Chapter 6: Ep 7-Robotic Battle

6 2 0
                                    

Mulut Mr. Boru terlopong melihat robot ciptaan Dystopian. Dalam masa sehari, mereka telah menyiapkan sebuah robot yang begitu besar.

"Ma-macam mana kalian buat sebesar ini? Kalian cuma budak-budak mentah!"

"Heh, itulah. Lain kali jangan pandang rendah. Reka cipta, sains komputer, dan seni, semua ada pada kami." Aiden berbicara bangga.

Reka cipta ditujukan pada Mia dan Rina yang begitu pandai dalam membina dan mereka cipta pelbagai benda.

Sains komputer pula ditujukan pada Wawa yang sudah lali dengan bidang ini. Aiden juga mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang sains komputer.

Bagi seni, itu merupakan kepakaran Isya. Gadis itu memang meminati bidang seni sejak sekolah rendah.

Adam dan Arin juga mempunyai kepakaran masing-masing bagi membantu menyiapkan robot ciptaan ini.

Mr. Boru berdehem sebentar. "Kalian fikir membina robot sebesar ini mampu kalahkan juara-juara bertahan aku? Heh, tengoklah lepas ni."

Lelaki itu menepuk tangannya dua kali. Siling bilik reka cipta itu tiba-tiba terbelah, membuka ruang kepada cahaya untuk memasuki bilik tersebut.

Dinding juga mula terbelah dan menghilang. Mereka dapat merasakan lantai mulai menaik. Cahaya terang yang menusuk ke mata mereka segera dihadang dengan tangan.

Apabila mata mereka telah menyesuaikan diri dengan pencahayaan itu, tangan segera dialihkan. Mereka tergamam.

Lantai yang mereka pijak dipenuhi pasir. Kerusi penonton mengelilingi mereka secara bulatan dan meninggi seperti sebuah stadium.

Lampu sorot berada di setiap penjuru, menerangi segenap ruang.

Tepukan gemuruh kedengaran dari tempat penonton. Dystopian terpinga-pinga.

"Perhatian semua!"

Satu suara menghentikan sorakan penonton. Pandangan dialihkan pada arah suara itu muncul.

Disebalik kegelapan, Mr. Boru melangkah ke hadapan dengan senyuman. Mikrofon didekatkan pada mulutnya.

"Selamat datang ke Ultimate Robotic Challange, pertandingan terulung yang pernah diadakan di Utara Cyber!"

Tepukan gemuruh diberikan pada ucapan tersebut.

"Haih, tapi sayang, dunia tak terima kehebatan pertandingan ini. Tapi tak mengapa. Suatu hari nanti, saya akan pastikan, ia akan jadi milik kita!" Mr. Boru membuat gaya merajuk.

"Baik! Tanpa melengahkan masa, kita akan mulakan pertandingan ini! Di sebelah kiri saya, kita ada kumpulan remaja sampah!"

Semua tertawa mendengar hal itu. Aiden mengetap gigi. "Hei! Kami ada namalah!" bentaknya.

Mia di sebelah cuba menenangkan kehangatan itu. Mereka perlu bersabar jika mahu rancangan itu berjaya.

"Apa pun, di sebelah kanan saya pula, juara bertahan 5 tahun berturut-turut, BigBang!"

Pandangan penonton beralih pula ke kanan. Di sebalik kepulan asap, bayang seorang lelaki kelihatan. Tetapi, tubuhnya bukan seperti manusia biasa.

Dia mempunyai badan yang sangat besar, separuh besar seekor beruang, rambut dan janggutnya berwarna perang oren yang disikat rapi mencecah bahu.

Masing-masing menelan air liur melihat wajah garang lelaki itu. Parut di sana sini, kelihatan seperti samseng jalanan pula.

Dia mengangkat tangan kanannya separa dada. Semua penonton mulai senyap, menunggu bicaranya.

"Hari ini, kemenangan milik aku!" lantang dia bersuara. Keadaan menjadi hingar semula kerana sorakan penonton. Sorakan 'BigBang' mulai kedengaran.

Dystopian sudah kecut perut apabila melihat robot ciptaan BigBang. Kelihatan begitu ganas walau bersaiz kecil sedikit dari robot mereka.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now