Setelah lama berjalan, mereka akhirnya keluar dari terowong dan sampai ke tempat berpasir.
"Kita sudah masuk ke dalam gua." Zoid berbicara sambil melihat sekeliling. Kali ini, gua tersebut diterangi cahaya. Terdapat aliran air sungai berwarna putih yang deras dihadapan mereka.
Wawa menyentuh air tersebut di gigi sungai. "Eh? Susu?" dia merasa sedikit air tersebut. Ia merupakan sungai yang diperbuat daripada susu.
"Nampaknya Darma telah ubah suai gua ini." Zoid menggenggam penumbuknya.
"Jadi tinggal ini sahaja pemain yang ada? Sungguh memalukan." suara Darma yang bergema mengalihkan perhatian mereka.
'Ceh, dia yang tangkap pemain lain,' Wawa mengetap gigi.
"Baiklah, sekarang tiba masa untuk pusingan ketiga! Anda sudah bersedia? Kalau anda belum bersedia, saya pun tak ambil kisah!"
'Betul ke tak betul dia ni?' Wawa menepuk dahinya.
"Di pusingan ketiga, kalian semua perlu menaiki kapal biskut halia yang berada di sebelah kiri sana!" semua mengalihkan pandangan kepada kapal yang dimaksudkan itu.
"Wah, memang dari biskut halia lah." Rina menyentuh kapal tersebut.
"Misi kalian adalah untuk menaiki kapal ini dan berlayar ke hujung sungai. Di sana terdapat sebuah pintu yang akan membawa kalian kepadaku." sengihan keji terukir di wajah Darma.
"Alah, kacang je tu." Rina tersenyum yakin dengan kedua-dua tangannya mencekak pinggang.
"Jangan terburu-buru. Pasti ada muslihat," Zoid membalas.
"Tapi sungai ini tidak kesunyian. Di sebalik batu-batu besar di depan sana, terdapat sekumpulan Kek Monyet. Mereka amat meminati biskut halia. Pertahankan kapal kalian dari dimakan oleh mereka."
Zoid tersengih. Dia sudah menjangkakan muslihat Darma.
"Jika kapal kalian karam sebelum sempat tiba, maka kalian akan ditarik!" Darma tertawa besar sebelum suaranya menghilang kembali.
"Macam mana nak kemudi kapal ini? Aku tak reti berlayar." Aiden memandang rakan-rakannya yang juga bingung.
"Jangan risau. Aku tahu. Sekarang, aku kapten. Anak kapal, ayuh pergi berlayar!" Zoid berjalan menaiki kapal seperti orang sedang berkawad.
"Aye, aye, Captain!" yang lain menurut. Wawa hanya menggeleng dan tergelak kecil melihat telatah rakan-rakannya. Dia mengatur langkah mengikuti mereka naik ke atas kapal.
"Okay, sekarang aku bahagi tugas masing-masing. Mia, jaga bahagian atas." Mia mengangguk menerima arahan. Dia segera terbang dan berjaga di bahagian atas kapal.
"Aiden, kau bersedia sebelah kiri. Wawa, kau dekat sebelah kanan." Aiden dan Wawa akur menerima arahan.
"Aku?" Rina bertanya tidak sabar.
"Kau..." Zoid menarik lama perkataan tersebut.
"Cuci kapal. Nah." Zoid menghulurkan mop yang dijumpainya sambil tersengih.
"A-apa?!" terlopong mulut Rina. Mereka yang lain hanya tertawa melihat kejadian tersebut.
"Hahaha! Gurau, gurau. Kau jaga bahagian belakang. Aku kemudi kapal ni." Zoid tertawa besar sehingga menitis air matanya saat melihat wajah Rina.
Rina mencebik dengan tangannya disilangkan. Dia membebel tidak henti-henti. Ia membuatkan tawa Zoid semakin kuat.
"Sudah! Kalian jangan main-main! Kalau tidak, nyawa kawan-kawan kau menjadi taruhan!" suara Darma bergema semula. Dia dari tadi memerhatikan gelagat mereka semua dengan wajah yang tidak puas hati. Boleh mereka bergurau di saat-saat begini?
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...