Liza menurunkan Rina di tempat yang selamat. Lebih tepat, di sisi rakan-rakannya.
"Heh, kau lagi." Ryun tersengih sambil melibas-libas tukul besarnya.
"Lepaskan Ryun, Dark Mist! Dan beri Kuasa Cahaya tu!" Liza mengetap gigi.
"Cubalah ambil kalau mampu!" Ryun yang berada di udara, memecut laju ke arah mereka.
"Kita perlu pergi dulu. Keadaan tidak terkawal!"
Liza memejamkan matanya. Sebuah gelembung kuning muncul di sekeliling mereka. Ia lantas menjadi semakin terang.
"Heh, nasib baik aku guna taktik Zoid. Bersedia untuk rentas dimensi!"
Kuasa ditingkatkan. Walaupun Dystopian masih tidak mengerti mengapa mereka perlu melarikan diri terlebih dahulu, tetapi mereka tetap akur setelah beberapa pengalaman yang dihadapi mereka.
"J-jangan kau lari!" Ryun terus memecut.
Sengihan terbit dari wajah Liza.
"See ya."
Liza, Mr. Boru, Eun, Shoji dan ahli Dystopia hilang apabila Ryun sudah seinci mendekati mereka.
"Celaka punya pengecut!" Ryun mencampakkan senjatanya, menyumpah ranah musuhnya.
"Tunggulah nasib kalian nanti."
***
Di sebuah perkampungan kecil, kelihatan penduduk kampung sedang bergembira sambil memainkan beberapa alat musik.
Di jalan-jalan kecil itu pula terdapat sekumpulan kanak-kanak bermain. Kadangkala mereka berlari ke tepi jika ada basikal atau kenderaan kecil yang melalui jalan tersebut.
Inilah Kampung Minori, sebuah desa yang terletak di pinggir bandar Kimchi Paradise.
Di kampung itu, terdapat sebuah atap kecil di atas puncak gunung. Di atap itulah tempat Liza dan mereka yang lain menyembunyikan diri dari Ryun.
"Maaflah kalau bersepah dan kecil. Ini je yang aku mampu bina untuk dijadikan tempat berehat sementara." Liza tersengih sambil mengemas sedikit atap kecil itu.
"Tidak mengapa. Tapi kenapa kau tak tinggal dekat dimensi kau?" Aiden bertanya.
"Haih, tenaga Kuasa Cahaya Kuning yang ada pada aku tak cukup untuk mencipta dimensi sendiri. Aku perlukan tenaga penuh untuk mencipta dimensi."
Mereka terangguk-angguk. Aiden kemudian melirik ke arah Eun dan Shoji.
"Encik Shoji-"
"Panggil aku Shoji saja. Tak perlu formal."
Aiden mengangguk, "Emm, kenapa Ryun dikawal oleh Dark Mist sebenarnya? Mr. Boru dah kena kawal sebelum ni. Bukan patutnya salah seorang dari mereka je ke?"
Pertanyaan itu membuatkan Shoji sedikit tergamam. Dia memandang Eun, sebelum menghembus nafas berat.
"Sebenarnya, saya dan Eun ialah keturunan rakan Dayana."
Dystopian terpempan. Liza juga turut terkejut.
"Selepas berkahwin, kami dapati bahawa kami dari keturunan rakan Dayana. Aku keturunan Jeneral Byung Ho dan Eun keturunan Itawara.
Kami terlalu takut akan bahaya yang bakal menimpa Boru dan Ryun, jadi kami merahsiakan hal ini dari mereka. Kami risau kalau mereka terlalu panik dan tak dapat hidup normal macam orang lain."
"Habis, kenapa mak ayah hantar saya ke Utara Cyber?" Mr. Boru akhirnya bersuara. Bergenang air matanya apabila mengetahui rahsia yang selama ini disorok oleh ibu bapanya.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...