Chapter 5: Ep 7-A Little Help

4 2 0
                                    

Suria menahan serangan pedang Irene dengan pisau kecilnya. Dengan pisau yang lima kali ganda lebih kecil dari Irene itu, mustahil untuk dia mengalahkan gadis itu.

Mujurlah Arin juga ada di situ, menembak beberapa das peluru klorok pada Irene untuk melemahkan serangannya.

Namun Irene pantas mengelak. Pedang itu dipusing-pusing. Dia melompat dan berpusing di udara, kemudian melemparkan pedangnya tepat pada Arin.

Pedang itu sipi-sipi mengena pipi Arin. Arin kaku dengan perkara tersebut. Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia berlaku dengan pantas.

Serangan itu tidak melemahkan Arin. Dia kembali berlari mendekati Irene dan mengetuk wajah gadis itu dengan bahagian hulu senapang.

Irene jatuh terjelopok ke tanah. Dia mengusap wajahnya yang kesakitan. Arin segera mendekatkan senapangnya pada dahi Irene.

Irene melihat wajah Arin dengan renungan tajam, sebelum dia tiba-tiba mengeluh.

"Bunuhlah aku. Aku dah tak ada apa-apa nak diperjuangkan lagi." kata-kata Irene membuatkan Arin tersentak. Senapangnya perlahan-lahan diturunkan.

Irene tersenyum sinis. "Heh, kenapa? Kau nak simpati dekat aku? Tak payahlah. Ayah aku dah tak ada. Aku dah tak ada siapa-siapa," ujarnya.

Arin kekal berdiam diri. Kemudian, dia berbicara, "Kenapa kau masih tak nampak, Irina?" bicara Arin membuatkan Irene menghentak tanah. Dia berdiri.

"Berapa kali aku nak kata, aku bu-"

"Cukup! Aku tak nak kau nafikan lagi! Kau Irina, kakak kembar Suria yang sudah hilang 17 tahun lalu. Mak ayah kau dibunuh oleh Dark Mist yang aku dah hancurkan!" bentak Arin.

Irene mengetap gigi, tidak berpuas hati dengan bentakan itu. Dia kemudian tersedar lohong hitam yang dihasilkan olehnya tadi. Sengihan terukir di wajahnya. Tangannya perlahan-lahan diangkat.

"Aku tahu kuasa kau boleh kembalikan ayah aku. Aku tahu dia bukan manusia. Jadi, lebih baik kau beri balik ayah aku, atau kawan-kawan kau ni jadi mangsa!"

Irene menggerak-gerakkan lohong hitam itu dengan laju.

"Jangan!"

Arin meronta. Dia cuba untuk bergerak namun tidak mampu kerana kawalan Irene, begitu juga Suria. Dia harus fikirkan jalan penyelesaiannya.

Arin tahu dia perlu lakukan sesuatu agar Irene sedar kembali. Tetapi dia buntu. Gadis ini memang sudah keterlaluan!

"Cepat pilih, Arin. Kau nak kawan-kawan kau mati, ataupun tidak?"

'Fikir Arin, fikir. Kau tak boleh bawa Dark Mist kembali. Habis kita kena belasah. Tapi kawan-kawan aku...'

Setelah penat memerah otak, Arin mendapat suatu idea. Tiba-tiba saja dia tersenyum. Perkara itu membuatkan Irene bingung.

"Isya, Arin rasa Arin dah faham sekarang!" suasana sepi, membenarkan Arin menyambung bicaranya.

"Kadang kita dipilih bukan sebab sifat yang ada pada diri kita, tapi sebab potensi yang kita ada."

Arin menyambung lagi, "Setia bukan saja pada individu, tapi ia lebih dari seorang. Setia bukan kuasa, tapi ia ada pada jiwa raga kita!"

"Jadi, aku akan tetap bertarung hingga ke saat akhir. Bukan dengan kuasa, tapi setia aku pada korang semua!"

Irene mengetap gigi. Dia tidak suka pada semangat yang tiba-tiba berombak dalam diri Arin.

"Kau pasti?" Irene menyampuk.

"Aku akan buktikan kau tak layak terima kuasa ni. Bawa balik ayah aku, atau kawan-kawan kau bakal aku hancurkan!"

Irene menghilangkan lohong hitam yang diciptanya, menjatuhkan Viora dan rakan-rakan Arin ke tanah. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai besi.

Tiba-tiba, muncul dua dinding yang berduri tajam dari kiri dan kanan, perlahan-lahan mendekati mereka agar terkapit.

Irene galak ketawa. Dia dapat merasakan kesetiaan Arin diuji sekarang. Pasti gadis itu akan merayu agar rakan-rakannya dilepaskan dan akur untuk mengembalikan ayahnya.

Gadis itu bercadang untuk menjadikan Arin sebagai hamba dan membelot rakan mereka sendiri. Rancangannya pasti berjaya.

Tapi, tawa Irene pudar apabila melihat Arin hanya tersenyum dan bertepuk tangan.

"Wah, sungguh bijak kau ya? Kau mahu uji kesetiaan aku? Dengan bahayakan nyawa kawan-kawan aku? Pandai, pandai. Tapi tak sepandai aku." senyuman sinis diberikan pada Irene.

Dengan sepantas kilat, Arin meloncat ke belakang Irene dan menembak dua das asid klorok pada dinding berduri itu. Dinding tersebut perlahan-lahan mencair.

Irene benar-benar terkejut dengan tindakan tersebut. Dia meraung kesakitan kerana tembakan Arin yang sipi-sipi mengena pipi kirinya. Irene mengetap geram.

Pedang dihayunkan. Badannya berpusing ke belakang dan menyerang Arin. Namun, gadis itu sempat melompat dan berpusing di udara. Dia mendarat semula ke tempat asalnya tadi. Senyuman terukir di wajah.

Riak wajah Irene benar-benar geram dan marah. Irene melibas-libas pedangnya tanpa menggunakan teknik yang betul. Akibatnya, serangan yang dilakukan olehnya langsung tak mengena. Malah, hanya membazir tenaganya.

Irene sudah tidak peduli. Dirinya sudah dibelenggu emosi. Apa yang dia mahu kini hanyalah ayahnya kembali.

Arin dan Suria pula sedaya upaya mengelak serangan Irene sambil mereka juga cuba untuk menyerang balas. Arin tahu dia perlu tenangkan gadis ini. Irene tak bersalah. Dia cuma keliru. Dia masih belum faham.

Arin memberanikan dirinya ke hadapan. Pedang Irene berjaya ditepis dengan senapangnya. Kedua-dua bahu Irene dipegang dan digoncang sedikit oleh Arin.

"Irene, sedarlah! Dark Mist tu bukan ayah kau! Suria adik kembar kau! Tolonglah, kau perlu sedar! Kau ialah Irina!"

Irene hanya menangis mendengar hal itu. Dia yang selama ini suka bermain psikologi, kini diganggu emosi sendiri.

"Cukup!"

Tiba-tiba, Sharja muncul dalam pertarungan itu. Masing-masing terkilan melihat kemunculan Sharja. Viora tersenyum. Nampaknya mesej yang diberikan pada Sharja berjaya disampaikan.

Seluruh dimensi Irene semakin hilang, menampakkan kawasan hutan Vorfille.

Sharja mengusap lembut kepala Irene agar dia bertenang. Kemudian, tangan itu digerakkan pada dahi Irene. Sharja menekan sedikit dahi tersebut.

Mata Irene lantas bertukar putih, begitu juga Sharja. Mereka berdua mula terapung di udara. Masing-masing tahu bahawa Sharja sedang membantu Irene memulihkan memorinya.

Kini, semuanya terletak pada Sharja.

                                ***                        

"Semua okay?"

Arin pantas mendapatkan rakan-rakannya. Mereka semua mengangguk tanda tiada kecederaan serius berlaku.

"Nasib baik Sharja sempat tiba sebelum sesuatu yang lebih teruk terjadi." Viora tersenyum nipis sambil memerhatikan Irene dan Sharja yang terapung di udara.

"Sebenarnya, apa yang Sharja sedang lakukan kepada Irene?" persoalan Isya tidak segera dijawab oleh Viora. Dia mengeluh kecil.

"Sharja sedang memperlihatkan memori lampau kepada Irene. Memori yang mungkin membantu Irene untuk terima kenyataan."

"Memori apa tu?" Suria pula bertanya, menunjukkan minat. Dia ingin kakak kembarnya itu menerima dirinya sebagai keluarga.

"Kamu semua akan tahu nanti. Kita tunggu saja ia selesai."

Viora kembali memandang Irene dan Sharja. Yang lain turut berbuat demikian.

Tidak lama selepas itu, Irene dan Sharja kembali ke alam realiti, membuatkan mereka sedikit terpempan.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now