Lin, Dylan, Suria dan para Dystopian duduk di dalam meja bulat yang berada di bilik mesyuarat Diraja bagi membincangkan sesuatu.
"Lin, aku tahu tentang moyang kau. Dia pernah bersama-sama dengan Tok Yan bukan?" Adam berwajah serius.
Lin terdiam seketika. Kemudian, tangannya bergerak-geri, mengapungkan buku yang berada di rak dan meletakkannya di atas meja. Buku tersebut dibuka.
Terlihat gambar Tok Yan, moyang Lin bersama dua lagi wanita. Terdapat juga gambar-gambar Tok Yan bersama beberapa orang. Secara spesifiknya, 7 orang.
"Bukan Tok Yan saja. Mereka juga." Lin menunjukkan gambar tersebut.
"Moyang aku, Raja Elian dengan Dayana dan Ratu Lilith sama-sama menentang Dark Mist, memandangkan mereka juga mempunyai kuasa magis seperti ini."
Tok Yan melihat sebuah potret yang tergantung di dalam biliknya. Dia tersenyum. "Dayana, Lilith, Elian, kita sudah hampir menuju kejayaan yang kita lakukan bersama. Selagi aku bernyawa, aku akan jalankan amanah aku." Tok Yan menyentuh potret itu.
Cahaya menerangi potret tersebut. Tiba-tiba di sisi Tok Yan terlihat dua orang wanita dan seorang lelaki.
"Berehatlah Yandra. Kau sudah lakukan yang terbaik. Sudahlah, mari ikut kami. Biar generasi seterusnya yang uruskan semua kekacauan ini."
"Mereka merupakan gabungan yang kuat dan digeruni ketika itu. Tetapi, mereka tumpas jua di tangan Dark Mist. Dayana mengarahkan agar Raja Elian, Ratu Lilith dan Tok Yan berundur, membiarkan dia sendiri berhadapan dengan, wanita tersebut."
Tok Yan berbaring di atas katil. Sebelum melelapkan mata, dia tersenyum dan berbisik sesuatu,
"Tok pergi dulu. Masanya sudah tiba."
Suria tiba-tiba berdiri, mengejutkan mereka yang khusyuk mendengar cerita Lin.
"Kita perlu ke rumah Tok Yan. Sekarang!"
***
Suria membuka kasar pintu rumah, mencari susuk tubuh datuknya. Dia akhirnya menjumpai datuknya, terbaring di atas katil.
"Tok Yan! Tok, tolonglah, jangan pergi lagi. Ria perlukan Tok." Suria duduk di tepi katil Tok Yan. Berjuraian air mata mengalir ke pipinya.
"Ria, umur Tok sudah terlalu panjang. Dah tiba masanya Tok pergi. Ingat pesan Tok, bantu Adam dan kawan-kawannya mencari Kuasa Cahaya yang lain. Masa kita dah tak banyak." Tok Yan terbatuk-batuk.
Suria sudah tersedu-sedan. Mereka yang lain hanya melihat dengan wajah sayu. Air mata turut mengalir.
"Apa dah jadi pada Tok? Kenapa boleh jatuh sakit sebegini teruk secara tiba-tiba?" Adam berkerut dahi. Tok Yan yang dia kenal semalam tidak selemah ini.
"Se-sebenarnya, Tok Yan sudah lama gering sejak peperangan 100 tahun lalu kerana serangan Dark Mist. Tapi, entah bagaimana Dayana mampu menyembuhkannya. Cuma, jantung Tok Yan tetap rosak dan tidak dapat disembuhkan. Sebab itulah dia asyik terbatuk-batuk. Hebatnya kuasa Dayana, mampu membuatkan Tok Yan bertahan selama ini."
Suria yang masih tersedu-sedan, cuba untuk menerangkannya pada Adam. Adam terangguk-angguk sambil melihat Tok Yan dengan wajah simpati.
"Adam..." Tok Yan memanggil lembut. Adam mendekatkan diri ke sisi Tok Yan.
Tok Yan mengeluarkan sebuah skrol yang kelihatan usang, dan meletakkannya di atas tangan Adam.
"Ambil skrol ini. Ini Skrol Lagenda. Ia menceritakan semua yang berlaku 100 tahun lalu. Carilah kebenaran di dalamnya." Tok Yan berbicara lemah.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Aventura"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...