Chapter 6: Special Episode !

4 2 0
                                    

Sepasang suami isteri sedang duduk di ruang tamu, melakukan hal masing-masing.

Si suami sedang ralit membaca surat khabar, dengan cermin mata dibetulkan beberapa kali.

Si isteri pula sedang mengelap gambar-gambar keluarga. Keluhan kecil kedengaran darinya, seakan merindui seseorang yang berada di dalam gambar tersebut.

Tiba-tiba, loceng rumah kedengaran. Si isteri bingkas bangun, mendapat pintu untuk tetamu yang tidak dijangka itu.

"Ya, encik nak cari si..."

Gugur jantung si isteri melihat gerangan yang berada di hadapan rumahnya. Air mata mulai luruh turun ke pipi.

"Siapa tu, Eun?"

Si suami sedikit bimbang apabila isterinya itu tidak menghabiskan katanya, lantas segera bangun dari kerusi dan menuju ke pintu.

Apabila tiba di pintu, dia juga kaget melihat tetamu itu.

"B-boru..."

Mr. Boru tersenyum melihat ibu bapanya. Air mata juga sudah tumpah ke pipi.

Ibu bapanya terus mendakap si anak. Rindu tidak terucap. Bahagia tidak terkata. Sudah lama terpisah, namun masing-masing tetap mengenali wajah insan tersayang.

"Maafkan Boru sebab tak pulang, ibu, ayah. Boru tak mampu. Boru tak mampu selamatkan sarkas kita. Ia dah berakhir. Boru-"

"Shh, dah sayang. Kamu dah buat yang terbaik. Maafkan kami kerana letakkan terlalu banyak beban kepada kamu. Kami tak sepatutnya biarkan kamu sendiri."

Mr. Boru mengesat sedikit air matanya. "Ibu dan ayah dah tahu?"

Kedua-dua orang tua itu mengangguk. Sebuah portal terbuka di belakang mereka, menampakkan Sharja keluar dari portal tersebut.

"Maaf aku mengganggu. Tapi, kita perlu pergi sekarang. Kamu semua dalam bahaya." Sharja tegas berbicara.

Mr. Boru mengangguk. Dia melilau sekeliling.

"Mana Ryun?"

Ibu dan ayahnya berwajah durja. Mr. Boru berkerut dahi melihat perubahan wajah orang tuanya itu.

"Sebenarnya, ada sebab kenapa kami tak dapat hubungi kamu selama ni Boru..."

"Ada sesuatu yang perlu kami beritahu."

Tiba-tiba, dentuman kedengaran dari luar rumah, mengejutkan semua. Dentuman itu membuatkan rumah turut sedikit bergegar.

"Dia dah datang." si ayah berdesir perlahan.

"Siapa?!" Mr. Boru sudah panik.

"Kita perlu pergi. Sekarang!" Sharja bertegas.

Tidak sempat berbuat apa-apa, pintu rumah mereka dibuka kasar, sehingga tercabut dari engselnya.

Dari luar, terlihat seorang lelaki yang memakai jaket berhud dan berlengan pendek. Wajahnya ditunduk ke bawah. Di tangannya terdapat sebatang cangkul.

Pandangannya dinaikkan.

"Welcome home, brother."

Membulat mata Mr. Boru. Itu adiknya, Ryun!

Tanpa amaran, Ryun datang berlari ke arah mereka. Cangkul yang dipegangnya tiba-tiba berubah menjadi sebuah jaring, menjerat Mr. Boru dan ibu bapanya.

Sharja terpempan. Dia cuba melepaskan mereka tetapi Ryun menghalang dan menyerang Sharja.

"Ugh, pergi saja dulu, Sharja!" Mr. Boru melaung.

"Tak! Aku takkan tinggalkan kalian!" Sharja cuba berbicara walaupun dia sedang giat mempertahankan diri.

"Jangan risaukan kami! Pergi saja dulu!"

Sharja melihat sayu wajah keluarga itu. Berat mahu dia tinggalkan mereka dalam keadaan sebegini.

"Pergi! Pergi dapatkan persahabatan sejati!"

Dengan berat hati, Sharja mencipta portal secepat mungkin yang hanya muat-muat untuk dia dan menghilang di saat penuh genting itu.

Ryun meludah ke lantai, dengan wajah yang bengang.

"Tch, pengecut."

Dia berpaling ke arah keluarganya yang kini terperangkap dalam jaring miliknya.

"Seems like we have a family reunion here, dont we?"

Ryun galak ketawa sementara Mr. Boru memandangnya dengan pandangan kecewa dan keliru. Dia memandang pula ibu bapanya yang berwajah sayu. Ada banyak perkara yang perlu kedua orang tuanya itu jelaskan.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now