"Lepastu, dia tunjukkan aku surat tu. Aku dah beritahu, aku bukan mangsa Dark Mist. Tapi dia berkeras. Dia beritahu kalau aku tandatangan, Dark Mist takkan kacau keluarga aku.
Dia ugut, dia akan buat keluarga aku sengsara kalau aku tak setuju jadikan sarkas ni sebagai tempat utama projek dia.
Pada mulanya, aku menolak. Tapi dia terus hasut dan hasut aku untuk menerimanya. Akhirnya, aku mengalah."
Mereka sayu mendengar penjelasan Mr. Boru. Mereka sudah agak Mr. Boru hanyalah mangsa pihak atasan.
Tapi, masih ada satu tanda tanya bermain di fikiran mereka.
"Sekejap. Bukan ke sepatutnya Ryun yang menjadi mangsa Dark Mist? Kenapa ia menyasarkan pada kau pula?"
"Aku tak pasti. Perkara tu, hanya ibu bapa aku yang tahu tentangnya. Sejak aku ke sini, aku tak dengar lagi berita dari mereka."
Mr. Boru menghela nafas berat, "Entah apa nasib mereka sekarang."
"Jadi, mungkin Ryun bukan mangsanya. Mungkin, Dark Mist kali ini bersubahat dengan Dato' Rafael untuk perangkap kau, supaya sarkas ni boleh digunakan untuk projek dia tu."
Mr. Boru terangguk-angguk mendengar bicara Sharja. Mungkin ada benarnya.
"Buat masa ni, kita tak boleh dedahkan lagi perkara sebenar tentang Dato' Rafael kepada orang awam. Terlalu berisiko." Aiden mencelah.
Isya terlihat mengangguk. "Ya, kita kena dapatkan semua Kuasa Cahaya terlebih dahulu. Kemudian, barulah kita menyerang."
"Betul tu. Isya, kau boleh padamkan memori penonton tadi. Kita tak mahu mereka mengingati apa pun tentang rancangan Dato' Rafael."
Isya mengangguk. Jam tangan dibuka, memadamkan memori penonton yang mendengar tentang rancangan Dato' Rafael dari Agitha tadi.
"Semua dah dipadamkan."
"Bagus. Boru, aku tak rasa pihak atasan akan lepaskan kau. Jadi, aku rasa lebih baik kau tinggal dengan aku buat sementara."
Mr. Boru sedikit terpempan mendengar bicara Sharja.
"Tapi, sarkas ni..."
"Ia milik pihak atasan sekarang. Kalau kau masih bekerja di sini, kau akan dianggap bersubahat dengan dia." Aiden pantas memotong kata-kata Mr. Boru.
Mr. Boru terdiam. Wajahnya sayu. Dia amat sayangkan sarkas ini. Sarkas tempat dia membesar.
"Jangan risau. Selepas semua ini tamat, kami akan pastikan sarkas ini kembali di tangan kau. Berehatlah dalam dimensi Sharja. Kami akan uruskan yang lain."
Dystopian cuba memujuk. Akhirnya Mr. Boru akur. Sharja membuka portal, menuju ke dimensinya diikuti Mr. Boru.
Maka, tinggal lah Dystopian dan Agitha di tengah arena. Penonton yang hadir telah dikeluarkan dari dimensi tersebut sebelum perbincangan mereka.
"Terima kasih kerana percayakan aku, Agitha." Mia mengoyakkan senyuman.
"Kau layak, Mia. Engkau memang otak geliga. Siapa sangka kau boleh berfikir seperti ini?" Agitha juga tersenyum.
"Itu semua sebab rakan-rakanku tidak mampu kawal emosi dengan baik. Disebabkan hanya aku yang boleh mengawalnya, aku hanya bantu apa yang patut. Kalau tidak, aku mungkin jadi mangsa pihak musuh sekali lagi."
Mia hanya menghela nafas berat. Ya, dia sedar dirinya hanya mangsa setiap kali berada di medan perang. Jarang untuk dia menyuarakan pendapat kerana tahu kedudukan diri.
"Mia, tak perlulah kau merendah diri. Kau sememangnya hebat. Jangan kerana kau selalu menjadi mangsa, kami tidak akan dengar pendapat kau." Aiden cuba memujuk.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Aventura"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...