Chapter 7: Ep 7-She's Back

7 2 0
                                    

Isya terpandang Dan yang berada di dalam bebola putih milik Sharja. Dia terperasan lelaki itu memerhatikannya dari tadi.

Dan menguntumkan senyuman. Isya turut membalasnya. Tiba-tiba, hatinya terasa sebak. Sebak melihat orang yang dia sayang dan hilang sebelum ini, ada peluang yang tipis untuk diselamatkan.

Air mata turun perlahan, tapi tidak terlihat oleh sesiapa. Hanya mereka yang benar-benar merenung wajah gadis itu sahaja yang mampu melihat. Dan orang itu ialah Dan.

Isya melarikan pandangan sambil menyeka air matanya. Mujur dia berada di belakang sedikit, jadi tiada siapa perasan.

Pandangan Isya terlekat pada badan Eun. Matanya sedikit membulat. Eun dan Shoji mengalami sedikit kecederaan pada badan mereka!

"Eun, Shoji, kenapa tak beritahu kamu berdua cedera?" pertanyaan Isya menghentikan sebentar perbincangan mereka.

"Oh, tak apalah. Sikit je ni." Eun tersenyum malu apabila rahsianya sudah bocor.

"Ish, apa yang sikitnya? Darah mengalir lagi tu. Sekejap, saya cari ubat. Rasanya ada kit pertolongan cemas dekat dapur."

Isya segera bangun dari tempat duduknya, dan menuju ke lif.

"Eh, tak payahlah susah-susah. Sikit je ni. Betul."

"Tak apa. Saya boleh rawat." Isya bertegas dan terus melangkah.

Eun akhirnya mengalah. Shoji pula merangkul bahu isterinya sambil tersenyum.

Eun hanya mampu menggeleng. Dia dan suaminya, Shoji meletakkan senjata mereka di meja setelah lama berdiri. Sudah lama dia menyimpan sut dan senjata itu jika terdapat kecemasan.

Sebelum masuk lif, Isya sempat melemparkan senyuman. Dan juga tersenyum sebaik saja pintu lif tertutup.

Tiba-tiba, Wawa merapati bebola putih tersebut dan menyikunya sedikit.

"Haih, beruntungnya kalau orang tu dapat Isya. Dahlah baik, pandai masak pula tu. Bertuah kan, kan?"

Pipi Dan berona merah. Dia tersipu-sipu malu lalu menyembunyikan diri dengan kerudung labuh milik Arial. Arial tertawa kecil.

Rakan-rakan yang lain turut tertawa. Wawa pula, ada saja benda yang mahu disakatnya.

                                 ***

Isya terlihat sedang menyelongkar kabinet-kabinet dapur bagi mencari kit pertolongan cemas.

"Hmm, rasanya simpan dekat sini. Ha, jumpa pun!"

Gadis itu segera menarik sebuah bekas berwarna merah yang bertanda bulan sabit merah pada penutup bekas tersebut.

Isya memusingkan dirinya, menuju ke pintu dapur. Apabila dia melihat ke arah pintu, matanya terbuntang. Kit yang dipegang jatuh serta-merta. Tangannya menggigil.

"R-Ryun?!"

"Kejutan!"

Ryun mempamerkan sengihan keji pada wajahnya. Di belakangnya terapung 6 Kuasa Cahaya yang berjaya dicuri. Tapi, semuanya telah berubah menjadi hitam!

Senjatanya juga sudah ditingkatkan. Bukan lagi alatan berkebun, tapi dua bilah katana berada di kedua-dua tangannya.

Isya hanya kaku melihat Ryun berada di dalam markas. Macam mana dia boleh masuk? Bukankah kawasan ini sudah ada dinding perlindungan?

                                ***

"Ahhhhh!!!"

Jeritan dari aras bawah itu mengejutkan semua.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now