Chapter 1: Ep 2-Online Battle

51 10 0
                                    

"Ada apa kau suruh kitorang berkumpul pagi-pagi ni?" Wawa menguap sambil menggeliatkan tubuhnya.

Aiden mengeluh. "Pasal hacker tu. Aku dah tahu siapa dia." Aiden membuka bicara.

Masing-masing terkejut. Mereka yang sedang minum air pula tersembur.

"Siapa weh? Biar aku ajar mamat tak guna tu." Isya seperti tidak sabar.

"Dia... Ex-kawan baik aku, Feraz."

Lagi terkejut mereka dibuatnya, sehingga terbeliak biji mata.

"Feraz? Aiden, kau seriuslah?" Wawa seakan tidak percaya. Aiden mengiakan.

"Kenapa? Apa jadi dekat dia?" Isya bingung.

"Dia..." Wawa tidak sempat menyempurnakan ayatnya.

"Tak ada apa-apa. Aku tak nak cakap pasal hal tu dah. Sekarang, kita kena fikir macam mana nak tumpaskan dia." Aiden membuka komputernya.

Yang lain terdiam, tetapi menurut. Mereka tak mahu emosi Aiden terganggu kerana kisah lama.

Aiden menerangkan rancangannya untuk menghentikan apapun agenda Feraz.

Pada masa yang sama, Feraz juga bersiap sedia dengan kelengkapan untuk menggodam.

Dengan bantuan kakak Aiden, dan juga kebolehan Aiden dalam melakukan coding, mereka yakin Feraz tidak akan mampu mengganggu mereka lagi.

Malam itu, mereka memutuskan untuk memulakan rancangan tersebut.

"Ok, dalam game ni, dekat setiap empat penjuru map game ni akan ada satu tempat untuk masukkan kod-kod tertentu.

Isya, Wawa, Arin dan Adam, aku akan hantarkan kod tu pada korang dan masukkan kod tu dekat kawasan masing-masing.

Rina, Mia, aku nak korang jaga kawasan tengah dekat mana ramai pemain dekat situ. Aku risau kalau dia godam dari tengah dan bahayakan pemain lain.

Aku akan pantau Feraz menggunakan peta game dekat komputer aku ni. Faham?" Panjang lebar Aiden menerangkan strateginya.

"Faham!"

"Baik. Kalau begitu, mari kita mulakan misi ni!"

 ✎︎______________

"Oh, diorang dah masuk game. Ini masa aku." Feraz tersengih. Jari-jemarinya giat menari-nari di atas papan kekunci, cuba menggodam sistem game tersebut.

"Dia dah muncul. Sekarang!" Aiden melihat ke skrin komputernya. Terdapat urat-urat merah sedang merebak di beberapa bahagian.

Mendengar arahan itu, Wawa, Adam, Isya dan Arin segera menggerakkan avatar game mereka ke tempat yang ditetapkan. Mereka memasukkan kod-kod yang telah diberikan oleh Aiden.

"Eh, kenapa ni? Siapa yang sekat sistem aku ni?" Feraz menekan-nekan papan kekuncinya. Dia cuba untuk melawan sistem yang cuba halang godamannya.

"Aiden, kitorang dah masukkan kod tu."

"Baiklah." jari Aiden menari-nari di atas papan kekunci. Dia menekan kekunci yang terakhir.

Urat-urat merah tadi terus hilang, sekaligus menyekat godaman Feraz dari merebak masuk ke dalam permainan tersebut.

"Apa?! Ah, tak guna!!" Feraz menghentak meja dengan kuat. Dia mengetap bibir.

"Kau takkan terlepas." Feraz merenung tepat ke skrin komputernya. Tiba-tiba, telefonnya berdering.

Dia mencapai telefon itu dan mengangkat panggilan tersebut.

"Hello, Naz. Diorang berjaya sekat sistem aku. Apa kita nak buat ni?" Feraz cuba bernada tenang, tetapi jelas dia dalam keadaan bengang.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now