"Tuanku, tolonglah. Ini demi mengelakkan kepupusan manusia."
"Dengan apa? Bubarkan kerajaan beta? Tidak akan terjadi."
"Patik tidak berkata begitu, Tuanku. Tapi, Tuanku perlu bergabung dengan negeri lain untuk selamatkan orang kita. Adinda patik mungkin akan datang menyerang Bumi!"
"Dan siapa bakal memerintah negara itu nanti? Akan ada ramai pemerintah dari negeri lain berebut kuasa nanti."
"Kita boleh buat pilihanraya, Tuanku. Patik sudah rancang semuanya."
"Jangan harap beta akan dengar kata makhluk asing seperti kamu ni. Beta tidak akan tinggalkan takhta beta. Ini ialah tanah beta! Pengawal, bawa perempuan ini keluar dari istana!"
"Tidak! Tuanku, tolonglah! Ini demi nyawa rakyat Tuanku! Nyawa manusia!"
Si pemerintah itu langsung tidak menghiraukan jeritan wanita yang dibawa keluar oleh pengawal.
Dialah Raja Khuraja, pemerintah tanah terbesar di semenanjung. Dia merupakan raja yang zalim, gila kuasa, dan tamak. Ramai rakyat jelatanya hidup ditindas dan sengsara.
Tapi, kuasa pemerintahannya bakal berakhir.
***
Darma galak menghayun penorak dohnya bertembung dengan pedang Ryun. Perlawanan mereka seakan menari di medan perang. Sesekali serangan Ryun dipatahkan apabila Suria dan Irene turut masuk campur.
Eun dan Shoji pula menembak dari belakang untuk melemahkan serangan Ryun. Pada mulanya mereka tak sanggup, tetapi demi menyelamatkan anaknya mereka sanggup berkorban.
Rina menggunakan kebolehannya menghasilkan portal untuk turut bersaing. Dia mengambil lumpur-lumpur berdekatan dan melemparkannya ke arah Ryun di setiap sudut yang berbeza.
"Kita tak boleh duduk diam saja. Kita kena tolong mereka!" Aiden memandang rakan-rakannya. Mereka mengangguk setuju.
"Jangan. Bahaya. Kalian tiada kuasa." Sharja menghalang.
"Tapi, takkan kita nak duduk diam saja?"
Sharja membisu seketika.
"Ish, tak boleh jadi ni. Hiyah!"
Mata Sharja memutih, memunculkan sebuah portal di atas kepalanya. Muncul dua susuk tubuh melompat keluar dari dalam portal tersebut.
Terbuntang mata Dystopian. Dua susuk tubuh itu adalah...
"Nazriel?! Hayra?!"
Nazriel dan Hayra hanya tersenyum melihat reaksi mereka.
"Tapi...tak mungkin! Aku tertembak kamu berdua!" Aiden sedikit tergamam.
"Aku jelaskan nanti. Sekarang, kita perlu tolong mereka. Hayra, senjata aku!"
Hayra mengangguk. Dia segera mengeluarkan sebuah tablet dan sebatang pen digital. Dia kemudian mula melukis sesuatu.
Sebuah senapang papan kekunci muncul di tangan Nazriel. Lelaki itu terus berlari ke arah Ryun.
Nazriel melintasi Rina yang baru saja keluar dari portal untuk mengambil lumpur. Gadis kecil itu sedikit terkejut.
"Eh?! N-Nazriel?!"
"Cepat! Kita tak ada masa!"
Hayra menyambung melukis di dalam tablet. Dystopian mendapat senjata masing-masing termasuk Rina. Mereka terus berlari mengekori Nazriel.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...