Chapter 5: Ep 2-The Government

10 2 0
                                    

"Dayana, kau yakin ke nak bekerjasama dengan puak bunian? Kau sendiri tahu, mereka sudah lama bermusuh dengan manusia!"

Lilith pantas mengekori Dayana. Mereka berdua dalam perjalanan ke Negeri Bunian Salju bagi berunding dengan Raja Elian untuk perdamaian.

Dayana hanya tersenyum. Dia menjawab tenang, "Kalau begitu, kita yang perlu tamatkan perbalahan ini."

"Tapi..." kata-kata Lilith tidak sempat diungkapkan.

"Sudahlah, Lilith. Sampai bila mahu berbalah? Kita tak patut ajar manusia untuk turut sama bermusuh. Dengan gandingan mereka, pasukan pertahanan kita tak mampu dikalahkan!"

Lilith terdiam. Kata-kata Dayana ada benarnya. Tetapi dia risau puak bunian enggan menerima pelawaan ini dan membunuh mereka.

"Usah risau, Lilith. Mereka takkan bunuh kita." Dayana yang mampu membaca minda Lilith, memujuknya lagi. Akhirnya wanita itu akur. Mereka berdua segera menuju ke Negeri Bunian Salju.

                                 ***                      

Pintu gerbang istana dibuka. Kelihatan dua pengawal istana sedang mengawal di pintu hadapan. Tombak yang berada di tangan segera diacukan kepada mereka berdua.

"Mengapa kalian berada di sini? Bukankah kami sudah pesan? Manusia tidak dibenarkan ke sini!" salah seorang dari pengawal itu berbicara, kasar.

"Aku sudah beritahu ini tidak akan berhasil." Lilith mengeluh.

"Sabar, ia belum berakhir." Dayana tersenyum.

"Burung pipit terbang tinggi, hinggap sebentar di pohon kayu, hasrat patik hajatnya tinggi, ingin berjumpa dengan Rajamu."

Pengawal itu terpempan. Kenapa pula berbicara menggunakan pantun?

Puak bunian pada masa itu tidak lagi mengamalkan budaya pantun seperti nenek moyang mereka selepas pengisytiharan perang dengan manusia. Mereka juga bersikap kasar dan ganas terhadap musuh malah sesama sendiri.

Tiba-tiba, ada seseorang yang bertepuk tangan di belakang pengawal. Apabila ditoleh, terlihat Raja Elian sedang tersenyum.

"Sungguh indah sekali pantun itu. Boleh beta tahu dari mana engkau dengar pantun itu?" soalnya, jelas teruja.

Raja Elian memang mencintai dan mendalami seni pantun dari kecil. Hasrat beliau memang ingin menjadikan pantun sebuah tradisi dan budaya puak bunian semula.

"Ampunkan patik, Tuanku. Patik banyak membacanya di dalam buku puak-puak bunian terdahulu." Dayana menundukkan sedikit badannya, begitu juga Lilith.

"Dan kenapa kau, wahai manusia, membaca buku-buku puak kami?" kening Raja Elian terangkat sebelah.

"Pantun juga tradisi manusia bukan? Kita saling bersaudara suatu masa dahulu. Patik ada sesuatu yang mahu dibincangkan bersama Tuanku."

Raja Elian berfikir sejenak sebelum akhirnya bersetuju untuk berbincang dan mempelawa dua gadis itu masuk ke istana.

Mereka bertiga duduk berbincang di dalam Bilik Mesyuarat Diraja bersama seorang lelaki merangkap orang kanan Raja Elian, Yandra.

"Apa sebenarnya hajat kalian datang ke mari, wahai manusia?" Raja Elian memulakan bicara.

"Sebenarnya, patik datang ke sini mahu mengisytiharkan perdamaian, Tuanku."

"Perdamaian?"

"Ya, sudah lama manusia bermusuh dengan puak bunian. Patik ke sini untuk hentikan semua ini."

Raja Elian terdiam sejenak. Dia risau kalau-kalau ini perangkap untuk manusia menceroboh kawasan puak bunian.

"Jangan bimbang, kami tidak perangkap sesiapa."

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now