"Darma!"
Rina membuka pintu rumah Darma sedikit kasar dan tergesa-gesa.
Di dalam rumah, terlihat Darma sedang duduk di ruang tamu bersama Lin, Suria, Irene, Eun dan Shoji. Paling mengejutkan, Arial dan Dan turut berada di sini tetapi dalam bebola putih milik Sharja.
"Kami dah tahu, Rina. Arial dah jelaskan semuanya."
Arial dilihat mengangguk, "Sharja sempat membuka portal untuk kami dapatkan bantuan. Tapi dia tidak berjaya hantar mereka yang lain."
Rina terangguk-angguk dengan penjelasan Arial.
"Kau pula, macam mana boleh sampai ke sini?" Dan pula bertanya.
"Liza bantu aku. Awalnya, Ryun hubungi aku dan membuka sebuah portal ke markas. Aku tak pasti apa yang lelaki itu mahu dari aku. Di sana, aku jumpa Liza tapi dalam keadaan lemah. Mungkin Ryun tidak tersedar akan ketiadaan Liza."
"Liza? Jadi, di mana dia sekarang?" Rina tertunduk mendengar pertanyaan Arial. Tangan yang dari tadi digenggam mula diangkat dan perlahan-lahan dibuka, menampakkan sebuah kelopak bunga di dalamnya.
Mereka yang lain kaget. Arial menekup mulutnya dengan tangan. Matanya mulai berkaca. Rakan seperjuangannya kini telah bertukar kembali ke bentuk asal mereka!
"Liza berikan semua tenaga terakhirnya pada aku, agar jam tangan aku dapat dikembalikan sekaligus jadikan aku Persahabatan Sejati semula. Maafkan aku, Arial. Aku tak patut tinggalkan kawan-kawan aku."
Arial terlihat menangis, tetapi tangisannya tidak lama. Segera diseka mutiara yang masih tersisa di wajah. Dia kembali serius.
"Simpan dulu kelopak itu, Rina. Sekarang, kita perlu cari mereka yang lain berada di mana. Jika semua tenaga Penjaga Kuasa disedut, mereka akan menerima nasib yang sama seperti Liza."
Masing-masing mengangguk mendengar ulahan Arial.
"Mengikut koordinat yang sempat Sharja berikan pada aku sebelum ia hilang, mereka kini berada di..."
"Taman Malek Putra?!" serentak mereka menjerit.
Taman Malek Putra merupakan taman utama Sri Jaya. Sudah tentunya, ia terletak di Sri Malek Putra, ibu negara ini.
Dahulu, taman ini merupakan satu-satunya tempat yang boleh dimasuki orang awam sebelum ianya tidak dibenarkan masuk 20 tahun lalu.
"Kenapa mereka berada di sana?!"
"Pasti Dato' Rafael ada rancangan yang dibuat bersama Ryun. Maksud aku, Dark Mist."
"Mereka dalam bahaya. Kita perlu bantu!"
"Tapi macam mana? Tak mungkin kita dapat masuk!"
"Jangan risau. Kita boleh guna portal aku. Sekarang, kita cuma perlu rancang strategi dan siapkan senjata."
"Saya setuju." Eun menarik picu yang mengisi peluru pistolnya.
"Mereka ambil anak kami, jadi mereka akan terima balasannya." Shoji turut berbuat demikian. Renungan mereka tajam seperti helang.
Masing-masing mengangguk. Mereka memulakan perbincangan.
***
"Aiden, bangun! Aiden!"
Jeritan Isya akhirnya membuatkan lelaki itu membuka matanya perlahan-lahan. Pandangan yang pada mulanya kabur, kini semakin terlihat.
Dia dapati dirinya sedang terbaring di atas padang rumput. Di pandang lagi ke hadapan, rakan-rakannya yang lain turut berada di situ.
"Ugh, kita dekat mana? Apa jadi?"
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Aventura"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...