"Ja-jadi, itulah yang berlaku pada Dan?" Isya kaku mendengar penerangan dari Arial.
"Maafkan aku, Isya. Sebab kecuaian aku, Dan jadi begitu."
Isya hanya terdiam. Dirinya masih tidak percaya. Untuk selamatkan semua orang yang telah menjadi debu, dia perlu korbankan Dan.
Isya tertunduk ke bawah, lama. Sukar untuk dia menerima kenyataan ini.
"Isya..."
"Kalau itulah yang perlu untuk betulkan keadaan ni, maka aku rela berkorban," Isya memotong bicara Arial.
Semua yang berada di situ terkilan.
"Jangan salah faham. Aku memang tak mahu kehilangan Dan. Tapi aku pun nak dia kembali. Aku dah agak, dia bukan Dan yang aku kenal. Aku nak pulihkan dia. Aku nak Dark Mist berhenti kawal Dan, walaupun..."
Bicara Isya terhenti seketika.
"Aku terpaksa korbankan dia."
Ratusan manusia yang berada di situ terkesima. Selepas beberapa detik, Arial mengukir senyuman.
"Aku bangga dengan kau Isya. Kau sangat hebat untuk pikul semua beban ni. Aku harap, kita dapat selesaikan semua ni tanpa perlu korbankan Dan."
Arial memegang bahu Isya. Gadis itu memandang Arial dengan segaris senyuman.
"Aku rasa kita perlu bawa Isya ke Bumi semula. Lihatlah, badan Isya mula memutih macam kita."
Isya melihat tangannya. Benar, dirinya perlahan-lahan berubah putih.
Isya mengangguk. Dia menghela nafas berat.
"Maafkan aku, Dan."
✎︎______________
Isya kembali ke Bumi dengan bantuan rakan-rakannya. Dia kembali ke kawasan pohon tersebut.
"Isya, kau perlukan kuasa ni." Wawa mengeluarkan Kuasa Cahaya Putih, diikuti rakan-rakannya yang lain.
Mereka berlima menyerahkannya kepada Isya. Keadaan menjadi terang benderang saat Isya menerima kuasa tersebut.
Pakaian Isya kini berubah menjadi jubah putih. Dia dibekalkan dengan sebuah pedang perak seperti yang dimiliki oleh Aiden.
Isya terpesona melihat perubahan yang berlaku padanya. Kini, dia merasa lebih berkuasa dan yakin.
"Kitorang harap kau berjaya. Maaf tak dapat tolong kau."
"Jangan risau. Aku akan selamatkan kamu semua." Isya membalas, yakin. Mereka semua mengangguk dan menghilang.
Isya menghela nafas. Dia melihat sekeliling. Dan tidak kelihatan, tapi dia tetap siaga kalau-kalau lelaki itu menyerang hendap.
Isya terdengar bunyi pergerakan. Daun-daun mula gugur dari pohon dia berdiri. Segera dia mendongak.
Dan sedang duduk di atas dahan pohon tersebut.
"Suprise."
Dan terus turun dan menyerang Isya. Isya mengelak serangan tersebut dan cuba membalas.
"Kau lari mana tadi hah?" Dan tersengih. Dia dan Isya mula bergerak dalam bulatan.
"Saja jumpa kawan. Tengok, aku siap dapat hadiah," Isya mengeratkan pegangan pedangnya.
"Wah, wah. Lawa baju baru. Tapi kau ingat benda ni boleh kalahkan aku?" Dan mencipta sebilah pedang dari kuasanya.
"Macam mana kalau aku kata, ya?" pedang Isya kini diselaputi cahaya putih.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Avventura"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...