Chapter 5: Ep 8-Memory Return

4 2 0
                                    

"Huh!"

Irene bernafas laju sambil tangannya diletakkan di dada.

Dia memerhati sekeliling. Dia kini berada di tepi jalan. Kawasannya penuh gunung-ganang. Namun, tempat tersebut tidak seindah yang sepatutnya.

Terdapat sebuah kemalangan melibatkan kereta kuda diraja berdekatannya, terlanggar dahan pokok di tepi jalan. Kereta itu sudah terbakar, kudanya sudah lari bertempiaran. Asap di sana sini, menyesakkan dada untuk bernafas.

Irene tergerak hati untuk mendekati kereta kuda tersebut. Apabila dia semakin hampir, Irene terlihat sepasang suami isteri bersama bayi perempuan terduduk di atas tanah.

Si suami baru saja berjaya membawa isteri dan anaknya keluar dari kereta kuda diraja. Tiba-tiba, suatu bunyi aneh kedengaran dari dalam hutan berdekatan mereka.

"Naria, bawa Irina pergi ke tempat selamat!" si suami memandang ke arah isterinya, mengarahkan dia agar berundur ke tempat yang lebih selamat.

Tetapi, si isteri enggan meninggalkan suaminya, menggeleng-geleng sambil menangis. "Dinda takkan tinggalkan kekanda!" bantahnya.

"Di sini terlalu bahaya, Naria. Kau perlu lari!"

"Tak! Jangan kau lawan binatang itu, Sandri! Kita lari sama-sama!"

Sandri berdiam sambil memikirkan cara untuk menyelamatkan isteri dan anaknya. Bunyi aneh dari semak samun hutan kedengaran semakin mendekati. Sandri mengeluh berat. Dia tiada pilihan lain.

"Burung pipit terbang tinggi..."

Naria terkejut mendengar hal itu.
"Kekanda, jangan!" halangnya, tetapi Sandri tetap membaca mantera itu.

"Hinggap sebentar di tepi perigi..."

"Kekanda, tolonglah!" Naria sudah menarik-narik baju Sandri. Air mata berjujuran jatuh ke pipi, membasahi baju suaminya itu, tetapi tetap tidak diendahkan oleh Sandri. Dia mahu keluarganya selamat.

"Bawalah mereka pergi dari sini, jauh dari tempat ini!"

Saat itu, sebuah portal biru muncul di belakang Naria, mengheret dirinya bersama bayi yang ditatangnya ke dalam.

Masa-tiba-tiba seakan terhenti.

Naria memandang wajah suaminya itu buat kali terakhir. Sandri terlihat sedang tersenyum.

"Pastikan anak kita selamat," bisiknya.

"Sandri!" Naria sempat melaung sebelum dirinya diheret ke dalam.

Irene melihat saja kejadian itu. Entah mengapa, air matanya gugur, tidak berhenti mengalir. Adakah ini ibu bapanya?

Irene melihat Sandri. Tangan kanan lelaki itu sudah memegang perutnya yang berlumuran darah. Sandri memandang ke arah Irene.

Irene dapat merasakan Sandri dapat melihatnya kerana lelaki itu tersenyum kepadanya.

"Ayah sayang kamu," ucapnya.

Irene tersentak. Tiba-tiba, sebuah lagi portal biru muncul di belakang Irene dan mengheretnya ke dalam, seperti Naria dan bayinya tadi.

Sebelum masuk, Irene dapat melihat satu lembaga hitam di belakang Sandri yang masih tersenyum. Lembaga itu perlahan-lahan membentuk seperti seorang lelaki yang dia kenali.

'Ayahnya'.

Lembaga itu kemudian menusuk dada Sandri. Badan Sandri berlumuran darah, mulutnya juga termuntahkan beberapa jumlah darah yang banyak.

Irene terkilan. Benarlah kata Arin. Ini semua angkara Dark Mist.

Irene tidak menyangka 'ayah' yang selama ini menjaganya, rupanya adalah orang yang sama membunuh ayah kandungnya.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now