Chapter 1: Ep 5-Dimension

26 8 4
                                    

"Kau..."

Sharja memandang Aiden. Semua mata tertumpu padanya.

"Kau! Sebab kau persahabatan aku dengan Feraz dah hancur! Kalau bukan sebab kau nak beri kuasa ni, kitorang hidup aman damai je!"

Aiden berlari mendekati Sharja, ingin memukulnya. Namun Adam cepat-cepat menggenggam belakang kolar baju Aiden dan cuba menghalang perbuatan tersebut.

"Aiden, aku faham perasaan kau. Tapi bukan itu niat aku-"

"Aku tak peduli! Semua ni berpunca daripada kau!"

Amukan Aiden begitu kuat, sehingga Adam seorang tak mampu menghalangnya.

"Aiden, bertenang! Kau kena kawal emosi! Ingat, kita nak selamatkan Feraz," Isya cuba menyedarkan Aiden kembali.

Aiden terlihat sedikit bertenang selepas mendengar hal itu. Renungannya tajam diberikan pada Sharja.

"Kenapa?! Kenapa kau pilih aku?! Manusia yang paling lemah dalam dunia ni! Aku tak layak! Aku tak layak..."

Aiden terduduk, meratapi nasibnya. Emosi yang menguasai diri, tidak dapat dibendung lagi.

Wajah Sharja berubah kelam. Dia mendekati remaja yang keliru itu.

"Aiden, aku ditugaskan menjaga kuasa ni, untuk diberikan kepada tujuh wira sejati, yang terdiri daripada persahabatan. Kuasa Cahaya Putih, melambangkan Kepimpinan.

Aku tak pilih kau sebab kau. Aku pilih sebab persahabatan yang kau cipta. Kau yang aku nampak boleh mendorong rakan-rakan kau, memimpin mereka, dan paling penting, beri peluang pada mereka."

Aiden kekal membisu, membenarkan orang tua itu menyambung bicaranya.

"Kau tak nampak? Setelah banyak kali dikhianati, ditinggalkan dan dibuang, kau masih menerima mereka. Kalian semua, dah buktikan yang persahabatan sejati tu wujud dan kekal abadi. Tak nampak ke betapa kukuhnya hubungan kalian?"

Aiden melihat rakan-rakannya sebelum memandang Sharja.

"Kami?"

Sharja mengangguk lembut. "Sudah lama aku mencari pengganti untuk kuasa terulung ini. Di dunia serba moden ni, aku gunakan aplikasi permainan atas talian, untuk mencari persahabatan yang betul-betul tulus dan ikhlas.

Setiap kali persahabatan berjaya dicipta, setiap kali itu juga ia musnah kerana Nazriel. Tapi kalian berbeza. Kalian tetap utuh, walau ditimpa pelbagai bencana. Oleh sebab itu, aku yakin, kalianlah yang akan selamatkan dunia dari kejahatan."

Sharja menerangkan panjang lebar. Masing-masing terkesima dengan kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu. Aiden menghela nafas.

"Ma-maafkan aku, Sharja. Aku silap menilai kau. Tapi, aku tak rasa aku sesuai untuk memegang kuasa ni. Kau sendiri nampak. Aku tuduh kau macam-macam. Itu ke sifat pemimpin?"

"Kuasa Kepimpinan bukan perlu sentiasa benar, Aiden. Ia perlukan kesedaran. Sedar yang kau juga buat silap, dan kau terima pandangan orang lain.

Jadi pemimpin terbaik. Pimpin mereka. Dengar nasihat dan beri nasihat. Ini bukan pilihan kau, tapi ini takdir."

Aiden tersenyum dan bangkit dari duduknya.

"Baiklah. Aku sedia," Aiden berbicara, yakin. Rakan-rakannya juga tersenyum.

"Aiden dan Dystopian, adakah kamu sanggup menerima kuasa ini dengan hati yang terbuka? Sekaligus, menerima misi yang akan aku berikan nanti dan menyelamatkan dunia?"

Aiden memandang lagi rakan-rakannya yang kini berada di sisinya. Mereka kelihatan yakin dengan senyuman terukir di wajah.

Aiden melemparkan pandangan pada Sharja.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now