Kereta api mulai turun ke landasan berdekatan dengan arena pertandingan itu diadakan. Dystopian turun satu persatu dengan diri masih terikat oleh bayang hitam.
"Aku masih tak faham. Kenapa pihak atasan haramkan pertandingan ni, tapi mereka juga adakan semula di sini?" Mia akhirnya menyuarakan hal tersebut.
Mr. Boru menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke arah Mia. Sengihan keji tidak lekang dari wajahnya.
"Oh, aku kenal kau. Kau budak yang curi-curi dengar perbualan kami semalam bukan?"
Mia terpempan mendengar hal itu. Renungan tajam diberikan pada Mr. Boru yang asyik tergelak itu.
"Untuk rahsiakan projek mereka."
Dystopian terpempan. Rancangan rahsia?
"Kalian tahu kejadian ngeri 10 tahun lepas yang berlaku sebab pertandingan ini kan? Alasan itu sangat sesuai untuk pihak atasan berikan agar tempat ini ditutup supaya projek ini tidak dapat dilihat oleh sesiapa.
Tapi mestilah, kerajaan tetap perlukan duit rakyat. Takkan tiba-tiba saja mahu laksanakan kempen menderma? Rakyat akan musykil jika dermaan itu tidak disampai oleh mereka yang berhak menerimanya.
Pertandingan ni hanya boneka kerajaan. Ia mengheret ramai penduduk Utara Cyber ke sini untuk mengkaut keuntungan. Dengan adanya Kuasa Cahaya Ungu ni, aku bina sebuah dimensi Upside Down dan mengheret dunia-dunia gelap ke sini dan mengaut untung mereka demi mendermakannya pada projek rahsia kerajaan." galak Mr. Boru tertawa.
"Kalau betul Utara Cyber tahu tentang kuasa-kuasa dan lagenda ni, kenapa mereka tak menentang pihak kerajaan dan menyokong Dayana?" Wawa bertanya, dengan renungan yang tajam.
"Hahaha! Kau gila? Mestilah mereka tak tahu tentang Dayana!"
Dystopian terpempan. Mereka tidak tahu? Jadi, kenapa mereka begitu percaya padanya?
"Penduduk Utara Cyber diberi buku-buku sejarah tentang asal-usul kuasa-kuasa terdahulu yang telah diputar belitkan ceritanya, mengatakan bahawa kerajaanlah wira yang berjaya menumpaskan si Dayana yang kejam. Jadi, tiada yang akan membantah atau tertanya jika kerajaan melakukan projek yang melibatkan benda magis.
"It's called, manipulation." Mr. Boru tersengih. Mereka benar-benar terkedu. Jadi, kerajaan telah manipulasikan pemikiran penduduk Utara Cyber agar projek ini dapat dilakukan tanpa protes atau diuar-uarkan ke daerah lain!
"Celaka! Projek apa yang pihak kerajaan lakukan, sampai ia perlu dilakukan sebegini?!"
Aiden menjegilkan matanya. Kalau mengikut undang-undang, ia merupakan satu kesalahan. Tetapi, mengapa pihak atasan sendiri yang melanggarnya?
Mr. Boru kekal dengan sengihan kejinya. Jari telunjuknya diletakkan di bibir.
"Nama pun sudah rahsia. Jadi ianya rahsialah."
Masing-masing mengetap bibir. Mereka cuba untuk menggunakan kuasa mereka melawan bayang hitam itu, namun tiada apa yang dapat memutuskannya.
Mereka kini mendekati arena tersebut. Terlihat di sebalik kaca yang memisahkan jalan koridor ke bilik Mr. Boru dan di tengah arena.
"Hahaha! Kau akan kalah!"
"Jangan berlagak sangat!"
Robot bertempur sesama mereka. Akhirnya, salah satu dari mereka tumbang ke tanah. Pemilik robot yang masih bertahan bersorak riang.
"Aku sudah kata, kau akan kalah!" jeritnya sambil tertawa riang.
Pesaingnya hanya mengetap gigi sambil melemparkan papan kawalan ke tanah.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...