Suria dan Irene sama-sama bergelak ketawa sambil menikmati hidangan minum petang mereka.
Irene berasa lega kerana akhirnya dia tidak lagi terkurung untuk seumur hidupnya. Mujur dia akhirnya sedar sebelum sesuatu yang teruk menimpa adik kembarnya.
"Irene, aku ada benda nak tanya. Selama kau hidup dengan lembaga tu, memang tak pernah sekali ke kau cuba keluar dari situ?"
Suria tiba-tiba bertanya seperti dapat membaca benak fikirannya.
Irene tersenyum kelat. Dia menghela nafas.
"Sebenarnya, lebih dari sekali..."
***
Irene perlahan-lahan menuruni anak tangga, agar dirinya tidak didengari sesiapa.
Setelah menuruni beberapa anak tangga, dia akhirnya tiba di tingkat bawah. Hatinya teruja melihat pintu merah yang berada di hujung lorong 'rumahnya'.
Irene sedaya upaya untuk tidak menghasilkan bunyi bising ketika dia mendekati pintu tersebut. Tombol pintu dipulasnya perlahan-lahan.
Senyuman Irene semakin melebar saat daun pintu semakin terbuka. Keadaan di luar hampir terlihat apabila tiba-tiba,
"Kau nak pergi mana?"
Bahu Irene terangkat sedikit, terkejut mendengar suara yang berada di belakangnya. Senyumannya serta-merta pudar.
Pandangan ditoleh ke belakang, memperlihatkan 'ayahnya' sedang berdiri di belakang. Wajah lelaki itu begitu tegang dan bengis, sehingga menaikkan bulu roma Irene.
"I-Irene cuma nak tutup pintu ni, ayah..." Irene cuba berbohong.
"Kau jangan nak tipu aku! Kau nak keluar kan?"
'ayahnya' mendekatkan wajahnya pada Irene.
Irene sudah dihurung rasa takut yang amat, disertai dengan banjiran air mata mengalir ke pipi.
Tidak lama selepas itu, mata 'si ayah' yang memerah tadi, berubah tenang. Dia menghela nafas. Secalit senyuman terpamer. Senyuman yang manis.
"Sayang, ayah sudah pesan kan? Jangan sesekali dekat dengan pintu ni. Jangan terfikir pun nak tahu ada apa di sebalik pintu ni. Faham? Dah, pergi tidur."
Perubahan sikap 'si ayah' kepada baran menjadi lemah lembut menimbulkan tanda tanya pada Irene.
Irene sekadar mengangguk dan meluru baik ke tingkat dua. Dia sempat menoleh ke arah 'ayahnya' yang masih tersenyum.
Sifat lelaki itu memang pelik. Sekejap baran, sekejap lemah lembut. Beberapa kali Irene cuba larikan diri dari 'ayahnya' kerana merasakan lelaki itu gila.
Tetapi bila difikirkan balik tentang kejadian ngeri ibunya yang sering diceritakan oleh lelaki itu, membuatkan rancangan Irene kadang-kadang terbantut.
***
"Hm, aku rasa dia cuba untuk buang sifat jahat dia untuk besarkan kau. Jadi dia takkan terbunuh kau," Suria memberi spekulasi.
"Aku pun rasa begitu. Aku rasa dia menunggu aku berumur 18 tahun macam dalam sumpahan Kiarani, tapi semua ni berlaku terlalu awal." Suria terangguk-angguk mendengar bicara Irene.
"Ia mungkin kerana sumpahan ni rosak kerana Kiarani lakukan sumpahan tu sebelum dia bertukar menjadi tujuh lembaga hitam," sambung Suria.
"Atau mungkin, sebuah organisasi?"
"Mungkin ada kaitan dengan kerajaan."
***
"Liza, dapat hubungi Agitha?" Liza menggeleng lemah apabila soalan itu ditanya kepadanya.
Sharja mendengus lemah. Dia risau pada Agitha. Kalau sebelum ini dia tahu Viora ditangkap oleh Dark Mist, kini Agitha hilang tanpa jejak.
Sharja mengharapkan Agitha baik-baik saja.
"Tak apa. Kita cuba lagi nanti. Lebih baik kau pergi cepat, Liza. Jangan tinggalkan kawasan kau lama-lama."
Liza mengangguk. Dia memetik jarinya, merentas dimensi untuk menuju ke destinasinya. Melihat Liza pergi, Sharja dihurung rasa bimbang.
"Agitha, apa nasibmu kini?"
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...