"Aiden, tolong letak pasu ni di sana!" Wawa melaung ke arah Aiden yang sibuk menyapu laman rumah Darma.
Dystopian sama-sama membantu Darma membersihkan rumahnya. Zoid turut bantu mengecat rumah.
"Terima kasih semua sebab sudi tolong aku. Aku nak ke dapur kejap." Darma tersenyum. Wawa dan Zoid menyambung kerja mereka mengecat rumah.
"Sekarang, kau anak didik aku." Zoid tiba-tiba berbicara, namun tidak memandang Wawa. Pandangannya masih dilekatkan pada dinding.
"Eh, kenapa pula?" Wawa bingung.
"Sebab kau dapat kuasa aku!" Zoid tersengih.
"Eh, tolong sikit. Tak ada kena mengena. Menyampahlah nak jadi anak didik kau." Wawa membuat gaya loya.
"Oh, menyampah ya..." Zoid mengambil berus catnya, lalu memercikkan sedikit cat tersebut pada Wawa.
"Hoi, hoi! Apa ni?" Wawa membalas usikan Zoid. Mereka mula bertarung dengan cat. Dystopian yang lain hanya melihat pertarungan itu.
"Apakah..." Aiden menepuk dahi. Tetapi tidak lama selepas itu, masing-masing terdiam apabila melihat susuk tubuh yang berdiri di belakang Wawa dan Zoid.
"What in the world are you guys doing?!" Darma membesarkan matanya sambil bercekak pinggang.
"Alamak! Lari!" Zoid dan Wawa lari bertempiaran apabila Darma mengejar mereka dengan penyapu. Mereka semua tertawa melihat kejadian tersebut.
***
White Mansion, Selatan Kmichi...
Seorang wanita berusia 50-an sedang ralit membaca buku di sofanya. Pakaiannya begitu gah dan mewah dengan rona merah serta beberapa barang kemas. Rambutnya yang kuning keemasan disanggul rapi. Kaca mata dibetulkan beberapa kali.
Tiga lagi ahli keluarganya juga sedang melakukan kerja masing-masing. Hanya sepi yang memenuhi ruang.
Tiba-tiba, loceng pintu rumah ditekan dan menghasilkan bunyi. Dahi mereka berkerut. Sudah lama mereka tidak didatangi tetamu. Siapa pula yang berada di depan pintu?
Tanpa membuang masa, si anak perempuan terus membuka pintu. Terdapat beberapa pegawai polis berada di depan pintu.
"Who is it, Clara?" wanita tadi cuba mengintai.
"Its a police here, mother." jawab si anak yang bernama Clara.
Pelik dengan jawapan anaknya, si ibu bergegas ke pintu. Si bapa dan anak lelakinya juga mengikuti langkah wanita tersebut.
"Afternoon, ma'am. Is this Emily White Mansion?" salah seorang pegawai polis tersebut bertanya.
"Yes, its me. Is everything alright, sir?" wanita yang bernama Emily itu sudah gugup. Mengapa pula terdapat polis disini?
"Im Inspector San. You and your husband are under arrest for an involved of Mr. and Mrs. Henderson murderer 15 years ago." bicara inspektor San mengejutkan semua.
"What a nonsense! My wife will never killed her own brother!" suami Emily, Robert menyampuk.
"Well, i have a proof, Mr. White." suara yang tiba-tiba menyergah membuatkan Emily dan Robert meremang.
Darma berdiri di tengah-tengah anggota polis yang lain sambil menyilangkan tangan. Renungan tajam diberi pada mereka.
"Darma? Mom, Dad, what's actually going on here? Did you guys really murdered Aunt Doris and Uncle William?" Billy, anak lelaki dalam keluarga White mula bersuara.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...