar."

Semua terbuntang mata. Maknanya, Dan pernah tinggal sebumbung dengan Nazriel dan Hayra!

"Okay, my theory is, boleh jadi Dato' Rafael rancang semua ni. Like come on, takkan kebetulan benda ni berlaku kan? Jelas sangat ia memang disengajakan. Jadi, dia buat semua ni supaya senang orang dia intip korang dengan Dan sampailah tiba masanya."

Mereka semua setuju dengan teori Isya.

"Tapi, kenapa dekat Timur Wijaya?" Adam menyoal.

"Mungkin sebab Isya tinggal dekat situ kot? Jadi, kalau which one of you three yang rapat dengan Isya nanti, lagi senang kerajaan nak jejak kita?" Aiden pula membuat teori.

"Damn it! Dia dah intip kita sejak kecil lagi!" Wawa menghentak meja.

Mereka semua hanya terdiam, benar-benar tidak sangka perkara begini berlaku dalam hidup.

Apa yang mereka harapkan, ia tidak membawa kesan pada kehidupan biasa dan keluarga mereka.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now