"Dan?!"
Suara Isya menggeletar. Seluruh badannya menggigil. Perasaan sedih, kecewa dan marah kini bercampur baur.
Dia sangkakan Dan telah diambil oleh penjahat. Rupanya, Dan lah penjahat itu.
"Kenapa?! Apa yang kau buat ni?!" Isya tanpa berfikir panjang, terus melaung kepada Dan.
Dan tersengih keji. "Tch, kau tanya aku soalan tu?" dia merapati Isya.
Dan hanya memandang Isya dengan pandangan kosong. Tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya.
Dan melihat ke kiri dan kanan, Isya tidak berseorangan. Rakan-rakannya ada disisi.
"Lepas 5 tahun pun, kau belum berubah. Benar kata dia, kau memang pembelot!"
Isya tersentak. Hatinya rabak. Sanggup Dan berkata begitu kepadanya? Sedangkan hanya Isya yang peduli tentang kehilangan Dan.
"Pembelot? Aku pembelot?! Aku tunggu kau dekat pohon tu 5 tahun kau tahu tak?! Setiap hari aku tunggu, dari pagi sampai petang, aku cuma tunggu kau! Sekarang kau kata aku pembelot?!
Kau yang tak pernah balik. Sekarang kau muncul, jadi orang yang macam ni?! Mana kau pergi sebenarnya hah?!"
Dan merenung tajam ke arah Isya. Isya hanya berdiam diri, menanti jawapan dari Dan.
5 tahun lalu...
Dan bersandar di sebatang pokok besar. Dia duduk bersila di atas tanah sambil menguis-nguis daun rumput.
Dan sedang menunggu Isya untuk kembali apabila gadis itu pulang sebentar ke rumahnya untuk mengambil makanan.
Dia yang terasa bosan, memandang ke langit dan ke sekeliling hutan.
Tiba-tiba Dan terpandang ke arah sebuah gua yang tidak jauh dari situ. Gua tersebut bercahaya terang.
Tertarik akan hal tersebut, Dan segera bangun dari tempat duduknya dan berlari ke arah gua tersebut. Dia menjenguk ke dalam.
"Hello?" Dan berjalan lebih dalam.
Di dalam gua tersebut, Dan melihat seorang wanita sedang membelakanginya, memegang sesuatu yang bercahaya hitam. Wanita tersebut berpakaian serba hitam dan berkerudung.
Perlahan-lahan, wanita tersebut memusingkan badannya, "Selamat bertemu, Dan." wanita tersebut tersenyum mesra.
"K-kau tahu nama aku?"
"Sudah tentu aku tahu. Dah lama aku perhatikan kalian berdua."
"Berdua? Kau intip aku dengan Isya? Kau siapa?" Dan bernada sedikit kasar, risau kalau-kalau wanita ini ada niat yang tidak baik kepada mereka.
"Nama aku Ki... Em, maaf. Nama aku Arial. Penjaga Kuasa Cahaya Hitam."
"Kuasa?" Dan kedengaran teruja. Dia selalu membaca komik tentang adiwira yang diberikan kuasa untuk menjaga keamanan.
"Ya. Kuasa ini akan aku berikan pada kau, kerana persahabatan kau yang akrab dengan Isya. Aku yakin, kau mampu untuk memikul tanggungjawab ni."
"Aku?" Dan terfikir panjang.
"Apa lagi yang kau fikir? Dengan kuasa ni, kau boleh hapuskan orang yang kau benci."
Dan memandang Arial dengan wajah yang bingung.
"Ya, aku tahu tentang hidup kau, Dan. Kau benci semua orang yang ada dekat situ kan? Pembuli, kaki pukul, pendera. Kau boleh hapuskan mereka, dengan kuasa ni."
Suara Arial seakan menghasut, dan Dan terhasut dengan kata-kata itu.
"Baiklah, aku terima." Dan menghela nafas.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...