Ktang!
Prang!
Ting!
Bunyi terhasil daripada senjata para Dystopian apabila ia bertembung dengan pedang Irene. Masing-masing tidak mampu menyerang, hanya boleh melakukan pertahanan.
'Tch, tak boleh jadi ni!' Arin mengetap giginya. Dia memandang Aiden.
"Aiden! Kau perlu gabung Kuasa Cahaya!"
Aiden mengangguk. Dia menyerap Kuasa Cahaya Putih dari rakan-rakannya dan mencantumkan kuasa tersebut.
Tidak cukup dengan itu, jam tangannya dibuka dan menghasilkan portal, mengambil Kuasa Cahaya yang lain dan berikan pada pemiliknya.
Isya menyambut Kuasa Cahaya Hitam. "Aiden! Kau pasti ke? Ia terlalu berisiko!" Gadis itu serba salah mahu menggunakan Kuasa Cahaya Hitam. Jika gagal, kuasa-kuasa cahaya ini bakal dirampas!
"Lebih berisiko kalau aku saja yang berlawan! Cepat, kita tiada masa!" Aiden bertegas. Mendengar arahan itu, Isya akur.
Aiden, Adam, Wawa dan Isya menggunakan Kuasa-kuasa Cahaya mereka untuk bertarung. Mia, Arin dan Rina dibiarkan di satu sudut agar mereka selamat.
"Oh, kuasa baru nampak. Heh, mari kita tengok, sejauh mana kebolehan kalian." Irene tersengih. Gadis itu memegang erat pedangnya. Pedang itu kemudian terbelah dua, menjadi pedang yang lebih kecil tetapi nilainya bertambah.
Tanpa gentar, Aiden memulakan serangan. Pedangnya bertembung dengan kedua-dua pedang Irene.
Irene tersengih. Hulu pedangnya ditekan, menghasilkan renjatan elektrik berwarna merah. Salur elektrik itu tersalur pada pedang Aiden, membuatkan lelaki itu terenjat.
Aiden melangkah satu dua tapak ke belakang. Pedih terasa sehingga ke tulang. Namun dia tidak akan mengaku kalah. Serangan diteruskan.
Sekali lagi pedang mereka bertembung.
"Isya, sekarang!" Aiden melaung sambil dirinya masih menahan pedang Irene.
Isya muncul dengan melompat melintasi kepala Aiden dan membalingkan kapaknya.
Irene sempat mengelak serangan itu dengan membelokkan sedikit kepalanya.
Isya tersengih. Tangan yang membaling kapaknya itu digenggam. Kapak itu kembali semula ke tangannya.
Irene sempat mengelak, tetapi lengannya berjaya terkena kapak tersebut sehingga terkoyak. Cecair hangat mula keluar dari lengannya.
Irene mengetap bibir, tercabar dengan serangan itu. Pedangnya dipecahkan lagi menjadi empat dan semakin kecil.
Pedang-pedang itu kemudiannya diterbangkan menuju ke arah Isya. Isya sempat mengelak semua pedang tersebut, kecuali pedang terakhir.
Pedang tersebut menembusi lengan bajunya. Isya tergantung di dinding. Dia mencabut pedang itu dari bajunya.
"Ambil balik!"
Isya membalingnya kembali kepada Irene. Irene hanya memandang pedang itu meluru ke arahnya.
Tiba-tiba, pedang itu berhenti bergerak. Isya tergamam. Irene tersengih saat dia menghentikan pedang tersebut. Pedang itu kembali ke tangannya.
"Heh, orang yang ilmu rendah macam kau ni tak mampu kalahkan aku!" Irene meluru ke arah Isya.
Namun, satu pancaran cahaya biru menghalang niat Irene. Irene terpelanting ke dinding.
"Kau tiada hak untuk mengatakan kami tidak berilmu!" mata Adam bercahaya biru.
***
Arin, Mia dan Rina melihat saja pertarungan itu. Mereka mahu membantu, tetapi apakan daya, mereka tidak mempunyai sebarang kuasa atau senjata.
Arin tergerak hati mahu melihat ke tangga. Dia tertanya-tanya apa yang ada di atas sana.
"Mia, Rina. Ikut Arin. Kita naik tangga tu," Arin berbisik pada dua gadis yang bersamanya.
Mia dan Rina mengangguk. Senyap-senyap tiga gadis itu menaiki tangga. Mujurlah, Irene tidak perasan langsung akan hal itu. Rakan-rakan mereka yang bertarung membantu mereka untuk mengalihkan perhatian Irene.
Apabila merasakan Irene tidak dapat melihat mereka, barulah mereka berjalan seperti biasa. Tangga itu sungguh banyak, terlalu banyak untuk digambarkan.
"Berapa lama lagi kita perlu naik ni?" Rina mengeluh dengan nafasnya yang tercungap-cungap. Kakinya sudah kebas kerana dari tadi menaiki anak tangga.
"Kita dah nak sampai. Lihat, ada pintu." Arin menunding ke arah sebuah pintu merah yang berada tidak jauh dari mereka. Dia memulas tombol pintu tersebut.
Baru saja Arin ingin memulas pintu itu, ia terbuka dengan sendiri. Di dalamnya, terdapat seseorang yang tidak sedarkan diri, dengan tangannya telah diikat tinggi ke dinding. Seorang wanita.
Rambutnya berwarna merah, panjang mengurai menutupi wajahnya yang tertunduk layu. Dia mengenakan zirah berwarna perak yang berkilat, sesuai dengan pakaiannya yang berona merah gelap.
Arin melirik ke lantai berdekatan dengan wanita itu. Terdapat sebuah loket berwarna merah. Arin mencapai loket tersebut dan menelitinya.
Tiba-tiba, satu cahaya terpancar dari loket tersebut, memancarkan wajah Sharja.
"Eh? Arin?" Sharja bingung apabila melihat gadis itu yang menjawab panggilannya. Dia kemudian perasan seseorang yang terikat di belakang Arin.
"Viora!" membulat mata lelaki itu apabila dia mengenali wajah seorang wanita di belakang Arin.
Arin memusingkan badannya ke arah wanita tersebut. "Viora? Penjaga Kuasa Cahaya Merah? Macam mana dia ada di sini?" dia segera membuka ikatan yang mengikat tangan Viora, dibantu oleh Rina dan Mia.
Viora bangun dari pengsannya, masih terkebil-kebil dengan apa yang berlaku. "Si-siapa kalian?! Sharja? Kau ke tu?" wajah wanita itu jelas kebingungan.
"Bertenang, Viora. Mereka ini Persahabatan Sejati. Kau yang memilih Arin untuk memegang Kuasa Cahaya Merah." Sharja menenangkan Viora.
Pandangan Viora beralih pula kepada tiga orang gadis di hadapannya. "Mana antara kalian merupakan Arin?" dia menyoal.
Arin menapak satu langkah ke hadapan mendekati Viora. Tahulah Viora bahawa itu ialah Arin. Dia bingkas bangun merapati gadis itu.
"Arin, kau sudah tahu mengapa aku memilih kau?" Arin menggeleng kepala apabila soalan itu dituju kepadanya.
"Sebenarnya, aku mahu memilih Isya, tetapi ada satu naluri yang mengalir dalam badan aku, seolah-olah suatu bayangan yang mematikan niat aku. Aku nampak kau."
Arin tergamam mendengarnya.
"Aku betul-betul tak tahu kenapa, tapi tangan aku bergerak sendiri, dan memilih kau untuk menerima Kuasa Cahaya Merah," sambung Viora.
Waktu itu, Arin tertunduk. "Aku masih belum buktikan apa-apa yang aku layak terima Kuasa Cahaya ni. Mungkin bayangan kau salah."
Viora melutut di hadapan Arin dan memandang wajah gadis itu. "Arin, kau tak perlu buktikan apa-apa untuk kau layak dapat kuasa ni. Kuasa tak perlukan bukti. Apa yang kau perlu ada, cuma yakin pada diri. Mungkin, setia bukan cuma untuk individu, tapi lebih darinya."
Viora menggerak-gerakkan tangannya, mencipta sesuatu. "Kau masih belum dapat senjata bukan? Nah, aku simpan ini khas untuk kau."
Viora mencipta sepucuk senapang berwarna merah dan hitam. Arin kagum melihat senapang yang cantik coraknya.
"Senapang ini dicipta dari Kuasa Cahaya Merah. Aku sempat menciptanya sebelum kuasa itu dirampas." Viora menghulurkan senapang itu kepada Arin. Gadis itu menerimanya dengan hati terbuka.
"Terima kasih, Viora. Terima kasih sebab pilih aku." Arin tersenyum. Viora hanya membalas dengan anggukan.
PANG!!!
Tiba-tiba, mereka terdengar satu hentaman yang kuat dari aras bawah. Ketika itu Arin tersedar bahawa rakan-rakannya masih bertarung di bawah.
"Kita kena turun cepat!" Rina pantas bergerak mendahului mereka.
Masing-masing mengikut jejak Rina turun ke bawah, mengharapkan semuanya baik-baik saja.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...