"5 tahun telah berlalu, mata Arial akhirnya terbuka."
Masa kini, dimensi putih...
"Aku masih hidup hari ini, kerana Sharja yang membantu aku." Arial menyeka air mata yang mengalir di pipi.
"Jadi lembaga itulah yang..."
"Dialah Dark Mist, yang menjadikan Dan seperti itu. Sama seperti Nazriel." pintas Arial.
"Sama seperti Nazriel? Maksud kau?" Aiden menyoal.
"Sebenarnya, penjahat yang bakal kalian lawan bukanlah diri mereka yang sebenar. Semua telah dikawal oleh tujuh lembaga hitam yang akan bangkit apabila persahabatan sejati muncul. Ia digelar sebagai Dark Mist."
"Hairan, kenapa Dark Mist hanya bangkit bila persahabatan sejati muncul? Bukankah ianya berisiko?" Arin tertanya-tanya.
"Kerana telah wujud satu sumpahan 100 tahun dulu akibat pergaduhan antara Pemerintah negara ni dengan Ahli Sihir."
"Pemerintah? Maksudnya, perkara ni berkait juga dengan negara ni?!" Mia menebak.
Arial mengangguk. Masing-masing terpempan.
"Macam mana kita nak selamatkan Dan sekarang?" Arin pula menyoal.
"Kita hanya boleh guna Kuasa Cahaya untuk keluarkan lembaga tu. Selain tu, tak ada cara lain."
"Jadi, Kuasa Cahaya Putih boleh lepaskan Dan?"
"Tidak juga. Kuasa Cahaya Hitam sahaja boleh digunakan. Sama juga untuk Dark Mist yang lain. Satu lembaga, satu Kuasa Cahaya. Sekarang Kuasa Cahaya Hitam ada pada Dan. Kita dah tak ada cara lain melainkan..."
"Melainkan apa?"
"Dan sendiri yang pancarkan kuasa tu pada badannya."
Masing-masing terdiam. Kalau Dan terkena cahaya tersebut, dia akan bertukar menjadi debu. Isya pasti tidak mahu hal itu berlaku. Tapi, apa lagi pilihan yang mereka ada?
"Kita kena tolong Isya. Arial, ada cara lain untuk pulang ke Bumi?"
"Satu-satunya cara untuk ke Bumi adalah apabila Dan mengeluarkan Kuasa Cahaya tersebut dari badannya, dan ia mustahil untuk dilakukan sekarang. Tapi, ada cara untuk kita tolong Isya dari sini."
"Macam mana?"
"Melalui pohon ni." Arial menyentuh pohon tempat mereka berdiri sambil matanya tertutup.
"Ha? Pohon?" serentak mereka bertanya.
✎︎______________
Berkali-kali Dan membuka portal untuk lari dari Isya, dan berkali-kali juga Isya berjaya memasuki portal tersebut sebelum sempat Dan menutupnya.
'Celaka! Lajunya dia!' Dan menyumpah dalam hati. Saat ini, Isya benar-benar marah dan mengamuk.
Dan akhirnya berhenti semula di pohon tadi dan cuba melawan Isya.
Isya menepis serangan tersebut dan menolak Dan hingga tersandar ke dahan pohon itu. Dia menggenggam erat kolar baju lelaki itu, menjegil marah.
"Kau melampau! 5 tahun, Dan. 5 tahun aku tunggu kau dekat sini! Tapi kau yang menghilang! Kenapa kau fikir aku belot hah?!"
Air mata tidak henti-henti mengalir. Sedih, marah, kecewa kini bersatu menjadi perasaan yang tidak dia terfikir akan merasainya.
"Sudah!" Dan menolak Isya sehingga jatuh ke tanah, dan mengheret kasar gadis itu bersandar ke dahan pohon.
"Aku bukan Dan yang macam kau kenal lagi! Aku cuma nak hidup tanpa pengkhianatan, Isya. Kau tahu tak sakit hidup merempat macam tu?!
Aku benci pengkhianat dan aku benci sebenci-bencinya. Orang macam mereka tak layak hidup!"
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...