Chapter 7: Ep 5-Naive

5 2 0
                                    

Masing-masing telah dibahagikan tugasan untuk mencari bahan-bahan tersebut agar lebih cepat selesai.

Rina memutuskan untuk mencari Minyak Laut Kuning, kononnya minyak itu mampu membantunya menebus kesalahannya.

"Minyak Laut Kuning... Minyak Laut Kuning..." Rina mencari di setiap kedai minyak dan pewangi yang dia jumpa, namun hampa. Dia mengeluh, dan cuba berfikir.

'Hmm, mungkin ia sebenarnya bukan minyak? Takkan laut kot?'

Tiba-tiba, Rina terperasan satu sepanduk di sebuah kedai bunga. Sepanduk itu bercorakkan ombak laut berwarna kuning.

Tanpa berfikir panjang, dia terus menghampiri kedai bunga tersebut.

"Ya, dik. Nak beli bunga?" penjual bunga menyapa mesra.

"Tak. Sebenarnya, saya nak tanya pasal sepanduk dekat bahagian luar tu. Apa maksud dia ya?" Rina segera menunjukkan ke arah sepanduk tadi.

"Oh, ini kerja sekolah ya? Sebenarnya, corak yang kamu nampak tu bukanlah ombak, tapi angin. Cuma, angin tu dia berbeza sikit. Ia berwarna kuning, dan arahnya ke bawah."

"Wah, menarik! Boleh saya tahu kenapa ia jadi begitu?" Rina sengaja bertanya lagi agar nampak dia menunjukkan minat dan benar-benar untuk tugasan sekolah.

"Lagenda mengatakan, ia berpunca dari benih-benih sakti yang berwarna kuning, dicairkan menggunakan angin panas. Oleh kerana benih sakti itu berat, angin panas yang mencairkan mereka turut menjadi berat dan berubah arah."

"Dari mana benih-benih ni muncul?"

"Tak pasti. Tapi ramai kata, ia datang dari satu lembaga hitam. Katanya lembaga itu mahu menanam benih-benih itu, tetapi dibawa oleh arus angin yang panas dan angin itu kekal berwarna kuning sehingga sekarang."

"Oh, macam tu. Emm, boleh saya tahu dekat mana angin tu berada?"

"Ada di puncak gunung Hiyoshi. Ia tak jauh dari kampung ni. Hati-hati, ada cerunam tajam di sana."

Rina mengangguk dan keluar dari kedai tersebut. Penjual bunga itu tersenyum, kemudian perlahan memudar.

"P-puas hati kau sekarang?" dia berbicara sendiri, dengan suara yang terketar-ketar. Dari balik kegelapan, seorang lelaki muncul di belakang penjual tersebut.

"Hehehe, pandai kau reka cerita ya? Tak sia-sia aku pilih kau."

"Sudah! Kau boleh berambus sekarang."

Lelaki itu tersengih, lalu menghilangkan dirinya. Sepanduk di depan kedai bunga itu juga turut hilang. Penjual bunga itu kemudian mengeluh.

Sebenarnya, cerita yang dikatakan itu hanya rekaan semata-mata untuk memperdayakan Rina yang naif. Gadis itu tidak pasti apa yang sedang menunggunya di sana.

                                ***                        

Rina berjalan jauh meninggalkan kawasan Kampung Minori.

"Rina, rina! Masuk!" Wawa menghubungi Rina melalui jam tangannya.

"Kenapa, Wawa?"

"Kau dekat mana? Asal signal lokasi kau ni pergi jauh sangat dari Kampung Minori?"

"Oh. Aku nak pergi cari Minyak Laut Kuning lah."

"Hah? Minyak Laut Kuning? Kau nak cari dekat mana tu?"

"Ada di puncak gunung Hiyoshi. Aku hubungi balik bila dah dapat. Bye!"

"Eh, nanti-"

Rina terus menutup panggilan. Dia kini berjalan semakin jauh. Sengaja dia tidak menggunakan portal agar tidak mengulangi kesilapannya lagi.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now