Jadi, macam tulah kau dapat 'x'." Aiden sedang sibuk mengajar Wawa dan Isya soalan matematik di markas.
"Oh, macam tu. Tapi macam mana kau jumpa 'x' aku?" Isya bertanya. Aiden mengerut dahi. Baru saja dia beritahu caranya.
"Kan aku dah tunjuk caranya?" Aiden bingung.
"Tapi aku mana ada 'ex'. Aku single lagi." Isya tersengih.
Aiden dan Wawa tertawa. "Aku ingatkan apa tadi." Aiden menepuk dahi.
"Yelah tu single. Kecil hati Dan nanti." Wawa mencelah.
"Hahaha! Hei, mana korang tahu ni!" wajah Isya bertukar merah.
"Adalah." Wawa tertawa. Mereka sambung melakukan kerja sekolah masing-masing.
Kelihatan Arin dan Mia juga sedang melakukan kerja sekolah bersama, memandangkan mereka sebaya. Rina pula sibuk membaca buku yang berada di rak.
Adam duduk di sofa kegemarannya, sambil membelek helaian buku jampi itu.
Sedang sibuk dia membelek, tiba-tiba dia menjumpai satu halaman yang ditinggalkan nota kecil pada halaman itu. Dia melihat nota tersebut. Terdapat sebuah mantera.
'Buah betik, buah mangga, sedap dimakan di atas tangga, masamu kini sudah pun tiba, keluarlah dikau dari badannya?' dia membaca dalam hati.
'Hm, aku rasa ia ada kaitan dengan Dark Mist.' Adam meletakkan kembali nota tersebut ke dalam buku jampi itu.
"Adam, sini kejap boleh?" Isya memanggil Adam yang baru saja hendak bangun. Penuh hairan, Adam mengambil langkah merapati Isya, Wawa dan Aiden.
"Kenapa?" soalnya.
"Kitorang nak tengok movie dekat bawah lepas ni, tapi tak tahu nak tengok cerita apa. Aku suka genre fiksyen, tapi Wawa nak tengok genre romance. Kau rasa mana satu best?"
"Apa pasal kau tanya pendapat aku?" Adam mengerut dahi.
"Alah, kau kan bakal dapat Kuasa Keadilan. Jadi, boleh lah aku minta pendapat daripada pakar." Isya mengangkat kedua-dua keningnya sambil tersengih.
"Ada-ada jelah kau ni." Adam tertawa kecil. Dia mengurut dagunya. "Hm, kenapa tak tengok dua-dua? Genre fiksyen yang ada romance. Mesti lagi gempak. Semua puas hati." Adam memberi cadangan.
Isya terfikir sejenak. "Rasanya ada satu cerita yang macam tu. Bolehlah. Thank you, Adam!" gadis itu tersengih. Mereka bertiga turun menggunakan lif untuk menonton filem tersebut.
Adam menarik tuil, mahu pulang ke rumah.
"Jumpa esok, semua." Adam sempat melambai ke arah Arin, Mia dan Rina. Mereka bertiga membalas lambaian tersebut.
***
Sebuah portal terbuka di dalam sebuah gua. Aiden dan rakan-rakannya muncul dari dalam portal tersebut.
Mereka bingung melihat gua itu kosong. Mata mencari susuk tubuh seorang lelaki, Dylan tetapi kelibat lelaki itu tidak kelihatan.
"Dylan?" Aiden memanggil. Suaranya bergema di segenap ruang gua.
"Dy-" Aiden ingin memanggil sekali lagi, namun mulutnya ditekup seseorang dari belakang.
"Shh, senyap." Dylan berbisik sambil tangannya menekup mulut Aiden. Aiden mengangguk.
Dylan melepaskan tangannya. "Kenapa Dylan?" tanya Adam, berbisik.
"Lin ada datang ke sini tadi. Aku perlu pastikan dia dah tak ada." Dylan mengeluh resah.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...