PAMM!
Pintu tersebut dibuka kasar oleh Wawa. Kelihatan Darma dengan tenang menghirup teh, terperanjat dengan hentakan itu.
"Eh, kalian sudah pulang? Bukankah mahu bermalam di puncak gunung?" lembut, manis sahaja bicaranya.
"Tak payah berlakon lagi! Aku sudah tahu siapa kau, Darma!" Wawa meninggikan suaranya. Darma bingung, sebelah keningnya terangkat ke atas.
"Jangan pura-pura tak tahu! Kau ingat kitorang ni bodoh?! Kau sebenarnya pencuri semalam kan?!" Isya pula bersuara.
"Wawa! Isya! Apa main tuduh-tuduh ni?!" Aiden mencelah.
"Aku ada bukti." kata-kata Wawa membuatkan Aiden tersentak. Dia berdiam diri dan membiarkan Wawa menjelaskannya.
"Apa bukti yang kau ada?" Darma bangun dari tempatnya. Wajahnya sangat tidak puas hati dengan tuduhan tersebut.
Wawa hanya tersengih. Sengihannya penuh dengan muslihat. Dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan sebentuk cincin. Apabila Darma melihatnya, air mukanya terus berubah.
"Ini kau punya kan? Macam mana aku tahu? Sebab aku perhatikan tangan kau masa kau bawa dulang air untuk kami semalam. Kau pakai cincin ni. Tapi pagi tadi masa kau tuang air dalam cawan Zoid, kau tak pakai pun. Kenapa tak pakai? Hilang?"
Darma kekal mendiamkan diri.
"Aku juga nampak kau bersembunyi di sebalik pasu bunga besar tu masa kami berbual dengan Zoid di sini semalam. Kenapa perlu mengintai? Kau mahu tahu di mana Kuasa Cahaya Hijau itu disembunyikan?"
Wawa tertawa, "Kelakarlah kau ni, Darma. 'Menggeledah' rumah sendiri sebab nak cari hak milik orang lain? Tak pernah dibuat orang."
Darma hanya tertunduk. Tiba-tiba, dia mula tertawa.
"Hahaha! Bijak! Sangat bijak! Kamu lebih teliti dari Penjaga Kuasa ni."
"Jadi, ia betul? Apa semua ni Darma?!" Zoid tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Kau bodoh! Percayakan aku buta-buta, tinggal dengan aku. Heh, memang cuai!" Darma mengangkat wajahnya setelah menyebut perkataan terakhir.
Matanya menghijau. Tangannya diliputi cahaya hijau, "Tch, dia sudah jumpa kuasa tu!" Wawa mengetap bibir.
"Cubalah kalahkan aku sekarang!" Darma tertawa. Dirinya mulai terapung. Angin kencang datang menderu. Dinding-dinding rumah mulai retak dan hancur. Perabot juga berterbangan dibawa angin. Angin kencang tersebut menjadi taufan yang besar, menyedut perabot-perabot yang melayang.
Zoid dan ahli Dystopia cuba mempertahankan diri mereka di atas tanah.
Angin kencang perlahan-lahan surut setelah beberapa ketika. Darma tidak lagi kelihatan. Dinding-dinding rumah dan perabot telah menjadi tangga, menuju ke satu lubang hitam.
"Hahaha! Nak kalahkan aku, kalian semua perlu bermain permainan ini!" suara Darma bergema entah dari mana.
"Permainan ini ada tiga pusingan! Jika kalian berjaya menghabiskan ketiga-tiga pusingan ini, kalian akan berhadapan denganku! Semoga tidak berjaya!" suara Darma hilang diikuti tawanya.
"Hish, nampaknya misi kita masih belum berakhir!" Wawa mengepal penumbuknya.
"Kita perlu tamatkan permainan ni cepat dan kalahkan Darma. Jom."
Aiden baru saja ingin membuka langkah, namun terhenti apabila Adam memegang bahunya.
Adam menunjuk ke arah Zoid yang sedang terduduk, bersandar di tepi pokok hutan. Mujurlah dimensi halimunannya sudah dicaj penuh, jadi tidak ada orang yang dapat melihat mereka.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...