Chapter 6: Ep 3-Contract

5 2 0
                                    

"Na-nanti. Jeneral Byung Ho? Adakah dia..."

Anggukan Mr. Boru menjawab pertanyaan Aiden. Masing-masing tergamam. Mereka telah menjumpai waris yang bakal dikawal Dark Mist!

"Mr. Boru, kau tak rasa apa-apakah? Kau tak diganggu Dark Mist?" Isya berani bertanya. Mr. Boru menggeleng, dengan wajah penuh tanda tanya.

Untuk mengujinya, Adam membaca mantera untuk mengeluarkan Dark Mist kalau-kalau Mr. Boru berbohong.

Tetapi, ternyata tiada apa yang mengawal Mr. Boru sekarang.

"Kenapa dengan Dark Mist? Apa kaitannya dengan aku?" Mr. Boru hairan melihat tingkah laku anak-anak muda ini. Dia menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Hm, pelik. Mengikut sumpahan Kiarani, waris rakan-rakan Dayana telah disumpah. Mereka akan dikawal oleh Dark Mist sebaik saja mereka berumur 18 tahun. Tapi, kau sudah mencecah 30 tahun. Betulkah tiada yang mengganggu kau?" Aiden bertanya lagi, demi kepastian.

Belum sempat Mr. Boru menjawab, Rina mencelah. "Tapi, anehlah. Bagaimana kau begitu tua? Sedangkan waris yang lain masih belasan tahun."

Isya memukul kepala gadis itu dengan tangannya. Rina mengaduh kesakitan.

"Shh, beradab sikit." nasihat Isya. Rina terangguk-angguk sambil menggosok kepalanya.

"Tapi, benar juga kata Rina kan?" Wawa mencelah. Yang lain juga bersetuju.

"Itu sebab Jeneral Byung Ho sudah berusia saat bertemu Dayana. Ketika itu, dia sudah berkeluarga. Jadi, sebab itulah aku jauh lebih berusia dari waris-waris yang lain." Mr. Boru tersengih menjelaskan hal itu.

Mereka terangguk-angguk, kini mengerti.

"Oh ya, aku terfikir, kenapa moyang kau tak sertai Lagenda Berempat? Kenapa perlu berahsia?" soalan tersebut terbit dari mulut Isya.

"Oh, sebenarnya aku sendiri tidak pasti. Menurut bapaku, moyang dan seorang lagi rakannya kalau boleh tidak mahu dikenali memandangkan mereka berdua sudah berkeluarga.

Oleh kerana itu, mereka hanya berjuang untuk Dayana di kawasan masing-masing, agar keluarga mereka selamat. Tapi, sumpahan itu tetap mengena pada mereka."

"Bagaimana kau tidak tahu tentang Dark Mist?"

"Aku tahu. Tapi bila aku cecah 18 tahun, tiada apa yang terjadi pada aku. Ini yang aku mahu beritahu tadi. Ibu bapaku fikir ia bakal terjadi pada adik aku, Ryun.

Ibu bapaku terus beri perhatian pada Ryun dan bersedia dengan apa jua keadaan. Perkara itu merimaskan Ryun kerana dia tidak dapat keluar dari rumah dan jaga kebun kesayangan dia tu.

Aku pula dihantar ke sini untuk jalankan perniagaan keluarga, iaitu sarkas ni memandangkan aku bukan mangsa Dark Mist."

Mereka terangguk-angguk mendengar penjelasan itu.

"Baiklah kalau begitu, Mr. Boru. Kami akan datang semula esok selepas sekolah. Guru pengiring pasti sedang mencari kita." semua bersetuju dengan cadangan Aiden.

"Kami perlu menjaga kau dari Dark Mist itu. Buat masa ini, sila hati-hati dengan orang sekeliling," tambah Isya.

Mr. Boru menundukkan badannya dan berterima kasih. Aiden kemudiannya mencantumkan semula Kuasa Cahaya Putih dan memasukkan ke dalam beg galasnya. Mereka bertujuh berpecah mengikut haluan masing-masing.

Disebabkan masa lawatan masih belum tamat, mereka meninjau di sekitar sarkas kalau-kalau ada perkara yang mencurigakan.

Jika mereka bertembung di jalan yang sama, mereka akan menggunakan bahasa isyarat agar tiada sesiapa yang memahami atau mencurigai apa-apa.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now